Sunday, May 8, 2011

mak saya tak cool

hari ni semua orang aksi(eksyen) dengan mak masing-masing. mak saya itu, mak saya ini. eh ingat mak awak sorang? ni, my turn pulak nak aksi dengan mak saya.ngeh2~


masa saya baby, mak kata saya dilahirkan di texas, amerika. mak kata masa melahirkan saya tu dia muda lagi. dia menangis sorang-sorang lepas lahirkan saya sebab dia rasa lost dan tak tahu nak menyusukan saya.

itu baru hari pertama mak berdepan dengan saya. bayangkan selama 23 tahun mak berdepan dengan saya, berapa liter airmata mak dah nangis untuk saya agaknya.

masa saya kanak-kanak, saya selalu bercerita dengan mak itu dan ini. saya juga mengadu kat mak pasal kawan-kawan kat sekolah tapi mak cakap saya yang buat salah dulu. mak tak akan marah anak orang lain.

mak masukkan saya ke tadika islam masa umur 5 tahun. kena pakai tudung. tak boleh pakai skirt. saya suka sebab kawan-kawan pun pakai tudung dan baju kurung hijau.

mak suruh saya solat, suruh saya mengaji al-Quran masa umur 5 tahun jugak.

masa darjah 1 saya kena bertudung ke sekolah. saya tak suka sebab saya sorang je budak darjah 1 yang bertudung kat sekolah. saya juga cemburu kawan-kawan lain pakai skirt kat sekolah. saya rasa malu dan rendah diri. maka saya sembunyi2 buka tudung masa di sekolah. bila ambil gambar kelas, saya juga tak bertudung. saya terbagi mak tengok gambar tu. tapi mak tak marah.

mak tak kasi saya masuk pertandingan tarian dan nyanyian sejak masuk darjah 1. mak galakkan saya masuk pertandingan hafazan, bercerita, bersajak, menulis, mewarna dan melukis.

mak suruh saya pakai tudung masa umur 9 tahun. mak kata keluar shopping atau jalan-jalan atau pergi rumah orang, kena pakai tudung. dalam hati, saya tak suka. takde pun kawan-kawan saya yang dikenakan peraturan macam tu. dekat sekolah, kadang2 saya buka tudung masa PJ dan masa perjumpaan tunas puteri.

umur 12 tahun, mak selalu marah saya. mak suruh saya mengalah dengan adik-adik sampai saya rasa mak tak sayang saya, mak dah lupakan saya.

mak tak suka saya kawan dengan lelaki. mak akan marah bila ada kawan lelaki telefon rumah.

mak marah saya bangun lambat, mak marah saya merayau-rayau dengan kawan-kawan, mak marah saya melawan kata mak, mak kata saya dah jadi anak dara. saya tak boleh berperangai tak senonoh. mak selalu marah saya, saya memberontak.

saya semakin jauh dengan mak. saya lebih suka duduk dengan kawan-kawan. saya rasa mak saya sangat mengongkong. saya rasa mak saya tak faham saya.saya envy kawan-kawan yang mak mereka sporting.

masa sekolah menengah, saya hanya jumpa mak saya di hari minggu, setiap pagi sebelum ke sekolah dan setiap petang selepas pukul 5. maka 70% masa saya ialah bersama kawan-kawan.

saya sayang mak saya tapi saya tak nak gaduh selalu dengan mak saya sebab tu saya suka jauhkan diri dengan mak.

lepas PMR mak suruh saya masuk asrama. saya tak nak. saya sedih, saya rasa mak tak suka saya duduk rumah.

selepas sekolah menengah, saya cemburu melihat kawan-kawan saya berpasang-pasangan. saya teringin. mak tak suka saya bercinta. tapi keinginan saya membuatkan emak rela dalam terpaksa. mak pesan, jaga diri, jaga maruah.

saya terpaksa berpisah dengan mak buat pertama kali. saya duduk kat shah alam, yang jauhnya dalam 2 jam perjalanan kereta termasuk keadaan lalu lintas yang teruk.

saya rindu mak. saya mula sedar apa yang saya dah miss. masa-masa berharga dengan mak. setiap minggu saya balik rumah sebab saya rindu.

saya lihat kawan-kawan saya dah banyak yang berubah. semua yang mak mereka 'sporting', saya lihat mereka mula hidup bebas. saya cuba nak mengikut tapi saya ingat segala pesanan mak. walaupun mak dah takde di sisi untuk menghalang saya bergaul bebas dan berhibur sepuasnya, tapi kata-kata mak dah tertanam dalam hati. saya tak sampai hati nak melukakan emak lagi. melihat kawan-kawan saya, saya insaf sendiri.

bila difikirkan, masa kecil, mak suruh saya pakai tudung di sekolah tapi saya buka juga di sekolah sebab mak tak nampak saya.

bila dewasa, saya dah tak sanggup mengkhianati apa yang mak suruh dan mak larang sebab saya dah lihat akibatnya dalam hidup kawan-kawan saya. walaupun mak tak nampak, tapi mak dah pesan, Allah nampak. bila dah meningkat usia, barulah saya timbul rasa takut. Allah nampak.

mak, maafkan dhuha atas segala pemberontakan yang dhuha buat. bukanlah dhuha buat atas dasar tak sayangkan mak. tapi atas dasar kejahilan dhuha sendiri. pada hari ini, dhuha berasa bertuah sebab ada mak yang tak 'sporting' dan tak 'cool'...yang sentiasa kawal anak-anaknya. yang marah bertempat. itulah mak saya, mak mithali. pada hari ini, dhuha nampak dan faham kenapa mak buat itu dan ini masa dhuha kecik dulu. syukur alhamdulillah. atas didikan mak, dhuha tahu jaga diri, tahu pelihara maruah diri.

mak bukanlah orang yang sayangnya sampai membiarkan anak-anak melakukan apa saja. sayang seorang ibu itu bila diletakkan atas dasar keimanan dan ketakwaan, pastilah ada peraturan-peraturannya. segala peraturan yang dibuat itu mestilah ada manfaatnya. dengarlah kata ibu kita, ok? sesungguhnya syurga terletak di bawah kaki ibu.

terima kasih mak sebab masukkan dhuha ke tadika islam. itulah foundation paling kuat untuk dhuha.

terima kasih mak sebab didik dhuha tutup aurat sejak kecil sampai dhuha ada rasa malu yang tinggi dalam menjada maruah diri.

terima kasih mak sebab tak layan aduan dhuha sampai dhuha fed-up tak suka mengadu pasal orang lain dah.

terima kasih mak sebab tak kasi dhuha masuk nyanyian dan tarian kat sekolah sampai dhuha dah hilang keinginan tersebut.

terima kasih mak sebab tak kasi dhuha berkawan dengan lelaki sampai dhuha memang jadi pendiam dan pemalu dengan orang laki dan suruh mak yang tolong carikan jodoh.

terima kasih mak sebab ajar dhuha al-Quran sampai dhuha dah pandai membaca dan menghafaz, mentadabbur serta mengamalkannya. sesungguhnya emaklah orang yang pertama yang mendedahkan dhuha dengan al-Quran, yang mengajar sendiri al-Quran. dan insyaAllah selagi dhuha mengamalkan apa yang ada dalam al-Quran, pahalanya sentiasa mengalir untuk mak :)

terima kasih mak sebab tak manjakan dhuha sampai dhuha sedar tanggungjawab dhuha sebagai anak sulung. sampai dhuha menjadi orang berdikari, tabah dan kuat.

terima kasih sebab selalu marah dhuha dan bersabar dengan jawapan2 dhuha. terima kasih banyak-banyak, kalau mak tak bersabar, mesti dhuha dah kemana-mana je tanpa tujuan.

terima kasih mak sebab doakan dhuha. dhuha percaya tanpa doa mak, dhuha takkan jadi dhuha macam hari ni. dhuha minta tolong mak selalukan doakan dhuha.

dhuha juga minta maaf atas segala kesusahan yang dhuha dah bagi dekat mak. insyaAllah, dhuha akan membalasnya seumur hidup ni. semoga dhuha dijauhkan daripada golongan anak derhaka.

akhir kata, marah-marah, suruh-suruh, larang-larang itu tanda sayang seorang mak. jika ibu redha, Allah pun akan redha. selagi masih hidup, berbaktilah kepada ibu bapa, jagalah hati mereka.sekian :)

1 comment:

komenla ape sahaja~♥~