Wednesday, October 5, 2011

kenapa asyik saya je yang ditegur?

saya selalu ada persoalan ni dalam kepala saya:

"kenapa salah aku je yang orang nampak? orang lain buat salah tak bising pun."
"kenapa asyik aku je kena tegur?"
"kenapa lagi-lagi aku jugak yang kena marah?"
"aku buat salah kecik je kot tapi kenapa jadi diperbesarkan?"

dan saya sedar satu perkara. saya mahu jadi da'ie. dan saya mahu komited dalam jalan dakwah. saya mahu berada dalam barisan tentera Allah. please take note, SAYA MAHU. saya masih belum layak. masih dalam tahap berusaha bersungguh-sungguh sampai tak larat--itupun kadang2 main tipu dalam berusaha :(

oleh sebab itu saya harus sedar, teguran-teguran yang banyak itu Allah yang menghantarnya kepada saya melalui orang-orang yang dekat dengan saya. kerana teguran-teguran itulah yang akan sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa memperbaiki diri. teguran-teguran itulah yang insyaAllah akan menjadikan saya seorang dai'e akhirnya.

you cant improve yourself when there's no one talking about you. you cant improve yourself when no one reminds you. sedarlah wahai diri, dai'e lah yang paling memerlukan baaaaaanyak reminders! ia akan membawa kita ke tahap demi tahap yang semakin meninggi.

so do not fret and frown when someone's point out your mistakes or remind you about something you think you know. percayalah tanpa semua itu, anda akan menjadi statik, stagnant, air bertakung yang hanya akan membawa peyakit kepada diri sendiri dan orang lain.

sebelum kita menegur orang lain, bersedialah untuk ditegur orang lain. sebelum memberi teguran, terimalah teguran dengan murah hati. biar ada give and take, baru seimbang ^__^

and please bear with me. saya ada batu dalam kepala. degil saya ada la dalam tahap giga jugak tapi percayalah I NEED THOSE ADVICES and HELP me to improve myself please ^__^

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~