setiap kali musim exam (especially musim final exam), idea saya akan datang mencurah-curah ke ladang gandum dan 'poof'!! jadilah novel..huhu..lepas tu bila masuk semester baru, novel tiada perkembangan dan 'poof'!! jadilah novel tergantung. huhu...
keanehan ini terjadi sejak 1st year IMU. saya telah buat novel 'diari laila' which is saya terpaksa remove dan ban karya sendiri tahun lepas sebab saya dapati ia tidak berapa syariah compliance. haruslah, masa 1st year saya masih weng. dan novel itu tergantung, takde ending.huhusss
2nd year, saya melahirkan novel aurora..satu-satunya novel yang ada ending.
3rd year, saya melahirkan novel nama saya mujahid, yang masih dalam proses hibernate. insyaAllah idea dah ada cuma terkurung dalam draft. akan cuba menghabiskannya pada waktu cuti musim panas yang panjang nanti, insyaAllah, tolong doakan!
4th year, which is my final year yang ada exam (pasni dah takde exam, wee! cuma clinical dan buat research sahaja)..btw insyaAllah kalau tak kena repeat, final year lah kan :)
kat mana saya tadi?
oh 4th year, saya dah mula menulis watak2, sinopsis dan bab 1 untuk novel terbaru. agak melampau di situ. nama saya mujahid pun belum habis, sudah mulakan novel baru. huhu saya tak boleh nak buat apa, idea datang menderu camtu sahaja maka saya harus menulis laju-laju.
dan mentang-mentanglah ini final year yang saya ada exam, maka idea datang tak putus-putus dan lebih mencurah-curah daripada sebelumnya. alhamdulillah. tahun ini bukan hanya idea untuk menulis 2 novel tapi juga projek video musim panas. lepas dah tulis draf 2 buah novel, cepat2 menulis dan melukis storyline untuk video pula.
sometimes i wish i have idea yang mencurah-curah untuk buat assignment dan saya sangat2 berharap saya baaaanyak idea untuk buat research project next year but i have none. saya sangat blur dan blank, tak tahu nak buat research apa tahun hadapan. saya tak mahu buat research yang melibatkan manusia (i had enough dealing with people in the clinics)..saya hanya mahu duduk dalam lab buat kerja. which means, yes. scientific research yang again, tak involve people. mungkin microbs. mungkin materials. entah. saya kena berfikir lagi dan buat istikharah. penting nih memilih bidang kajian yang sesuai dengan jiwa. nanti merana sepanjang tahun terakhir dalam dentistry T__T tak mahuuuuu~
akhir kata, berusahalah untuk ihsan dalam setiap pekerjaan! huhu saya sampai telah mereka lagu tentang ihsan untuk ingatkan diri sendiri "ihsanlah, dhuha! ihsan!"
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~