facebook. ye nak cakap pasal facebooklah. sebab tangan ni kebelakangan ni memang suka sangat tekan facebook. baru tersedar fb dah macam rutin harian yang wajib ada. kalau tak buat, rasa tak complete. kalau tak pos apa2 pun, suka baca update orang. kalau balik dari sekolah, benda pertama yang dibuat adalah on laptop, bukak facebook. geram jugak dengan diri sendiri ni yang facebook dah jadi benda automatik dalam hidup.
nak deactivate sementara pun tak guna sebab bila2 masa boleh je log in macam biasa. temporary deactivation ibarat log out facebook je. cuma kena tambah effort untuk tekan emel dan password which are tak meletihkan dan tak menyusahkan pun.
nak deactivate terus pun dah tak boleh. dalam fb ada banyak group yang saya mesti bertanggungjawab ke atasnya. dia dah jadi macam tempat meeting la. nnt kalau delete fb, saya akan ketinggalan dengan progress kerja kumpulan.
maka satu-satunya cara untuk keluar daripada rutin yang membimbangkan ini ialah percaya dan yakin terhadap diri sendiri. kerahkan diri sendiri untuk mengawal penggunaannya. gunakan sepenuhnya daya kawalan diri yang ada. di sinilah kekuatan mental teruji. mengawal nafsu menlagha di facebook. jika tak boleh mengawal diri, memang lemahlah. oleh itu saya banyakkan berdoa agar Allah pinjamkan kekuatanNya kepada saya dalam menyusun jadual hidup supaya lebih tersusun dan mengurangkan aktiviti lagha. sesungguhnya tiada daya kekuatan kecuali daripadaNya.
saya kena selalu ingatkan diri saya..
- stalk facebook orang sama macam masuk rumah orang tak ketuk pintu. walaupun orang kata stalk itu tak salah sebab orang tu yang nak tayang. tapi apa manfaat yang kita dapat pun daripada aktiviti tersebut? ia hanya akan membawa kepada lebih banyak link2 kepada kehidupan orang lain. contohnya kita tengok gambar kawan fb, ada gambar dia dengan lelaki. lepas tu kita nak tahu siapa laki tu, kita stalk pulak laki tu. dalam tu ada belog laki tu pastu kita tengok belog laki tu. lepas tu ade link belog kawan kita, kita pun tengok belog dia. lepas tu ada link adik dia, kakak dia, mak dia, orang itu ini, cerita pasal itu ini. hah, kan dah tak pasal-pasal je membuang masa. takde kena mengena dengan kita pun padahalnya. saja menyibuk hal rumahtangga orang. alasan, nak ambil ibrah. huhu dhuha cakap macam pernah buat je kan :P ------> SOLUTION: stalk perkembangan negara2 lain. ambil peduli perkembangan ummah. itu baru betul nak jaga tepi kain pun dan barulah betul caranya nak ambil ibrah ^__^
- muslimah itu tidak memandang dan tidak dipandang. jadi, kalau nak jadi solehah tak boleh menonjolkan diri sesuka hati agar dipandang orang. bila teringat ungkapan ni, nak post banyak-banyak pun tak jadi. nak update status mengarut hari-hari pun tak jadi. hanya post benda yang boleh mendatangkan manfaat sekadarnya sahaja. susah jugak sebenarnya nak buat ni. facebook dah jadi macam diari, nak cerita sokmo. haish tak boleh. lebih2 lagi status yang emosi. sebab status sedemikian akan menarik lebih ramai orang untuk menjadi stalker atau sibuk mengambil tahu----> SOLUTION: buatlah belog umum dan belog rahsia. saya akan tulis merata-rata. itu memang habit. tukar nama sokmo. dengan ini anda boleh bercerita sebebasnya tanpa orang kenal siapa anda. tapi ingat, sebelum tulis, fikir dulu. jangan ikut emosi. tulis hanya untuk memberi manfaat :)
- kalau saya mati....ye, ingat mati adalah paling berkesan pada saya. sentiasa berfikir "facebook aku ni bila aku dah mati, adakah akan terus menambah dosa aku atau menambah amal aku masa dalam kubur nanti?" bayangkan bila kita mati, orang rindu kita so orang akan tengok gambar kita yang ribu2 epal tu. ada yang akan meratap. kalau gambar yang tutup aurat, tambah saham dosa kita dan tukang tengok. orang akan tengok balik post2 lama kita. ada yang kasar ayatnya. tambah dosa lagi. ada yang menyakitkan hati orang yang membacanya. tambah dosa lagi. ada yang melalaikan buat mereka gelak tak ingat dunia, tambah saham dosa lagi. bila berfikir panjang camni, jadi sangat berhati-hati nak post atau share benda. bila fikir banyak camni, dah malaslah nak main facebook sangat kan.
tu jela sempat share. nak setadi pulak. cukuplah rehat sampai sini. by the way, bila dah buat ketiga-tiga perkara di atas, the only purpose utk saya bukak facebook ialah nak tahu update groups/ baca mesej. kalau dulu rajin scroll sampai bawah utk tahu update rakan facebook, sekarang nak scroll pun malas. oh another purpose ialah nak main game. hohi tapi baguslah laptop saya semakin slow so tak seronok nak main game.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~