FB adalah surat khabar berita harian saya sekarang ni. melalui FB saya tahu perkembangan terbaru kawan-kawan. saya juga tahu artikel paling hangat beserta isu paling hangat di tanah air mahupun di dunia.
isu tanah air: hukum hudud
isu dunia: bukanlah isu pun tapi berita steve job's death.
layout FB terbaru juga banyak mendedahkan privasi orang lain sehingga orang-orang yang tak ada kena mengena dalam hidup saya serta tak berkawan dalam FB saya pun termasuk dalam berita. haih tabloid sungguh.
semalam juga menonton filem 'sekali lagi' dengan housemates di rumah.
ok apa point saya sebenarnya ni. saya nak kata melalui sumber-sumber di atas (news, FB, filem) dapat saya simpulkan satu perkara. tentang anak muda.
anak muda melayu di malaysia sudah hilang identiti. banyak yang semakin terhakis identitinya. sekali pandang sudah tak nampak melayunya. sungguh global.
semasa pulang dari kelas tadi, saya berjalan seorang. tiba-tiba ada perempuan bagi salam. terkejutnya saya. kat NZ ni dah terbiasa tengok maori. maori kan sama cam melayu. so bila perempuan melayu yang free hair (atau lelaki melayulah kebanyakannya) terserempak dengan saya, saya memang tak tahu mereka itu melayu kerana saya fikir mereka maori. adeh. secara automatik saya tanya "eh orang malaysia ke?"
kerana kita dah going global, cara berpakaian kita serupa sahaja, mengikut arus fesyen semasa. bangsa apa, agama apa, hampir dah tak boleh untuk kita membezakannya. gaya hidup juga going global. perempuan dan lelaki hilang batas-batas pergaulan. sehinggakan bersekedudukan sudah menjadi norm. keluar masuk rumah rakan berlainan jantina itu bukan taboo. walaupun sudah ada teman istimewa, masih boleh bertempuk tampar dengan teman-teman biasa yang berlawanan jantina. pakaian tak usah cakaplah. sudah tidak nampak langsung kesopanan anak melayu apatah lagi jati diri muslim. saya fikir sekiranya suatu masa dulu saya masih berada di takuk yang lama yang sudah pasti mudah terpengaruh dengan trend semasa, mungkin orang fikir saya ini amoi kot. tambah2 lagi dengan pengaruh dunia hiburan korea.
sedih.
bukankah anak-anak melayu ini suatu masa dulu belajar mengaji al-Quran. belajar mata pelajaran agama Islam malah ada yang skor A dalam Pendidikan Islam. Gadis-gadis melayu ini dulu begitu pemalu. begitu naif.
geram.
ke mana hilangnya ilmu-ilmu tersebut? saya kira agama islam itu belum dihayati dengan cukup mendalam untuk ianya mengakar dalam sanubari-sanubari pemuda melayu zaman ini. islam hadir dengan pakej lengkap sebagai way of life. islam adalah gaya hidup. ajaran islam mempakejkan segalanya: cara pergaulan, cara berpakaian, cara makan, cara berhibur, perundangan, kehakiman dan macam-macam lagi. islam itu syumul yakni menyeluruh. dan semua ini menjadikan islam itu agama yang unik dan tersendiri. agama yang mempunyai identiti. yang mudah dikenalpasti contohnya melalui pemakaian, dengan segera pemakainya akan dikenali sebagai muslim. muzik yang berlirikkan ketuhanan dan nasihat-nasihat, dengan segera akan dikenali sebagai muzik islam. pemakanan pula, hanya makan halal food, terus dikenali sebagai muslim (itu penilaian secara kasar masyarakat luar. sudah tentu islam lebih mendalam daripada semua tu)
kekeliruan identiti dan kehilangan jati diri anak melayu hari ini berpunca daripada kejahilan terhadap agamanya sendiri. manusia fitrahnya akan mencari identiti diri. lahirlah remaja yang keliru dan tercari-cari identitinya sendiri.
7 tahun lalu berimejkan pop, 6 tahun lalu berimejkan hip hop, 5 tahun lalu berimejkan rock, 4 tahun lalu berimejkan indie, 3 tahun lalu berimejkan korea..
10 tahun dulu tudung bulat, 8 tahun dulu tudung tiga segi, 5 tahun dulu tudung wardina, 3 tahun dulu tudung awning, setahun dulu tudung yuna/hana tajima, sekarang sudah buka tudung....tak penat ke bertukar-tukar identiti. sedangkan jika sudah memahami asas-asas islam, masa tidak akan terbuang dengan pencarian identiti yang bukan-bukan itu!
berbanggalah dengan identiti islam dan tonjolkan identiti islam. agar kamu dikenali dengan sebagai seorang muslim. kenapa harus malu menonjolkan identiti islam? adakah kamu malu bergelar muslim?
teguran itu first and foremost ditujukan buat diri sendiri. bukanlah diri ini sempurna atau bagus sangat untuk membuat kenyataan sebegini tapi inilah hakikatnya dan inilah secebis luahan yang ingin saya kongsikan. kalau tak bermanfaat buat orang lain, sekurang-kurangnya bermanfaat buat diri sendiri.
maaf jika ada yang tersinggu dengan tulisan ini. dan pasal tudung tu, i am not saying fesyen2 tudung salah. asalkan betul cara pemakaiannya, pastilah tidak salah.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~