a man that decides to change on 12th hour dies on the 11th.
dah tonton the eleventh hour? saya menontonnya sekitar ramadhan lalu or was it before ramadhan? tetapi akhir syaaban dan bulan ramadhan kan terlalu banyak jatuh sakit, jadi tidak berkesempatan nak berkongsi di sini secara panjang-panjang mahupun pendek.
sekarang juga tak mampu nak tulis secara berjela-jela. sebab esok ada exam. saya dah decide untuk share ungkapan ini di sini sekarang. kalau saya decide nak tulis sejam akan datang, mungkin nyawa sudah habis di waktu itu.
ungkapan ini agak lama telah saya lupakan since i last watched the short film "11th hour".. semalam ungkapan ini singgah kembali pabila saya membaca novel 'contengan jalanan' karangan penulis fevret 'hlovate'..
sangat terkesan dengannya sebab ya, diri ini terlalu banyak membuat perancangan. ada matlamat-matlamat yang nak dicapai tak kiralah duniawi mahupun ukhrawi.
tak salah membuat perancangan. cumanya kadang-kadang diri terlalu teruja dengan perancangan yang dibuat untuk tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya. saya kurang menghargai hari ini, yakni hari yang saya sedang hidup di dalamnya. gagal merancang untuk hari ni, what if i die in the next minute or the next hour?
terlalu menanti bahagia di hari esok, kenapa tidak bahagiakan dirimu pada hari ini?
ingin mengubah habit buruk pada hari esok, kenapa tidak memulakannya sekarang?
akibat terkesan sangat-sangat dengan ungkapan penuh makna ini, saya menulisnya merata-rata. status FB, status YM, lecture notes dan sekarang belog bertuah ini.
this morning, saya menulis ungkapan ini berkali-kali dalam buku nota while waiting for the lecturer to come in. naomi yang duduk disebelah saya membaca tulisan-tulisan saya itu.
"oh man, this is so scary, dhuha. now i'm scared, what will happen at 11 today."
naomi kembali membua halnya. beberapa minit kemudian dia kembali berpusing ke arah saya.
"dhuha, stop writing this. you make me scared, man." saya hanya tergelak kecil. apalah yang nak ditakutkan dengan sebuah kematian. ironically, kita memang hidup untuk menempuh kematian.
a few minutes later naomi turned to me again.
"now, let me do you a favour." naomi pun selak buku nota saya ke mukasurat sebelah sewaktu saya masih lagi menconteng 11th hour. she wanted to get rid of the words.haha..
"oh no! it's everywhere! i'm not gonna look at it anymore." unfrotunately mukasurat sebelah pun saya dah tulis 'the eleventh hour'..
pause.
memang wajar kita takut kematian kalau kita masih belum bersedia untuknya. takutlah dan bersedialah. tapi bagi mereka yang tidak memegang konsep tauhid ini, apa yang membuat mereka takut akan kematian? apa yang membuat mereka tak mahu dan sedaya upaya mengelak berbicara soal kematian? kematian itu pasti. walau semaju mana pun umat manusia, masih belum ada ubat untuk menghentikan proses kematian.
daurah online bersama akh nazif sabtu lepas telah mengingatkan kami "jadikan aktiviti menziarah kubur sebagai aktiviti bulanan kumpulan usrah."
sebaik-baik motivasi itu adalah kematian. kematian adalah tazkirah kehidupan yang paling berkesan.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~