Saturday, October 8, 2011

jom HIMPUN!

i went thru the net, searching more about HIMPUN and i found it quite disappointing because promosi HIMPUN tak semeriah promosi BERSIH. kebanyakan hasil carian tersebut lebih didominasi ISMA dan PEMBINA. mana promosi daripada pertubuhan islam/melayu lain?

dan ramai orang masih tak tahu pasal HIMPUN. kalau tak promote, macam mana nak tahu kan? takkan setakat sokong dalam hati. kalau sangat berkobar-kobar semasa BERSIH, kenapa tidak berkobar untuk HIMPUN?

saya juga pergi melawat FB dan website pertubuhan2 islam yang terlibat, saya lihat promosinya kurang malah ada yang tak promote pun! tinggal 15 hari lagi je kot. maafkan kalau kata-kata/komen ini kedengaran terlalu provokatif ataupun lancang ke apa ke. saya cuma hairan. facebook page persatuan2 itu dulunya dipenuhi agenda dan berita serta promosi2 BERSIH, kini sunyi..

saya bukanlah sesiapa nak mempersoalkan perkara ini. it is just a wondering mind of mine.

saya berasa hairan. tak tahulah wajar ke tidak saya berasa hairan. mungkin promosi akan meluas tak lama lagi kot, saya berdoa dalam hati. promosi itu penting (mentang2lah sekarang asyik kerja promote itu ini je)..ini soal sejuta umat yang nak pertahankan akidah ni. kalau promosi tak mantap dan tak meluas, how do you expect sejuta umat akan berhimpun?

apa pun, saya harap sejuta umat atau lebih daripada sejuta akan turn up.

1 comment:

  1. salam...

    walaupun tak kenal, tapi saya tertarik dengan post ini..

    kebanyakan orang bila menyatakan komitmen dia kepada parti, mereka hanya tertutup kepada parti/persatuan itu sahaja..

    sebagai contoh, kat sebahagian masjid ada masjid hijau dan biru.. orang biru tak akan solat kat masjid biru dan begitulah sebaliknya..
    sampai terjadinya pecah belah dikalangan masyarakat..
    kat warong pun ada meja tertentu, x boleh duduk sekali..

    apa yang nak di highlight disini, adalah terkadang kita terlupa apa matlamat sebenar/asas dalam kita berparti dan berpersatuan.. mungkin tak meletakkan matlamat atau tujuan dengan betul..

    matlamat UTAMA adalah mencari/mendapatkan redha Allah..
    apabila Allah kita letakkan yang pertama, insyaallah setiap amal/tindakan kita akan betul..
    'base' kita niat yang ikhlas kerana Allah (hadis 1, hadis Ar-bain)

    Isu Himpun ini, merupakan isu akidah umat Islam.. yang sekarang ini cuba dieskploitasikan oleh pihak tertentu.. mereka berani kerana kita berpecah, tak kuat..

    Himpun ini nak tunjukkan kita ini, bila sangkut isu ISLAM, kita boleh bersatu.. kita tak mahu isu agama kita diceroboh.. macam perkara dalam rumah kita (ISLAM), biarlah kita sendiri yang selesaikannya..

    ini just pendapat sendiri.. moga bermanfaat..
    maaf jika terkasar bahasa..

    "berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.."



    MUHAIMIN UTM
    "konbanlah harta dan jiwamu di jalan Allah"
    jiwa disini, kita letakkan perasaan dan hati kita dibelakang demi Allah..

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~