Sunday, October 23, 2011
way to go Saladin!
v(^_^)v
- cari geng. cari kawan. jangan sendiri2. kemungkinan besar bila bersendiri, kita akan sesat jalan tak pun relapse kepada zaman jahiliyyah semula. biah solehah itu penting. (biah= persekitaran)..masuk usrah ke, atau duduk dengan kawan serumah yang soleh. atau cari lelaki yang soleh untuk dibuat suami, tu kira geng jugaklah tu.
- sentiasa hadirkan diri dalam program2 keagamaan. pegi kuliah agama, ceramah, taklim, daurah, jaulah dan yang sewaktu dengannya. dari situ boleh mencari kawan yang baik juga :) i met few good friends during daurah yang saya pegi secara random dengan akhwat JIM. saya jugak dapat few good friends yang saya jumpa masa jadi sukarelawan iluvislam during book fest yg masih maintain ukhwah hingga ke hari ini. dan banyak lagi program random yang saya pegi yang saya dapat kawan baru. kalau dah lost in touch skrg pun, at least mereka pernah menyentuh hati saya di waktu perkenalan dan memberi impak dalam hidup saya :)
- berdoa selalu kepada Allah agar diberi kekuatan dan agar hidayahNya sentiasa disuburkan. adakan masa untuk diri sendiri berkhalwat dengan Allah. merenung dosa lampau, meminta ampun dan bermunajat kepadaNya.
- pekakkan telinga atas maki hamun orang. orang akan berkata. mulut manusia memang akan berkata-kata. cukuplah kita tahu nilai hidayah ini dan teruskan berusaha. manusia takkan nampak apa yang kita usahakan, mereka hanya nampak hasil. tapi pada Allah, usaha itu yang dinilai. percayalah Allah lebih tahu. usah pedulikan kritikan yang tidak membina.
- oh tu je yang saya ingat..ini berdasarkan pengalaman sendiri :)
diam
Saturday, October 22, 2011
snippet HIMPUN
Kalau orang lain bebas diberi hak untuk bersuara dan berhimpun, apakah orang Islam tidak mempunyai hak untuk turut bersuara dan berhimpun? (Cikgu Azmi)
Terang ufuk menyinar cahaya hidayah
Sirna iman menyelinap ke setiap jengkal bumi bertanah
Mewarisi kalimah - kalimah dari kitaabul ummah
Paksi kemuliaan insan bermaruah
Wibawa ummah ditunjangi aqidah,
Hebat dipupuk ukhuwwah, Mulia dipandu syariah
Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dijerat syahwah
runtuh peribadi, rosak binasa nilai syakhsiah
calar maruah, bayi dihumban persis sampah
rompak, samun, curi, dera, culik, rogol, bunuh lapah
Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dibaham serakah
masjid dipagar, surau dirantai, pendakwah dibantai, ilmu dijarah
manifestasi sebuah kejahilan, kedegilan dan keangkuhan yang parah
Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas tergadai aqidah
prinsip hidup, harga diri, nilai maruah dijual murah
agama disangka candu, hukum disangka hantu, ohh ! aqal masih dijajah
Bangkitlah ummah ku ... kembali membina sejarah
ummat terbaik, ummat berdaulat, ummat hebat anugerah Allah
kita bersatu gerak seiring, sehayun tangan, sederap langkah
tanpa beza kulit berwarna, lidah berbahasa, diam berwadah
tanpa hirau miskin marhaen, pangkat merendah, kaya melimpah
tanpa peduli kata nista, caci maki, sumpah seranah
Bangkitlah ummahku ... julang kibar panji syahadah
usah gentar berkelana, depani cabaran, atasi rintangan, berjiwa tabah
perjuangkan syariah, pertahankan maruah, selamatkan aqidah
Bangkitlah ummahku ... terus melangkah jangan rebah
timba ilmu, baca buku, belajar kitab, santuni ulama', fahami sejarah
benteng diri dari angkara musuh bedebah
Bangkitlah ummahku ... kekang gejala riddah
laksana lah wahyu Allah tanpa lengah
jangan sampai ditimpa padah
solat jamaah, bayar zakat, akta murtad, hukum hudud, semuanya wahyu Allah
Bangkitlah ummahku ... Selamatkan aqidah
tidaklah redha Nasara dan Yahudi sehingga kamu diratah dan dijarah
rebah bangun, lintang tiarap petualang disanggah
Islam dipertahan, maruah dijulang, aqidah pesaka ummah
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Stadium Shah Alam
22 Oktober 2011
Friday, October 21, 2011
ananiyah
Di antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam kini ialah penyakit ‘ananiyah’ yang membarah di dalam diri.
Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak ambil peduli dengan kepentingan orang lain atau masyarakat awam.Mereka melihat sumbangan orang lain begitu kecil hanya dengan pandangan sebelah mata dan mengambil tindakan-tindakan yang biasanya hanya didorong oleh kehendak nafsu sendiri (egois).
Ada yang ananiyah dengan pendapat dan kehebatan diri sendiri, ada yang ananiyah dengan kumpulan dan jamaahnya sendiri, ada yang ananiyah dengan keturunannya dan ananiyah dengan pelbagai bentuk yang lain.
Yang lebih bahaya apabila menganggap seolah-olah bahawa hidayah itu adalah miliknya atau hanya amalannya atau kumpulannya sahaja yang terpuji dan seolah-olah hanya sumbangannya sahaja yang paling hebat dan diterima.
Sifat ananiyah sering menimbulkan sikap permusuhan di kalangan umat Islam dan sikap permusuhan seperti ini tentunya sangat dibenci Allah swt. Tidakkah kemenangan umat itu letaknya pada kekuatan keimanan dan kekuatan persaudaran? Hanya mereka yang mampu berjiwa besar dan berdada luas yang akan berjaya meraih kemenangan yang dicita-citakan.
Ingatilah firman Allah swt yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman, ayat 18]
Semoga kanser yang membarah di dalam jiwa umat ini diubati dengan sifat ‘itsyariyah’ iaitu rasa kebersamaan, kepekaan sosial di dalam pergaulan seharian sehingga kita akan mendahulukan kepentingan ummat atau masyarakat walaupun kadang-kala ianya memerlukan pengorbanan dari dirinya.
Ya Allah, ubatilah jiwa kami dan umat ini dengan sifat-sifat mahmudah
petikan daripada blog peduli umat, Dr Zainur Rashid Zainuddin
peduli umat jom!
Thursday, October 20, 2011
menjadi seseorang
siapa kami kepada pemimpin?
Wednesday, October 19, 2011
prahara dan asa
Yang mendera jiwa dan mencebik sukma
Tetapi ku tak tentu arah
Hingga seberkas cahaya menuntun langkahku
Dalam mihrab cinta ku rengkuh firmannya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara jadi asa
Putus duka lara ku pasrah padanya
Ku berdiam dendam yang membara
Ku pasrahkan semua pada yang kuasa
Ku yakin tiada satu jua hentikan kuasanya
Tuk mengubah segalanya
Dalam mihrab cinta ku regkuh firmannya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara jadi asa
Putus duka lara ku pasrah padanya
Tuesday, October 18, 2011
peluang
Si kenit
Si kenit mendongak ke langit. Mengharap Tuhan memandang ke arahnya. Mengharap Tuhan menatap wajahnya.
Tuhan..si kenit memanggil..si kenit mengadu dia sepi. Si kenit mengadu rasa tersisih. Si kenit mengadu dirinya ibarat habis madu sepah dibuang. Si kenit mengadu tiada yang pedulikannya.
Allah..si kenit ramai kawan. Tp si kenit jemu dirinya sering dijadikan tempat bercerita perihal kucing lain. Lalu si kenit mengasingkan diri. Sudahnya si kenit terus terasing. Si kenit tahu si kenit bukan kawan yang seronok. Si kenit tak gemar bersosial tanpa hals tuju. Si kenit tak suka bermadah manja. Si kenit tak suka mengiau tanpa tujuan.
Allah.. Si kenit memanggil lagi. Hujan terus membasahi setiap helai bulunya. Si kenit tahu dia tidak seronok. Ajakan teman untuk berseronok sering ditolaknya. Si kenit cuma nak jadi kucing yang baik. Si kenit cuba kawal diri. Si kenit juga tidak aktif lagi. Si kenit tambah terganggu dgn fizikal yang tidak sempurna lagi. Si kenit terganggu selalu kesihatannya. Buat si kenit selalu ingatkan kematian. Buat si kenit panjangkan tempoh bersendiri.
Allah..tiada siapa yang tahu. Sebab si kenit pencilkan diri. Tiada siapa yang ambil tahu. Tiada siapa menjenguk. Tiada siapa menceriakannya. Si kenit tidak mengharap. Dia rela mendengar dengar derai ketawa yang pecah di luar sana. Harapannya cuma biarlah kehadirannya tidak dirasai. Si kenit hanya mahu menjadi seekor kucing yang baik. Dan si kenit mahu dijemput Tuhan dalam keadaan yang baik.
Si kenit tahu, kegembiraan di negeri abadi pasti menanti jika si kenit tambahkan kesabarannya.
Si kenit itu kini tunduk. Airmata turun bersama hujan. Dia berdoa dengan rendah hati. Dia berlalu pergi dengan segala kekuatan yang ada. Bersama separuh fizikalnya yang lumpuh.
untukmu wanita
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
sumber: iluvislam.com
Monday, October 17, 2011
oh facebook
- stalk facebook orang sama macam masuk rumah orang tak ketuk pintu. walaupun orang kata stalk itu tak salah sebab orang tu yang nak tayang. tapi apa manfaat yang kita dapat pun daripada aktiviti tersebut? ia hanya akan membawa kepada lebih banyak link2 kepada kehidupan orang lain. contohnya kita tengok gambar kawan fb, ada gambar dia dengan lelaki. lepas tu kita nak tahu siapa laki tu, kita stalk pulak laki tu. dalam tu ada belog laki tu pastu kita tengok belog laki tu. lepas tu ade link belog kawan kita, kita pun tengok belog dia. lepas tu ada link adik dia, kakak dia, mak dia, orang itu ini, cerita pasal itu ini. hah, kan dah tak pasal-pasal je membuang masa. takde kena mengena dengan kita pun padahalnya. saja menyibuk hal rumahtangga orang. alasan, nak ambil ibrah. huhu dhuha cakap macam pernah buat je kan :P ------> SOLUTION: stalk perkembangan negara2 lain. ambil peduli perkembangan ummah. itu baru betul nak jaga tepi kain pun dan barulah betul caranya nak ambil ibrah ^__^
- muslimah itu tidak memandang dan tidak dipandang. jadi, kalau nak jadi solehah tak boleh menonjolkan diri sesuka hati agar dipandang orang. bila teringat ungkapan ni, nak post banyak-banyak pun tak jadi. nak update status mengarut hari-hari pun tak jadi. hanya post benda yang boleh mendatangkan manfaat sekadarnya sahaja. susah jugak sebenarnya nak buat ni. facebook dah jadi macam diari, nak cerita sokmo. haish tak boleh. lebih2 lagi status yang emosi. sebab status sedemikian akan menarik lebih ramai orang untuk menjadi stalker atau sibuk mengambil tahu----> SOLUTION: buatlah belog umum dan belog rahsia. saya akan tulis merata-rata. itu memang habit. tukar nama sokmo. dengan ini anda boleh bercerita sebebasnya tanpa orang kenal siapa anda. tapi ingat, sebelum tulis, fikir dulu. jangan ikut emosi. tulis hanya untuk memberi manfaat :)
- kalau saya mati....ye, ingat mati adalah paling berkesan pada saya. sentiasa berfikir "facebook aku ni bila aku dah mati, adakah akan terus menambah dosa aku atau menambah amal aku masa dalam kubur nanti?" bayangkan bila kita mati, orang rindu kita so orang akan tengok gambar kita yang ribu2 epal tu. ada yang akan meratap. kalau gambar yang tutup aurat, tambah saham dosa kita dan tukang tengok. orang akan tengok balik post2 lama kita. ada yang kasar ayatnya. tambah dosa lagi. ada yang menyakitkan hati orang yang membacanya. tambah dosa lagi. ada yang melalaikan buat mereka gelak tak ingat dunia, tambah saham dosa lagi. bila berfikir panjang camni, jadi sangat berhati-hati nak post atau share benda. bila fikir banyak camni, dah malaslah nak main facebook sangat kan.