saya nak cerita ni lama dah tapi tertahan-tahan. maklumlah menulis tidak boleh bernafsu sangat. masa itu emas kan. banyak benda lain dan tanggungjawab lain nak kena buat. maka cerita ni sedikit basi, which was a week ago tapi apa yang nak disampaikan itu evergreen, yakni tidak basi langsung, relevan sepanjang zaman.
apakah itu?
MATI.
soal mati.
last week kami sepatutnya dengar syarahan(lecture) tentang dental age. namun pensyarah kami hanya tunjuk cover slide je iaitu gambar orang utan anak-beranak. lepas tu dia kata tersilap slide. masa dia tercari-cari slidenya, dia bertanya kepada kami "you want me to give a lecture about dental age or about what happened currently in christchurch? anyway the probability of my lecture to be asked in exam is..NIL.."
haha suka pensyarah itu. of coursela kami interested lebih tentang apa yang beliau lakukan semasa gempa bumi di christchurch hari itu. Usually bila berlaku bencana alam, akan ada lecturer dari universiti kami yang ditugaskan untuk mengecam mayat mangsa. ini dilakukan melalui proses forensic dentistry. we detect the deceased by their dental record such as dental chart, dental x-ray or dental photograph.
"before i start presenting my cases to you, i hope you will remain calm as this was a very emotional experience to me. and maybe to you as well."
kemudian satu persatu kes beliau dibincangkan bersama kami sambil menunjukkan gambar-gambar. gambar-gambar tu...sangat NGERI. first time rasanya saya lihat wajah mangsa bencana alam secara tidak censored. ada yang mati terbakar, mati secara hancur berderai, pecah sana pecah sini, ada yang mati secara kecederaan yang mendalam. oh sangat memilukan hati.
gambar yang masih terkesan kepada saya sampai hari ini ialah gambar seorang jepun yang mati terbakar. dia bukan mati perlahan-lahan tapi mati mengejut. terus dijilat api. seluruh jasad hangus. paling mengesankan, masih kelihatan riak wajah yang sedang ketakutan bersama posisi badan yang cuba berlindung daripada bencana. gambar itu saya rasakan paling ngeri, dengan mulut seakan sedang menjerit. kita dapat bayangkan ketakutan dan kesengsaraannya.
eh ni kan gempa bumi, kenapa mayat terbakar pula. yela dah bangunan tu runtuh kemudian temperature dalam bangunan naik, menyebabkan kebakaran.
dalam hal ni, kami belajar supaya keep our patient's dental record up to date and do them properly kerana one day kita tak tahu yang kita dapat membantu keluarga-keluarga mangsa mengesahkan kematian anggota keluarga mereka.
secara dalamnya pula, saya belajar bahawa kematian bukanlah sesuatu yang mudah. kematian juga bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main. ia sentiasa mengejar kita dan kita tak boleh lari daripadanya dan paling menakutkan, kita tak tahu bila waktu itu akan sampai. semoga mati kita, mati sebagai orang beriman, dan kematian kita bukanlah sesuatu yang mengaibkan di mata manusia. mati kita bukan mati yang disebabkan oleh murka Allah. Carilah jalan kematian yang mulia.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~