senyum dulu
^______________^ (panjang lebarnyeee)
ok! orang kata bila dah selalu baking maka kita lebih konfiden sehingga boleh tercipta resepi sendiri. setelah dalam 9 bulan saya di arena baking, kini saya sudah punya confidence sehingga tercipta resepi baru saya yang diberi nama...........'1 in a million' aka 'cheesecake ini dhuha punya'.
oh mcm riak. terima kasih kerana Allah lah yang sebenarnya telah memberi ilham.
saya mula membuat cheesecake februari lalu dan saya ter'addicted' terhadapnya. asyik nak beli creamcheese (creamcheese sini murah GILA) pastu baking. mula-mula saya buat brownies cheesecake sebab brownies tu resepi asasi sayalah memandangkan saya mula baking dengan brownies dulu. maka saya cuma topup resepi cheesecake atas brownies.
kemudian saya jadi bertambah yakin lalu saya pun buat whole cheesecake. masa tu baru balik dari orchard, buah ceri ada 3 kilo kat rumah. maka saya make use of the cherries. buat cherry cheesecake. tak ambil gambar sebab malas nak naik atas amik kamera. so amik gambar dgn ipod je tapi buruk gila gambar so tak payah tunjuk ah. cherry cheesecake saya itu paling saya suka. cantik jelita sebab saya dah tahu cara nak wat corak marble atas kek.
yang tu saya bake. lepas tu try buat cheesecake yang disejukkan dalam peti pula, iaitu 'rare strawberry cheesecake' sebab nak habiskan stok strawberry kat rumah. sedap juga rasa seperti makan yogurt.
dan minggu ni saya nak wat cheesecake yang di'cupcake' kan. maka saya ikut jela resepi sebelum ni cuma diseparuhkan sukatan. sebab creamcheese tinggal half. saya juga letak buah ceri sebagai filling sebab buah ceri masih bermaharajalela dalam peti. bila dah siap buat base, saya pun tuanglah adunan creamcheese. sekali tak cukup. nipis je layer creamcheese. pastilah tak best! maka saya pun bakarla dulu 10 minit. dalam tempoh tu saya laju-laju mencapai butter,telur,tepung, baking powder dan esen vanila. main taruk je dan gaul je sampai jadi adunan. dalam hati berdoa biarlah adunan tu jadi mcm kek butter (saya tak pernah buat kek butter)
tepat je sepuluh minit, saya keluarkan 'kek separuh tak jadi' tu dari oven pastu topup dengan adunan yang baru saya siapkan. bakar lagi selama 20 minit. hati sungguh berdebar. kalau tak jadi, kalau tak sedap, siapa nak makan? cheesecake hentaman sungguh ni. menunggu depan oven dengan berdebar-debar. tengok kek makin kembang. gembira! tapi tak boleh sangat sebab belum tau apa rasa dia.
ALHAMDULILLAH MENJADI DAN SEDAP!
ni yang dah digigit. ada 3 layer. cookies,creamcheese dan kek butter. gabungan rasa yang mengancem :p
oh biskut ni saya buat beberapa minggu yang lalu sebab nak habiskan stok raspberry dan cherry. tapi ceri terlampau banyak sampai tak habis-habis lagi sehingga hari ni biarpun dah campak dalam macam2 resepi. biskut ni namanya 'white choc raspberry/cherry'..ianya chewy dan saya buat besar2 sebab mmg style biskut NZ cmtu. huhu..tiru Mrs Higgins.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~