Thursday, March 3, 2011

usul pertama: moden ke islam tu?

sedang dalam mood menconteng sempena musim paeds. pencil colour dah beli, magic pen dah beli. kena rajin melukis lepas ni untuk modul paeds.

perhatian: ini kelas usul 20 ye. ingat tak hari tu saya ada cakap nak mengupas usul 20?? inilah dia ^_____^

gadis A: moden ke islam tu?

gadis B: eh tapi moden tu ape? bangunan tinggi-tinggi, keputusan periksa tinggi-tinggi, kasut tinggi-tinggi?

gadis A: laa..tengoklah macam US, Jepun..modenlah tu..macam tulah

gadis B: yela, tapi macam mana? dari segi apa?

gadis A: tengok je negara-negara maju tu. teknologi tinggi, taraf hidup tinggi..

gadis B: kasut pun tinggi kan. betullah aku cakap tadi.

gadis A: ish kau ni, moden pun susah nak faham. susah nak cakap dengan orang yang kolot ni. soalan aku tak nak jawab.

gadis B: yelah, untuk jawab soalan kau, aku kena faham erti moden yang kau maksudkan, reti? kalau 'tinggi-tinggi' lah yang kau maksudkan, memanglah itu bukan Islam.

gadis A: see. sebab tulah aku tak nak pakai macam kau ni. macam islam sangatlah. ketinggalan. kolot. tak moden.

gadis B: yang tu kau salah. nama je gadis A tapi pemikiran tak 'A' lah. Meh sini aku ajar.

kata Hasan Al-Banna:

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

mari kita go through satu persatu.

kenapa mesti first2 sekali cakap Islam adalah daurah dan tanahair atau kerajaan dan umat? kerana itu merupakan sistem tertinggi dalam dunia ni. kalau tiada daulah islam, maka susahla nak aplikasikan undang-undang islam, kehakiman islam, ketenteraan islam, kebudayaan islam dan sebagainya. kerana dalam mendaulatkan islam di muka bumi ini, islam kena ada kuasa dan kuasa itu disalurkan melalui kerajaan.

sebagai contoh, sekarang ni yang memegang tampuk pimpinan dunia ialah Amerika. maka kita dapat lihat Islam itu semakin pudar. tiada sistem undang-undang islam. tiada pendidikan islam. tiada segala-galanya yang islami secara general. kesannya, lihatlah kepada rakyat. keruntuhan moral dan jauh secara pincangnya dari agama.

Islam adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Islam punya conduct codenya yang tersendiri yakni sangatlah menepati fitrah manusia itu sendiri. bila akhlak menjadi islamik maka automatiknya fitrah manusia itu diraikan lamtas melahirkan jiwa dan peribadi yang kuat dan mantap. so that takdela manusia nak bunuh diri ke, nak bunuh orang ke, nak macam2lah lagi unsur-unsur tak bermoral. Secara tidak langsung, dunia jadi harmoni. Keadilan yang diamalkan juga menambah rahmat bumi Allah ini.

Islam adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Siapa kata Islam agama yang boring, yang hanya tahu solat saja? Salah sama sekali tanggapan itu. Islam pun meraikan budaya setempat asalkan tak bercanggah dengan syariat. saya memetik dari sebuah laman web:

Baginda juga membenarkan orang-orang Habsyah bermain anak panah dan tombak sebagaimana adat kebiasaan mereka di dalam Masjid Nabawi. Malah menawarkan kepada Aishah untuk menonton sama pertunjukan mereka.[10]Baginda saw juga membenarkan para wanita bernyanyi dan memukul gendang pada hari keramaian dan perayaan.Malah baginda menggesa Jabir bin Abdullah mengahwini anak dara dengan alasan boleh bergurau senda dengannya berbanding wanita janda.[11]Rasulullah saw juga pada satu hari menegur satu majlis menghantar pengantin perempuan kepada pengantin lelaki yang dibuat diam-diam tanpa diiringi dengan hiburan dan nyanyian. Baginda bersabda:

ما كان معها لهو؟ فإن الأنصار يعجبهم اللهو[12]

Maksudnya:Kenapa tidak diiringi dengan hiburan? Orang-orang Ansar sukakan hiburan.” Dalam beberapa riwayat

:هلا بعثتم معها من تغني وتقول: أتيناكم أتيناكم ...فحيونا نحييكم

Maksudnya:Alangkah baiknya kamu hantar bersamanya orang yang menyanyi dan melagukan: Kami mendatangimu, kami mendatangimu….justeru berilah ucapan penghormatan kepada kami, nescaya kami berikan ucapan penghormatan kami.


[10] Hadis Riwayat Bukhari, No 949, Kitab Dua hari Raya
[11] Hadis Riwayat Bukhari, No 5079, Kitab Perkahwinan
[12] Hadis riwayat Bukhari-Kitab al-Nikah (no 5162).
berhiburlah tapi biar sederhana dan tahu batas-batas syariat. hiburan yang melampaui syariat itukan jatuh haram hukumnya :) konsert contohnya. walaupun kamu kata kamu tak bergaul bebas pun tapi kami berada dalam suasana yang bergaul bebas maka jatuh syubhah di situ. bayangkan time tengah seronok-seronok tu, gempa bumi pulak. ramai yang mati termasuk
kamu sendiri. nauzubillah, takutlah. tak naklah macam tu.

Islam adalah keilmuan. kita pun tahukan Islam sangat-sangat menuntut umatnya menuntut ilmu sejak awal ia turun lagi (surah al-'Alaq). bahkan menuntut ilmu itu dikira sebagai jihad sehingga Rasulullah bersabda carilah ilmu sampai ke negara China. Malaikat juga suka berkumpul mengelilingi orang yang menuntut ilmu.
Ilmu mengangkat manusia menjadi umat yang bertamadun. Ini sangat bercanggah dengan pendapat bahawa Islam itu kolot, mundur, menyekat kemajuan and so on. Islamkan agama sederhana. dunia akhirat kena seimbang. tak seperti agama kristian di zaman gelap, gereja tak membenarkan perkembangan ilmu dunia. maka rakyat memberontak sebab tu jadilah macam sekarang, agama dipisahkan terus daripada agama.

Islam adalah kehakiman. dalam surah an-Nisa' ayat 65 ada menyebut: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Yakni Islam mestilah menjadi dasar dalam membuat keputusan sebagai hakim. Islam menyeru ke arah keadilan melalui kehakiman. Islam mengambil berat soal menjatuhkan hukum melalui undang-undangnya. Semua itu Islam ada mengajarnya. sehinggakan kalau kita lihat perundangan dan kehakiman kesultanan melayu melaka itu (hukum kanun melaka) sendiri mengaplikasikan ajaran Islam. adakah agama sesempurna ini?

Seterusnya, Islam adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Dalam konteks ini menunjukkan bahawa Islam tidak melarang langsung umatnya berkerja keras dan mengumpul harta kekayaan. Malah Islam juga menggalakkannya dengan menyatakan bahawa 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan. Rasulullah sendiri berniaga. Bukanlah Islam itu hanya duduk bertapa solat setiap masa. Malah Islam sendiri menggariskan peraturan-peraturan berniaga secara syari'e. Namun ini bukan alasan untuk menjadi realistik. Merendah dirilah dengan harta pinjaman Allah. Sumbangkan untuk kemanusiaan sejagat, infaqkan untuk kemajuan ummah, untuk urusan jihad fisabilillah.

Selain itu Islam juga ialah jihad dan dakwah atau ketenteraan dan fikrah. Allah memerintahkan kita berkorban harta, nyawa dan jiwa untuk agama. Jihad bukanlah pergi berperang je. Jihad bermaksud struggle atau bersungguh-sungguh. menuntut ilmu itu jihad, melawan hawa nafsu itu jihad malah wanita bersalin pun jihad juga. Islam pun turut meresap ke dalam ketenteraan. Murninya ketenteraan Islam itu apabila ia dibentuk solely for Allah's cause. Disiplin yang mantap, ibadah yang mantap, akidah yang sejahtera, serta langsung tidak ada unsur keganasan. tak boleh bunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua. tak boleh bakar rumah dan tempat ibadat. tak boleh rosakkan tumbuh-tumbuhan. adakah ketenteraan yang macam tu sekarang???

Islam adalah fikrah bermaksud Islam merangkumi ideologi. Zaman sekarang ni muncul ideologi-ideologi yang berbunyi menarik untuk kita sertai. komunism misalnya memperjuangkan hak kesamarataan. semuanya kena sama rata. namun akhirnya merana juga. apakah..wujud rasa ketidakadilan. disitulah silapnya konsep kesamarataan. liberalism, kapitalism, zionism, extremism, sosialis, orientalis..semua tu merupakan ideologi-ideologi yang akhirnya memakan diri kita sendiri. Duhai pembaca sekalian, siapakah yang lebih mengenali kita selain Pencipta
kita? Renung-renungkan.

Akhirnya sekali Islam ialah akidah yang benar dan ibadat yang sahih. Akidah yang benar bermaksud kita berpegang kepada kepercayaan yang pasti dan jitu bahawasanya Allah itu Tuhan yang satu yang berhak disembah dan nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Ibadat yang sahih bermaksud kita mempersembahkan diri kita kepada Allah dalam bentuk amalan-amalan yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Fenomena hari ini menyaksikan Islam itu diambil hanya daripada sudut ini (akidah dan ibadah). Islam itu hanya rukun Islam dan rukun Iman yang diambil bulat-bulat tanpa dihayati maksudnya dan tanpa difahami isinya. Islam kita hanya ikut skema peperiksaan!

So inilah dia nak bagitahu ni. Kesimpulan daripada usul 1 out of 20 ni ialah ISLAM ITU SYUMUL/SEMPURNA/MENYELURUH. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. dasyatkan? ada ke agama yang seperti ni? hari ni, kehidupan harian kita banyak yang terpisah daripada agama. belajar sains kat sekolah pun tak dikaitkan dengan Pencipta. padahal kalau belajar pasal telefon ke hukum newton ke, mesti ada intro pasal 'pereka-pereka'nya..inilah yang lacking dalah sistem kehidupan yang the so-called modern ini.

Kenapa Imam Hasan Al-Banna highlightkan benda ni dulu? sebab sememangnya telah muncul sentimen 'Islam itu mundur' sewaktu zamannya. jadi sebagai umat Islam, penting untuk kita faham apa itu Islam sebenarnya dan SEDAR yang Islam itu agama yang paling sempurna dan kita kena menganutnya secara keseluruhan juga.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." (1:208)

Melalui usul ini juga, kita diingatkan tentang bahayanya memahami Islam secara silap. macam cerita 4 orang buta dengan gajah tu. setiap orang describe gajah mengikut bahagian berlainan yang dipegang mereka. ada yang kata gajah ni besar, ada yang kata gajah panjang. hakikatnya, kita kena menilai secara keseluruhan. begitulah juga halnya dengan Islam. kalau kita amalkan separuh-separuh atau suku-suku atau sebahagian-sebahagian je, maka orang lain akan dapat tanggapan yang salah tentang islam. kita pun kalau belajar islam sikit2 je, maka akan jadilah kita orang islam yang 'islam hanya dalam IC'. kita sendiri yang jadi duri dalam daging, mengutuk dan memburukkan agama sendiri. kita jadi orang yang berkata 'ah Islam tu kolot dan mundur'.

Berbalik kepada persoalan moden ke islam tu?

gadis B: moden ke negara maju tu, zina sana sini, mabuk sana-sini sampai berleluasa anak luar nikah, buang baby, tanam baby hidup-hidup, macam2 masalah jenayah lain. apa yang berlaku kat negara-negara moden atau wilayah moden cam KL ni dah jadi dah during zaman jahiliyyah. apa yang jadi lepas tu? Rasulullah datang membawa rahmat bersama Islam, melenyapkan zaman jahiliyyah dan membentuk tamadun Islam yang gemilang. ketinggian ilmu tanpa iman bukanlah satu kemodenan.

gadis A: err ok...tapi..perempuan berjubah tak modenlaaa

gadis B: kalau pakai baju seksi tak cukup kain ni bukankah serupa dengan manusia zaman batu yang dalam citer 'flintstone' tuh. moden ke flintstone?


p/s: segala isi penerangan adalah bersumberkan bahan perbincangan usrah. segala silap dan salah harap ditegur dan dibetulkan. terima kasih ^__^

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~