selalu tertanya-tanya apakah kegembiraan yang sebenarnya. of coursela sebagai muslim yang taat, kegembiraan datang daripada ketakwaan kepada Allah. tapi bagaimanakah kegembiraan itu dirasa dan dapat dibezakan dengan kegembiraan yang bukan lillahitaala?
lately ni banyak party2 dianjurkan dekat uni, dekat area campus, area dunedin. memerhati mereka. setiap hari jumaat dress up lawa2. bawak botol arak di tangan. berjalan ramai-ramai, nampak sungguh gembira. melintas jalan bersama menuju ke restoran-restoran atau kelab-kelab malam.
hati saya berdetik 'bagaimanakah mereka boleh rasa gembira walaupun tiada iman dalam hati?' i mean kalau kita tanya mereka, adakah mereka gembira? mestilah mereka jawab sangat2 happy dengan hidup mereka. berparty dan minum2 memang dapat membuat mereka gembira. itu adalah sumber utama kegembiraan hidup mereka. adakah anda faham apa yang saya sampaikan? kerana saya mendapati ia sangat susah untuk saya terjemahkan dalam bentuk perkataan. ada orang mungkin salah faham.
sorry saya mungkin telah mengkomplikasikan fikiran saya (hoho ayat apekah itu??)
tapi layan jela tau. saya nak sambung ni. baca! baca! baca!!!!!!
apakah ada dua unsur kegembiraan? kenapa ada orang yang gembira, dia ketawa? kenapa ada yang tak ketawa tapi hanya tersenyum lebar? kenapa ada yang tak senyum lebar tapi cuma senyum simpul? kenapa ada yang tak senyum langsung-langsung tapi menangis?
yes yes ini yang saya banyak fikir lately ni.
saya pun tak nak pergi jauh-jauh. pergi tengok dalam diri sendiri je. iman itu turun naik. bila iman saya turun, untuk gembira saya tengok movie2 kelakar. lepas movie dah habis, saya masih gembira sedikit. sembang-sembang dengan kawan-kawan, kegembiraan masih bertahan. telefon family di rumah, sembang-sembang lagi. eh sungguh gembiralah hari tu saya rasakan! bila malam makin larut, nak tidur, sunyi. rasa hilang semua yang gembira-gembira tu. saya akan menjadi tidak tenang, eh ada bab yang belum study lagi, alamak bajet bulan ni cukup tak, terlebih ke? eh esok patient ni kena buat prosedur itu, aku belum prepare lagi. aigooo..runsing..runsing...
eh jap, tadi kata bukankah hari tu hari yang sungguh gembira? hmm...mild insomnia. esok bangun subuh lambat. hati rasa tercengkam2 dengan macam-mecam perasaan. bersalah, runsing, takut, gelabah.
gembira yang dirasai tadi tu ibarat burung yang terbang turun masuk ke dalam permukaan laut, ngap ikan, lepas tu terbang naik meninggalkan lautan. err ni perumpamaan saya reka sendiri so kalau tak faham jangan marah. ini apa yang saya rasa.
boleh jugak kata gembira tu ibarat lapisan minyak atas permukaan air. gembira yang superficial.
mengenang kepada aktiviti pergi shopping dengan kawan2, pergi dinner dengan kawan-kawan, memang gembira, hati memang gembira. seronok. bergelak ketawa bersama-sama. menikmati waktu bersama-sama. namun at a point, tiba2 rasa kosong. tidak berisi.
bila iman naik, ibadah dan munajat cuba diperbanyakkan. bangun tengah malam pun rajin. dan hari itu menjadi hari yang penuh kegembirangan dan ketenangan. takdelah pagi tu ketawa-ketawa turun breakfast atau tersengih-sengih on the way pegi sekolah. bukan. cuma rasa ada semangat, ada kekuatan, ada ketenangan, ada jaminan Allah :) lain betul gembiranya. gembira yang tak payah susah-susah dizahirkan melalui gelak tawa.
macam tu jugak bila pergi usrah, saya sangat suka pergi usrah. sebab sepanjang hari tu akan rasa sangat berisi, gembira dan tenang. rasa macam takde masalah. walaupun hakikatnya masalah memanglah ada, tapi tak rasa terbeban. muka rilek je. takde gelabah-gelabah. kalau ada pilihan antara pergi jamuan makan-makan, party2 atau pergi majlis-majlis ilmu yang dinaungi malaikat-malaikat, yang merupakan sebahagian daripada taman-taman syurga, memang saya akan pilih majlis-majlis tersebut sebab kegembiraan yang dirasa itu sangat dalam, sangat terserap ke urat nadi. kalau tak ada majlis-majlis tersebut at least seminggu sekali, saya akan rasa kontang jiwa sangat-sangat. mulalah tengok movie2 lagha. mulalah sembang lama-lama.
maka i came into a conclusion that there are two types of happiness. the superficial one and the pure one. kurangnya kegembiraan rohani yang berakar umbi di segenap urat nadi, maka kita akan cari kegembiraan superficial untuk mengisinya. namun, rohani rimas dengan kegembiraan superficial (luaran). rohani tak nak terima. sebab itu fikiran serabut, hati tidak tenang.
melihat kepada fenomena party yang extreme kat sini, saya sangat-sangatlah berasa insaf betapa manusia lupa apa sebenarnya yang menggembirakan mereka. satu demi kerosakan dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap diri sendiri dan alam sekitar. semoga kita semua tidak lupa, bahawa yang menggembirakan kita bukanlah kawan-kawan, bukanlah lagu-lagu, bukanlah party2, bukanlah konsert2, bukanlah keluarga, tapi Allah. sumbernya Allah. gembirakan Allah maka Allah akan gembirakan kita. insyaAllah =)
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” (AQ 48:4)
p/s: even menangisi dosa-dosa lama juga merupakan suatu kegembiraan. tak percaya? cubalah! akan ada suatu rasa ajaib selepas taubat :)
penulisan yang bagus! dapat m'kategori perasaan kegembiraan dengan tepat; iaitu gembira yang sementara dan gembira yang kekal...
ReplyDelete