Wednesday, March 23, 2011

kisah makcik dorothy

patient saya hari ini seorang wanita tua berusia 82 tahun, penghidap leukaemia. dia telah hidup dengan leukaemia selama 5 tahun. saya belek lagi medical history dia, dia pernah buat bone graft surgery kat kaki dia. pastinya dia pesakit yang amat fragile. saya rasa amat berdebar membayangkan pesakit baru saya itu. bolehkah saya handle?

dengan lafaz bismillah saya memanggil beliau. salah saya, suara macam ada emas dalam tekak. semua orang kat waiting room pandang saya. tu yang paling saya tak suka kat dental school, bila panggil patient, takde orang menyahut. malu. and then receptionist tu suruh saya kuatkan suara. ye tak ye, patient saya kan dah berusia, sudah pasti pendengaran juga makin berkurang. haish dhuha..dhuha..kat situ pun dah nampak kurangnya empati.

saya melantangkan suara juga demi nak jumpa pesakit saya. akhirnya dia angkat tangan sambil tersenyum. luluh hati ni saat jumpa dia. comelnyaaaa..dan fragilenya...saya takuuttt nak sentuh T__T

"can i leave my things here?" sambil beliau menunjukkan payungnya,slig bagnya, dan baju sejuknya.

"it's ok, we can bring them together to the dental chair." saya memimpin tangan beliau sambil sebelah tangannya lagi memegang tongkat. payung dan jaketnya saya raih bersama. dalam hati, saya rasa ini pertama kali saya memimpin tangan orang tua. even dengan arwah atok pun saya tak berkesempatan buat macam ni T_T heartless tak dhuhaaaa TT___TT

kelemahan saya memanglah orang tua. sebab saya kurang skill nak berdepan dengan warga emas.

setelah dikorek-korek sejarah perubatan beliau, rupanya makcik Dorothy baru saja menjalani knee replacement surgery kat kedua-dua belah kakinya sebelum krismas tahun lepas. saya kagum dengan makcik Dorothy. walaupun dah tua, menghidap leukaemia dan mengalami kesusahan untuk bergerak, namun dia tetap gagah datang dental appointment 15 minit lebih awal pulak tu!! dan lepas dental appoinment dia akan berjalan kaki ke hospital awam untuk menjalani ujian darah pula. gagahnya kan!! i dont think old people in malaysia biasa buat begitu. dekat dunedin ni memang banyak warga emas dan most of them masih gagah jalan kaki jalan-jalan, dating-dating suami isteri sambil jalan pegang tangan dan shopping-shopping! have many many respect for that!

teringat moyang yang walaupun berkerusi roda, masih gagah usung kerusi roda ke laman rumah sambil mengerjakan tanam-tanamannya! teringat arwah atok yang walaupun setiap minggu kena dialysis, masih boleh berpuasa sambil renovate rumah di bulan puasa! subhanallah, tenaga yang bukan sedikit tu! saya yang muda ni pun malas gerak macam kentang kerusi (couch potato)

kembali kepada makcik dorothy. dia juga sangat caring. suka senyum. sangat cooperative. dia redha je apa yang saya buat kat dia. seperti pesakit sebelum ni yang saya cerita hari tu, makcik dorothy juga tinggal sembilan batang gigi. no teeth at all kat bahagian atas. maka dia pakai denture kat bahagian atas. first time tengok gusi yang licin tanpa gigi. memegang gusi makcik dorothy seakan memegang gusi bayi. sekali rasa insaf, how sad it is when we came into senile age.

bak kata Shakespear dalam 'All the world's a stage':
Sans teeth, sans eyes, sans taste, sans everything.

bak kata Allah dalam firmanNya dalam kitab suci Al-Quran:
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (yaasin, 36:68)


dan video ni pertama kali dipersembahkan kepada saya masa sesi Quranic Circle hari tu. sangatlah terkesan. hayatilah :)


No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~