Sunday, March 6, 2011

must watch

saya telah lama terpisah daripada dunia panggung wayang. oleh itu saya juga telah berkurun tidak update movie2 terbaru.

yani balik dari malaysia je dok cerita macam-macam pasal movies terbaru di malaysia. banyak sungguh rupanya. maka saya diajaknya menonton filem magika, ngangkung, jangan pandang belakang congkak 2 dan hantu kak limah balik rumah. haha memang lawak. saya paling suka magika sebab ia sungguh magis, kelakar, terimbau zaman kanak2 dan lagu-lagu yang best.

dan baru2 yani telah berkata-kata tentang movie 'dalam mihrab cinta'. juga tentang siri 'ketika cinta bertasbih'. maka saya teringin nak tengok kedua-duanya tapi belum ada dalam youtube. eh tapi KCB the series dah ade cuma saya tiada masa nak follow.

kemudian ada orang post tentang nur kasih the movie. nak tengok jugak.

lepas tu ada iklan 'gnomeo and julie' kat tv. nak tengok juga.

sedang tengok promo 'dalam mihrab cinta' entah macam mana terjumpa cerita 'sang pencerah'. nampak sangat menarik dan macam banyak 'usul 20' yang boleh dibincangkan. maka saya nak tengok juga.

kesimpulannya, ada empat movies yang sedang menanti untuk saya tonton:







No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~