kepada semua calon-calon SPM, tahniah! sudah tamat zaman spm anda. bermakna tamat sudah zaman persekolahan. anda kini BEKAS CALON SPM! YAYYY!
i remember, being a high school student, there was so much stress being put on SPM.
"kena belajar betul2 ni, nanti result spm tak cantik, kamu nak jadi apa?"
"kat sekolah ni belajarlah sungguh. esok2 bila dah dapat result spm bagus, kamu senang di masa depan. struggle gila2 kat sekolah, kat universiti nanti mudah hidup kamu."
and me, being a kiasu student, i put all of my effort for the exams. not so much into other things such as meningkatkan keimanan diri, belajar ilmu2 dapur, belajar menjadi anak dara/gadis melayu yang sejati. my focus was only for exam since i entered primary school. mujurlah saya bukannya kiasu sangat (eh ape dia ni. tadi kata kiasu, now tak kiasu pulak)..i still enjoyed my younger days. main sport, join karate-do, masuk pertandingan2, buat persembahan hari guru, pegang jawatan-jawatan. no regrets, but a few, that is not paying attention to my spiritual needs.
however i still ended up struggling in University. tipulah uni life lebih senang daripada sekolah, at least for me la. langsung tak sama cara belajar kat sekolah dan kat universiti. dan saya pula meninggalkan cita-cita asal untuk mengikut cita-cita orang lain. bertambah suffer lah kan. sejak masuk science stream lagi saya rasa suffer sebab saya asalnya nak masuk art stream after PMR namun banyak tentangan-tentangan. pendek kata, its all about choices. saat paling crucial ialah saat membuat pilihan, dalam apa2 bidang sekalipun.
oleh itu adik2, kakak nak nasihat di sini, bahawasanya SPM bukanlah segala-galanya! i have learnt from my very shallow experience and other's deep experience yang kejayaan dalam SPM tak semestinya membawa kejayaan dalam hidup, dan kegagalan dalam SPM tak langsung-langsung membawa kegagalan seumur hidup, tidak sekali-kali! keputusan itu hanyalah sebahagian daripada berita-berita yang kita terima dalam hidup. tak seharusnya meratap benda yang lepas. kita telah berusaha dan Allah telah menetapkan keputusanNya.
apa yang penting???
kerjaaasama!!
eh silap skrip. apa yang penting??
PANDANG KE HADAPAN!
make plans for your future and work towards it. bila takde plan, terhuyung-hayanglah hidup. jangan ikut kata orang. buat apa yang kita rasakan kita mampu. sentiasa bermunajat kepada Allah dan buat solat istikharah.
and as a muslim, anda memang bertuah sebab dah ada misi besar dalam hidup! tak perlu susah-susah tercari-cari arah tujuan, moto hiduplah, misi hiduplah. we are brought here into this world with a big and holy mission :)
so if u like designing, be a designer that will contribute to this ummah. naikkan taraf fesyen islam sebenar, gemilangkan kembali senibina islam, infakkan harta hasil pendapatan. if you like teaching, teach the children about Allah, about this ummah, bawa mereka kenal Allah, kembalikan generasi gemilang umat islam.
dengar sini adik-adikku, takde satu pun bidang yang low class, yang takde future and so on. rezeki milik Allah. asal saja mencari rezeki dan ilmu yang halal, berniat ikhlas dalam menuntut ilmu dan mencari rezeki, insyaAllah, barakah hidup itu pasti dan itu yang PALING penting. jangan pedulikan stigma/pemikiran masyarakat yang terlalu materialistik.
khas untuk adikku, Maisarah..
tahniah dapat 6A~! not bad at all! kak yong dan kak ngah selalu rasa respek kat adik kitorang yang sorang ni. although we both got better result than you, we dont have the quality that you had. you're a strong girl being able to cope with troubles during your study. awak rajin, pandai bahagi masa, pandai buat kerja rumah, ramah dengan orang tua dan kanak-kanak, pandai jaga diri, menjaga urusan agama, matang, pandai berzanji dan ketua pelajar yang hot dan comel lagi tuuuh ;P--kualiti tu sume kak yong takde ok di zaman baya awak.
dan lagi satu, orang yang disayang Allah memang akan selalu diuji. Allah sayang awak. Allah nak bagi baaanyak pahala kat awak sebab awak tahu tak, orang yang sabar tu sangat tinggi ganjarannya. tolonglah rasa sedih dan hiba kalau awak rasa hidup awak smooth sailing tanpa ujian.
akhir kata, bangun pagi esok kena rasa bersemangat, tentukan arah tuju masa depan awak. set your aim. bestfriend dengan Allah, jaga relationship awak dengan Allah. do something to benefit the ummah, ok :)
love you so much,
from your beloved kak yong.mmuah!
xoxo
p/s: sisters forever for the sake of Allah. sayang kamu kerana Allah! kak yong dan sarah bagai isi dan kuku :)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~