wanita tua yang itu pun bercerita cerita yang sungguh menarik kepada saya. dia bekerja di sebuah rumah orang-orang tua untuk pesakit istimewa (down sydrome, autism, schizo). dia cerita every ragam pesakit-pesakit di rumah tu. sungguh menarik. stressful tapi it is a noble job. saya tanya dia kenapa dia pilih kerja tu. she said 'they are all normal people. they are human. i just want to provide the best service to them. they are very special.'
apalah yang ada pada kudrat seorang wanita tua, sehingga mampu bersabar menjaga golongan istimewa selama bertahun lamanya. pastilah sebuah ketulusan. sebuah hati yang jernih. i was touched by her stories and by herself. airmata kutahan-tahan je. adakah saya boleh jadi setulus itu? semoga Allah kurniakan taufik dan hidayahNya. ameen~ (eh korang, aminkan jugak!)
kemudian my first paeds patient. she is 7 years old. SANGAT BANYAK CAKAP! penat saya melayannya. tak boleh duduk diam. orang tengah check mulut dia, dia pusing kanan kiri. sabar jelah. pastu demand nak itu ini. suruh saya naik turunkan dental chair tu because she thought its fun to play with. terpaksa saya tipu yang kerusi tu boleh naik setakat tu je padahal kerusi tu boleh naik beyond that. nasib baik agak cooperative dan sangat suka jumpa dentist. bukan jenis dental anxious. saya kena assess diet dia. lepas tu dengan semangatnya bawak keluar lunch box beliau, tunjuk apa yang dia makan. saya masa tu terliur sangat2 sebab tengah lapar! "aku ngap jugak makanan budak ni karang" kataku dalam hati. kemudian the way she talked, adalah sangat rare untuk dijumpa di malaysia. bercakap gaya orang besar sambil mengata kawannya "she's annoying, dia ada kutu, dia suka peluk orang maka saya rimas"..haih...ada satu masa tu masa dia bercakap, saya tak berapa pay attention sebab saya tengah isi diet form. saya pun gelaklah sebagai respon untuk apa yang dia bagitahu saya tu. lepas tu budak tu cakap "its not funny." HOHOHO padan muka kau dhuha. lain kali dengar elok2.
she came with her father yang dah tua sangat dah. mak dia dah tak boleh jalan, pakai walker. saya ingat dia cucu kepada pakcik tu. saya pun tanya si kecil tu, ada abang kakak tak? dia kata dia anak tunggal. oh noiii.. saya tak nak kahwin lambat.
and then hari ni patient saya ialah seorang lelaki. which i hate it. hari ni ialah kali 3 dia appointment dengan saya. dalam patient list saya ada 3 orang lelaki including this one. tapi saya tak panggil pun lelaki lain sebab i couldnt handle more than 1 guy at one time! hoho..agak stress merawat pesakit lelaki. sebelum ni patient lelaki saya mestilah yang dah tua dan yang dah kahwin. tapi kali ni, dia setahun lebih tua daripada saya. dan saya tak suka the way he looked at me! sangat2 uncomfortable. sentiasa mengantuk setiap kali datang appointment. setiap kali saya treat dia, dia pandang saya. takut ok! dentist bekerja dalam jarak yang agak dekat dengan pesakit. lepas tu dekat otago ni, takde assistant untuk 4th and 5th year. maka kami handle patient seorang diri. pastu bila saya nak capai barang, saya kena bend across the patient. dan untuk perempuan, sangat tak selesa! masa first time, saya redah je sebab saya tak aware yang saya treat patient lelaki sebab dah biasa wat camtu dekat dummy head. sekarang ni memang setiap kali nak capai barang, saya kena bangun, bergerak to the opposite side. leceh memang leceh but i have to! masa first time jumpa patient tu, saya buat2lah friendly to build rapport. tp utk 2nd and 3rd visit, saya cakap straight to the point terus. memang kalau boleh tak nak treat dia tapi dialah patient saya yang paling urgent sekali since he's in pain. saya tak sabar nak habiskan treatment dia supaya takyah jumpa forever. HOHO..followup pass kat orang lain boleh tak. takdelah dia tu gatal ke apa. tak pernahlah buat nasty thing or said nasty things. tak pernah. tak pernah. cuma dia selalu pandang saya. saya memang ada masalah dengan pandangan orang ni.
kesimpulan, dalam arena mengubati orang ni, macam2 ragam orang kita akan jumpa. ada yang best ada yang membencikan. belajar untuk sesuaikan diri dan be professional. belajar how to handle each one of them. saya paling suka jumpa patient perempuan yang friendly dan inspiring (bukan lesbian ok). saya berdoa agar calon suami bukanlah pesakit saya sebab saya akan benci dia -___-
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~