tiba2 ada announcement. saya tak dengar. tiba2 jadi sunyi satu bangunan. baru saya teringat, hari ni telah diumumkan oleh PM New Zealand sebagai hari '2 minutes of silence for Christchurch'. Kami digalakkan untuk membisu selama 2 minit pada jam 12.51 pm, hari Selasa sebagai mengingati peristiwa gempa bumi dan mangsa2 gempa bumi, yang berlaku Selasa lepas, jam 12.51 pm.
jadi, apa yang semua orang buat tatkala senyap membisu? saya pun tak taulah. yang pasti itu shopping mall pertama yang sunyi dalam hidup saya dalam jangka masa 2 minit tu.
kekok pun ada tiba2 senyap begitu. yang pasti memang sering rasa bersalah pun untuk bergembira sejak dilanda gempa bumi hari tu. rasa macam ramai yang sedang sedih di sekeliling saya, tak wajar sangat untuk bergembira walaupun hati sangat gembira nak balik winter ni (eh takde kena mengena)
semasa senyap saya meletakkan diri saya dalam kasut mangsa-mangsa gempa bumi. saya yang merasa gegaran sikit pun dah rasa nak menangis, apatah lagi mereka yang betul-betul menyaksikannya dan merasakannya. berat lagi bahu yang memikul. saya bersyukur sangat-sangat kerana kami di sini selamat, alhamdulillah. semasa senyap saya hampir mengalirkan airmata membayangkan diri sendiri berada dalam situasi yang mencemaskan itu. dalam hati saya mendoakan agar semuanya selamat untuk saya dan rakan-rakan serta saudara2ku dan seluruh warga dunia. semasa senyap, saya hanyalah bermuhasabah dan berdoa banyak-banyak. musibah itu adalah tanda peringatan. kita yang masih hidup, bersyukur, ambil iktibar dan perbaiki diri.
hari ni saya dah beli tiket balik. walaupun tarikh exam belum keluar, saya tak tahu kenapa saya beli jugak. saya rasa ini memang tahap homesick yang tidak tertahan lagi. apa nak buat kalau exam saya clash dengan flight? saya nak berdoa banyak2 dan minta korang doakan jugak. sesungguhnya saya tak tahula kenapa saya ambil tindakan drastik ini. sekarang happy. takut menyesal pula di kemudian hari. tapiiii saya tak tahan :( nak balik nak balik!
hari ni juga merupakan hari kedua saya kena food poisoning. dan kali pertama juga saya ke sekolah walaupun sakit. kalau dulu, sakit sikit je saya ponteng. huhu..saya ingat semalam sakit perut biasa je. biasalah sebab saya memang pesakit perut yang tegar. dah malas nak layan penyakit sendiri. namun hari ni dah panas2 pula badan serta pening2 dan loya2. yani juga mengalami kondisi yang sama. kami tak tahu apa yang kami makan. saya sudah hilang selera, maka makan potato rebus je sebagai dinner dan no lunch. hanya banyakkan minum air.
berat saya sudah naik, alhamdulillah dan buat pertama kalinya BMI saya normal! 18! wee :)
saya, yani dan pina insyaAllah akan beraya di Australia tahun ini. mungkin Tasmania dan Brisbane. dah usha tiket tadi. ingat nak beli terus tapi kalau beli, kosonglah akaun saya.huhu..asyik beli tiket flight je kerjanya. tiket europe pun nak beli tadi. apakah. sabar2lah dulu.
saya juga dah register Zentech, iaitu badan uji kaji ubat. saja nak merasa pengalaman jadi drug tester. terpengaruh dengan senior2. bayaran pun lumayan. huu kenapalah macam mata duitan sikit lately ni. saya memang nak kumpul duit banyak2 sebelum meninggalkan bumi NZ ni. tapi tu bukanlah tujuan utama. itu adalah penangan kerja orchard hari tu. rasa suka dapat duit hasil titik peluh sendiri.
p/s: sesiapa yang tahu ada program2 rohani yang menarik kat malaysia bulan 6-7 ni, tolonglah roger2 saya.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~