Saturday, November 27, 2010

senyapku dalam teriakku

excuse me.boleh tak saya nak tulis sesuatu di blog walaupun sedang bercuti?

boleh?

terima kasih.

sekadar satu sesi refleksi diri.

hmm.

saya suka berkali-kali ingatkan diri sendiri.mengata diri sendiri, dhuha.sila mengata diri sendiri. i hate gossip i hate gossips! saya melihat orang sekeliling berubah menjadi seperti yang digosipnya suatu ketika dulu. saya sangat takut, sangat2 takut. takut pada suatu hari nanti giliran saya pula merasa. ya Allah, saya takut. sangat sangat takut. kadang2 saya juga perasan saya seperti ke arah keburukan orang yang pernah dikata suatu ketika dulu.

kadang2 saya sampai penat lelah melawan kejahatan dalam diri. even mengata dalam hati pun akan buat saya emo sepanjang hari. tak boleh!tak boleh! kena purify hati sangat2. walaupun penat,kena jugak berusaha!

di sydney, bila jumpa myra,myra tegur saya "mane dhuha?"..eh eh..aneh tu. saya di depan mata tapi myra boleh tanya di mana saya. myra cakap saya telah menjadi pendiam. saya memang pensenyap orangnya. tapi myra kata ini luar biasa senyap.itu buat saya berfikir. ye saya sedang kawal mulut sambil kawal hati. saya jadi takut untuk berkata-kata. lagu 'bibir merah' sering berkumandang dalam telinga. hadith2 tentang bahana mulut sering appear dalam kotak fikiran.alhamdulillah. masalahnya, saya bukan je kena belajar untuk senyap, tapi kena belajar untuk berkata-kata yang berfaedah juga. supaya saya tidak jadi bisu terus. sila kumpul kebijaksanaan supaya di masa depan engkau bisa mengeluarkan kata-kata bernas lagi berfaedah. selamat maju jaya dhuha.

tentang kesenyapan saya, ia juga dipengaruhi dengan keserikan untuk bercerita sebab cerita saya sering je terbocor. maka kini amat berhati-hati bila bercerita. cerita yang basic je tanpa detail2 yang emosi. yang rahsia, hanya saya dan Allah yang tahu. selebihnya memang saya tak tahu nak cerita apa.

saya selesa untuk senyap, terima kasih. maaf kalau ade yang rasa bosan atau kekok atau sebagainya. nak kutuk artis pun saya sudah takut sekarang ni. berapa ramai yang suatu ketika dahulu membenci dan mengutuk habis-habisan keburukan orang lain dan akhirnya jadi seperti yang dikutuk? cukuplah, saya sampai hari ni begitu takut satu hari nanti tiba giliran saya pula.

orang yang senyap ni bukanlah orang yang fun dibuat kawan. tapi baguslah, saya tak mahu dan tak suka jadi kawan yang dibuat untuk berseronok je.

p/s: tajuk tu cubaan untuk menjadi puitis. HAHAHA

3 comments:

  1. dhuha, kenapa kita sama ye?

    hehehehe. :D

    ReplyDelete
  2. alin,adakah maksudmmu kita serupa dari segi kesenyapan?hahaha susah nak percaya tu :P

    ReplyDelete
  3. dud, last paragraph aku sgt suka^^

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~