Tuesday, November 2, 2010

psych?


bunga fevret di laman rumah kami


saya sedang study psychiatric medicine. tak berapa lama yang lepas kak rah cakap bidang ni bagus untuk menarik jiwa-jiwa yang gelisah kembali mengingati Allah.

saya tertarik. betul jugak kan. boleh jugak digabungkan nanti dengan islamic medicine esp dalam ilmu perubatan jiwa. jiwa itu asalnya dekat sangat dengan Allah. bila semakin jauh dengan Allah, tu yang wujud depression dan penyakit2 mental yang lain yang semakin meningkat sekarang ni.

tertarik juga dengan info yang kak rah share, bahawa setiap organ dalam badan ni ialah muslim. seluruh alam ini muslim. hanya manusia saja yang boleh memilih untuk menjadi muslim atau tidak. itu dinamakan islam ikhtiari, iaitu kita diberi pilihan samada nak jadi muslim atau tidak. manakala pokok2,batu2,bukit2, pasir2, bunga2 sume tu 'dipaksa' menjadi muslim, iaitu islam ijtibari (diambil daripada nama Allah "Al-Jabbar" yang bermaksud yang memaksa)

ironinya, walaupun manusia itu diberi pilihan untuk memeluk agama Islam atau tidak, jasad kita ini tidak ada kuasa untuk memilih. jasad manusia ini Islam walaupun rohnya kafir. sebab tu kalau orang non-muslim makan makanan yang haram, dia ditimpa penyakit. kerana organnya memberontak. organnya itu muslim dan menurut perintah Allah. maka untuk kita yang terbeli makanan yang haram ni, seelok-eloknya janganlah kita pass dekat non-muslim sebab kasihan jasad mereka yang muslim itu.

jadi nak kaitkan dengan psychiatry ni, jiwa kita ni asalnya dengan Allah. kita pernah hidup di alam roh. kita pernah berjanji dengan Allah sebelum dilahirkan. tenangnya jiwa kita adalah apabila kita mengenal,mencinta dan mengingati Allah. fitrahnya, jiwa itu hanya akan tenang bila mengingati Allah. terjadinya penyakit jiwa tu kerana kira terlalu kejar duniawi. sakit jiwa sebab berebut harta. sakit jiwa sebab putus cinta. sakit jiwa sebab hilang anak.

janganlah putuskan hatimu dengan Allah. hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang...sori kalau ayat berbelit-belit. tengah rushing nak sambung study balik tapi nak tulis jugak takut terlupa :)

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~