hari ni last paper. saya harap ianya betul2 last paper (btw, cikgu BM saya kata 'ianya' tak boleh guna dalam karangan. tapi untuk blog ini saya rasa macam tak boleh hidup tanpa 'ianya'. so kepada adik2 sekolah yang membaca, jangan contohi BM saya walaupun pernah dapat award best student BM :P)
sambung cerita balik.
saya harap ini betul2 last paper. oh ataupun last exam. saya tak mahu amik oral xm mahupun repeat paper. ameen~ (but i always be prepared for it)
mari saya ceritakan tentang paper hari ni walaupun tak perlu tapi saya macam mahu menulis jadi biarkan jari-jemari ini mentarikan rentak iramanya. (lagu background: KRU, mengerti-sambil mengimbas zaman kanak2 yang galak menari ala cili padi)
subjek hari ini: dentist and the patient. ade 5 module maka ade 5 soalan esei. 5 modul tersebut ialah: cariology, endodontics, prosthodontics, oral surgery, periodontics. setiap satu modul diwakili oleh satu soalah yang mungkin beranak satu atau tiada anak langsung.
yes soalan esei which is sangat tak biasa buat masa kat imu. paling panjang jawab untuk imu pun dalam 1 perenggan untuk MEQ (modified essay question- kata pun modified kan, mmg tak panjang spt esei sebenar)
masa mula2 amik test oral path sebulan yang lalu, terkejut beruk saya bila saya habis awal daripada orang lain. tengok paper orang lain, bermuka-muka surat mereka tulis! mereka tulis apa yang banyak sangat?
so kepada yang akan berpindah ke partner uni, bersedialah. mungkin tak sume uni tapi perubahan ini mungkin berlaku dan buat anda hilang markah dalam test seperti saya. saya jawab dalam point form ok! point form! sedangkan sepatutnye macam esei.. haish..berterbangan markahku...dekat imu, point form memang normal lah..
btw osce mereka pun jawab macam esei. rasa nak pengsan. dalam 5 minit, jawab panjang2. tak reti buat osce ke mereka ni (hahah macamlah kau pakar osce, dhuha)
2 papers yang lepas, saya memang mengarang karangan habislah.. berotot jari jemari dan wrist ini yang dah lama tak menulis esei guna pen. hambek, 3 question booklets saya serahkan kepada invigilator. (teringat spm, guna question booklet lepas tu kalau tak cukup minta extra dekat invigilator. bila dah habis, ikat dengan benang, tapi kat sini tak ikat guna benang, ikat guna benang plastik mcm yang guna untuk ikat shopping bag sebelum kamu masuk GIANT. rindu giant)
eh tadi macam nak cerita lain kemudian telah menjadi berperenggan-perenggan selingan
(sorilah dah terbiasa dengan format exam di sini :P)
ok saya harap Allah tolong saya, permudahkan ilmu masuk dan mudahkan juga ilmu disalurkan ke atas kertas. ameen~ (tu je? ye, tu je. berdoa, doa juga. exam tinggal lagi lebih kurang 6 jam.. berusahalah selagi diberi masa, bukan berblogging.)
salam.
GLOSSARY:
cariology- study tentang caries aka tooth decay atau karang gigi
periodontology- study tentang gusi dan tisu-tisunya yang mensokong gigi
oral surgery- study tentang pembedahan mulut
prosthodontics- study tentang oral prosthesis seperti gigi palsu, implant, bridge, crown etc.
endodontology- study tentang akar gigi (root and pulp)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~