Friday, November 19, 2010

catatan hari ini

tengahari ni kami melawat rumah pina, nak hantar periuk pina. lepas tu nak melawat munir dan ben, our only muslim seniors kat dental school. rumah mereka sebelah rumah pina je. i mean, selang beberapa rumahlah. then sampai2 je, munir dan adrian nak keluar sebab munir nak cari bbq set. maka kami pun turut sertalah. maka tibalah kami ke sebuah kedai yang sgt best. dan jumpa buaian yang sangat best ni jugak. sedang pasang impian mahu membelinya dan hiaskan dekat rumah sendiri nanti :P

setelah itu kami pulang dan beriadah di rumah munir. riadah kami ialah main Wii. haha..lepas tu kena kerah dengan munir untuk sort out dia punye notes sepanjang 5 tahun study. sambil2 tu mewariskan 'harta pusakanya' itu kepada kami. then ben pulang maka kami bergambar bersama untuk kali terakhirnya sebelum mereka berangkat pulang ke malaysia dan menjalankan khidmat sebagai dentist. dan munir pula bakal melangsungkan perkahwinan beliau bulan 6 tahun depan insyaAllah a.k.a tak dapatlah nak menghadirkan diri. selamat maju jaya diucapkan buat mereka berdua dan terima kasih bebanyak atas pertolongan.

kemudian saya masak ketam ni sebab esok dah nak mula travel. maka wajib habiskan inti dalam peti sejuk. ketam tinggal seekor. cuci, belah dua, tergaru-garu, gaulkan dengan kunyit dan garam, tergaru-garu, campak dalam kuali yang telah panas minyaknya. setelah siap goreng, toskan, keluarkan sikit minyaknya kemudian campak bawang merah ke dalam minyak yang sama buat goreng ketam tadi. tumis sehingga wangi, campak pula cili merah yang dah blend. kemudian campak pula serai yang telah dihiris halus. letak sikit garam dan gula secukup rasa. then letak dessicated coconut. sreeettt (goreng2kan bersama). maka siaplah hidangan makan malam kita. ini resepi mak. saya tak jumpa resepi ni dalam internet. by the way mudah je buat ni. sila cuba. terima kasih.

kemudian dengan malas2 pergi packing baju. malas ok. sebab tu main2 ambil gambar, baru rajin. excited nak travel tapi tak sukaaa packing. boleh pulak tak muat beg. tekan2 beg tu, gulung2 sume baju, akhirnye muat.


settle. passport checked. visa checked. tickets checked. luggage checked. handbag checked. quran checked. cash and bankcard checked. camera checked. camera batteries checked. mp3 checked. novels checked.

selamat bercuti, dhuha. have fun! semoga Allah memberkati perjalananku. auckland and sydney, i'm coming!



No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~