Wednesday, November 10, 2010

beli belah di trade me

sebagai penduduk kiwi land ini, tidak sah lah kalau tidak kenal 'trade me'- where kiwis buy and sell.. haha...sejak awal sampai sini telah diperkenalkan dengan website trade me tapi tak pernah nak endah pun sebab first time masuk website tu err macam jual barang terpakai je...hoho i do have issues with used items. dahla mula2 pegi search "trade mill". masalah pendengaran betul lepas tu nak hairan2 pulak kenapa online shop ini harus menamakan dirinya 'treadmill'? kemudian pencarian gagal dan search 'trademill' pula..sampailah akhirnye kawan saya post tentang trade me dekat FB barulah saya tahu.

namun sebab dah nak berpindah rumah bulan 12 ni, saya kena segera cari katil. tak tahu nak cari kat mane, sume orang recommend trade me. mula2 tu macam "alaa, 2nd hand"...poyos nye..lepas tu bila fikir2 balik, eleh katil je. katil yang duk guna sekarang pun macamlah bukan 2nd hand..entah dah berapa generation dah guna.

maka saya pun masuk website trade me yang macam tak canggih itu. pastu tengok barang2, mula membiasakan diri dengan suasana 'kedainya'..rupanya ade bidding jugak. tak retilah sesungguhnya nak bid menge'bid' ni tapi mcm seronok je coursemates selalu cerita "oh i wonder who won the bid for that item, this item bla bla bla.." pastu ada kawan2 yang juga menjual barang2 di trade me sambil membuka topik perbualan "what's the highest bid for today, who won the bid yada yada"..senior2 pula sedang hangat melelong perabot di trade me..memang agak fenomena la kat sini.

dan hari isnin setelah bosan study saya browse katil. rupanya ade jugak 'new items' so itulah yang saya jenguk dulukan :P..tapi mahal hoho..kalau bid-bid pun silap2 dapat reserved price yang still mahal. haha...maka nak tak nak pegila jenguk used item tapi cari yang at least tak guna more than 4 years. but saya telah bid juga untuk satu new item..tak taulah bila nak menang. asyik overbid by others je. malas nak layan. saya pun akhirnye cari extra battery untuk kamera kesayangan saya itu kerana bateri dia tak tahan lama tak seperti yang diberitahu dalam spec. cheitt.

jumpa satu je bateri for lumix tz10 terus rembat. takde bid bid lagi. terus klik 'buy now', key-in credit card details lepas tu finished! puas hati. padan muka orang lain yang telah bid berminggu-minggu. HAHAHA. bukan senang ok nak cari battery tu. harga pulak dah berpatutan. apesal la orang dok bid lagi. beli jela. haih..bateri je kot. kot la jewelleries ke..

terus dapat positive feedback from seller "fast buyer! fast payment! great dealing with you! A++++!!"..itu kisah 2 hari lepas dan hari ni pakcik DHL ziarah rumah saya hantar barang yang di order. saya pun bagi feedback yang positive jua kepada seller kerana unexpected fast delivery from auckland. seronok. lepas ni pasti membeli belah dengan lebih rancak lagi especially gadgets T___T

inilah akibatnye ade credit card tapi kat sini memang kena buat credit card tu kalau tak susahla nak hidup. cash amat jarang sekali guna. pegi pasar pun guna eftpost (macam debit card la). tp alhamdulillah setakat ni berjaya mengawal perbelanjaan siap ade balance between every allowance yang JPA bagi, which is tak pernah terjadi seumur hidupku since intec sampailah ke IMU..kalau ade balance pun puluh-puluh atau belas-belas ringgit. huhu..

umur dah nak masuk 23, kena simpan duit takut2 'emergency'. lagi pula, sekarang hidup di luar negara, pandai2lah mengurus kewangan. mahal ok nak suruh parents kirim duit, kena darab 2.2++

p/s: abah kirim RM 1000 untuk beli kamera tapi saya tak guna-guna pun lagi. tunggu JPA masuk duit utk beli kamera. ok adalah guna tapi dalam $50 je sebab hari tu pegi beli groceries kat new world supermarket lepas tu eftpos buat hal, nak keluar duit pulak kad tak boleh masuk. last2 guna maybank visa yang ade duit abah kirim untuk beli kamera T__T

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~