Monday, November 8, 2010

tetamu yang dimuliakan

(halaman rumah yang indah tapi sementara je. tapi kekal dalam kenangan. aww~)


saya sangat suka tetamu datang rumah.weee~! :)

da habes 1 paper tadi tinggal lagi 1 paper, last paper, khamis ni. excitednye! hehe..alhamdulillah setakat ni dikurniakan kemudahan oleh Allah untuk melalui saat2 genting musim exam.

during study period rumah kami setiap hari dikunjungi tetamu yang bukan je membawa berkat kepada tuan rumah malah membawa buah tangan. alhamdulillah murah rezeki sangat2 :)..semoga Allah merahmati mereka yang membuat 'kunjungan kebajikan' kepada kami yang merupakan batch terakhir amik exam. orang lain sume dah merdeka dan dah balik malaysia. haha dhuha, sekalipun kau habis exam awal, kau takkan pulang ke tanah air juga :P

hari ni je 5 orang datang rumah. tak menang tangan nak melayan. ecehhh guna tangan ke layan? bukan guna mulut je ke..haha..seronok2...alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..tetamu datang membawa rahmat dan membawa rezeki kan. dan Islam amat menyarankan umatnya memuliakan tetamu ^__^ (note: memuliakan, bukan menyambut saje)

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka muliakanlah tetamunya"
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, Fasal : Adab, Bab : Memuliakan tetamu dan perkhidmatan terhadapnya.

p/s: cuti ni nak explore hobi baru: knitting! yayyy dhuha jadi mcm ibu2..haha..rase nak menjahit tapi satu hal nak pegi cari mesin jahit, cari kain ela lagi..ehem bukankah antara satu kemahiran isteri yang solehah ialah pandai menjahit. preparation ni, preparation! tak dapat menjahit, knitting pun bolehlah. bila suami dan anak kesejukan nanti boleh buatkan stokin ke mafela ke sweater ke..glove pun jadilah ^__^ (huhu bajet nak stay nz)

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~