Friday, November 12, 2010

mari tonton code blue


hari ni exam dah habis, esok result keluar. cepat kan? taklah, result esok tu untuk paper yang last week. saya berdoa semoga pass, ameen~

tapi saya risau saya fail satu paper ni sebab saya tak faham instruction. dia cakap jawab satu question satu answer booklet. saya ingat satu soalan per page. jadi dalam satu booklet tu saya jawab dua soalan. risaunya risaunya risaunya. nasib baik kak rahmah kata nanti ade sesi exam paper review yang mana kalau kita tak puas hati dengan result kita, kita boleh tengok paper kita sendiri, tengok camne dia marking. ya Allah, tolonglah lembutkan hati examiner, tolong consider saya pelajar IMU yang jakun tak pernah jawab dalam answer booklet ni. pening ok, pening. pening jawab soalan yang tak dapat difahami lepas tu exam instruction tak difahami. apelah lemah sangat pemahaman saya ni.

mungkin akibat terhantuk bola basketball masa main bulan lepas. kena hantuk baik punya. sampai konfius sekejap. sejak itu saya perasan otak sudah tak berapa nak center. haha lawaknya, bola je. bukan besi. exaggerate lah!

ok lupakan exam. bertawakkal dan berdoalah. lepas exam, saya balik terus layan drama baru yang dicadangkan oleh adik junior. code blue. tu dia, poster kat atas tu. code blue ni cite medic2 la. drama jepun. saya pantang cite medic ni, memang suke sangat tengok. cuma 'cinta medik' je yang tak minat nak tengok.

baru tengok episod satu dah terpikat sangat2. tak tak. sebenarnye mula tengok poster dah tergoda dah. siap sebelum melangkah ke exam hall, saya loading dulu cite tu so that balik rumah boleh terus tengok. cite ni macam cite fresh graduate yang baru masuk hospital. then kerja bahagian emergency and bertanding siapa dapat jadi doctor heli aka doktor yang naik heli pergi treat emergency case.

saya suka emergency medicine tak tahu kenapa. macam sangat mendebarkan dan mengkagumkan. antara cite ER dan cite House, saya suka ER lagi. dia macam memerlukan otak kita bergerak pantas untuk memahami cerita sepertimana otak doktor kena pantas figure out ways to treat the emergency condition. hah, begitulah. kalau saya ambil medicine, saya mungkin akan memilih emergency. ia tidak bosan dan ia banyak kes2 baru dan sentiasa mencabar. tapi saya lembab dan lembik. HAHAHA.

dalam dentistry, boleh juga nak join emergency. jadi oral surgeon lah. tapi itu bermakna, kena study post-grad 5 tahun lagi. mahu? kerana saya seorang yang family-minded, saya tak mahu. bukankah mahu bersara setelah 10 tahun. haha tapi sebenarnye sangat berminat. tak minat dentistry tapi minat surgery. baguslah tahun depan bakal membuat minor surgery procedure ye dhuha. tapi dhuha, bukankah baru2 ini juga telah develop perasaan mual-loya melihat darah. haih, kta lihat bagaimana ye tahun depan.

ok2, pendek kata cerita code blue sangat menarik sebab ade heli. hihi dekat dental clinic, saya selalu perhati heli yang mendarat di hospital sebelah. nampak macam dasyat. tapi saya rasa macam ER lagi best lah. kita lihat bagaimana. oh cuti ini mahu menyewa siri ER di videoEzy juga rasanya. kita lihat bagaimana.

episod yang saya tonton tadi tentang amputation. ngeri. pastu tentang paku tercucuk masuk ikut muka. ngeri.

erm bila agaknya nak ade dental drama series eh? setakat filem tu macam sangat mengarutlah. kalau ade pun, tunjuk dentist2 kaya dan bergaya. bukan itu yang saya mahu, saya mahu yang tangkas,pantas dan EMERGENCY. Ok mungkin dhuha sendiri akan produce. eh tak payah, suruh ida lah.

malaysia pula bagaimana ye? tidak adakah siri2 perubatan yang menarik begitu? setakat cinta medik dan ampang medical, takpelah, tak minat. sungguh geram jika tonton drama melayu, bila sampai bab perubatan, fail sangat2. nampak sangat tidak membuat research. lagi2 batuk berdarah dan barah otak. bila tunjuk x-ray pun salah.

eh terpanjang pulak tulis padahal nak promote citer code blue ni je. aktiviti esok ialah jalan2 dengan kak rahmah. saya dah sediakan list recipe yang akan di practice juge maka nak cari bahan2 kat supermarket. nak usha bahan2 knitting juga.




hihi..ini anak saya. disebabkan cuti ni tak balik malaysia, maka saya nak berkepit dengan kak ili lah dan berguru dengan kak ili. insyaAllah, akan terus mengejar cita2 ^__^..kita lihat bagaimana.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~