Saturday, December 4, 2010

nostalgia

nantilah tulis pasal holiday eh..banyak sangat. penat den nak cover story 2 minggu percutian. gambar pun penat nak upload (5 GB!). walaupun internet sedang sangat laju akibat dunedin yang kosong, tetap penat nak upload. nak tengok pun penat, berejam2 nak tengok sume gambar sampai habis.

nak cite pasal nostalgia!










hehe nostalgia habislah ketiga-tiga video klip di atas. lagu amy 2 buah tu from drama cinta korporat. arni nazira pulak from drama cinta antara benua. zaman kecik2 dulu, sungguh matang eh tengok drama2 korporat cinta2 ni. huhu.. tak silap saya, masa tonton drama2 ni, umur saya dalam 7-9 tahun la. memang die hard fan tapi jangan tanya saya jalan cerita dia sekarang sebab sesungguhnya sudah melupakannya. huhu..

tak tahu kenapa sungguh bernostalgia di malam2 hari gini.

bila dengar dan tonton video klip di atas, teringat saat2 tunggu babu roti datang depan pintu rumah pastu beli gula2 pebbles tu yang casing dia bentuk 8. huhu..sangat suka azah aziz dan amy mastura dulu, dorang pulak suke pakai lipstick kaler merah mak ngah. maka coklat pebbles yang kaler merah tu saya gune wat lipstik, amik mood tengok drama. ngeng.

ape persamaan drama2 di atas? shooting kat UK! so sebenarnya sangat memberi inspirasi kepada saya untuk fly ke UK! ahaha takpelah. at least sampai NZ. xdela jauh sgt bezanya. bukannya saya sampai India pun kan :P (kalau teringin nak pegi india, mesti inspired by drama 'Salam Taj Mahal' kan)--ini bukan statement racist ye. nasionalis sikit2 je.




tapi drama 'Cinderella' pegi NZ. begitu jugak dengan drama 'Romeo & Juliet' kan? bolehlah inspired jugak tu tapi seriously mase kecik dulu ingat NZ ni area2 UK lah jugak. haha nampak sangat saya ni pengikut setia slot 'Identiti' drama2 daripada Kuasatek Production arahan Mohd Noor Kadir usaha sama dengan Azhar Sulaiman/Ahmad Idham. huhu..

tapi kalau tak silap 'Cinderella' shooting kat christchurch. tak sampai lagi sana :(

bila tengok video2 ni, teringatlah sepupu2. entah kenapalah jugak. mungkin pernah tonton sama2 di hari raya? bukan mungkin, memang pernah pun. mase tu jugak mama baru balik daripada UK, so pernah main talent show nyanyi lagu cinta antara benua. permainan2 ala realiti show ni hanya wujud after family mama pulang ke msia. sape lagi directornye kalau bukan cik hidayah suhaimi. haha..sebelum2 tu kami hanya reti main mak2 je. permainan2 yang lebih bercorak melayu :P

ok, saya nak pasang impian ke UK baliklah.



masa kecik2 dulu minat amy mastura. so lagu2 lama amy mastura amat nostalgic untuk saya.

p/s: cuba tengok fesyen amy mastura di atas. haha..amy remaja kot tapi dah nampak macam makcik je bila berfesyen macam tu. itulah kesan fesyen. bila zaman berubah, akan jadi bahan ketawa. fesyen muslimah? segar sepanjang masa. hehe btw, amy mastura sangat comel ^__^

1 comment:

  1. haha..
    kita sama la dhuha..
    sy pon minat gila dgn cinta antara benua tuh..
    hehe..

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~