Friday, November 5, 2010

diterimakah amal kita?


hadith ni pertama kali diperdengarkan oleh syafiqah dalam usrah kami beberapa bulan yang lalu.

Hadith dari Muaz bin Jabal untuk renungan kita bersama

Sabda Rasulullah s.a.w :”Sekarang aku akan menceritakan kapadamu,bahawa apabila dihafalkan ( diambil perhatian ) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai Hujah di hadapan Allah kelak.”

“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi,setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap tiap Pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.“ Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat Hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit petama.Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah:”Saya penjaga tukang umpat,Lemparkanlah balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat,”

Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba, Di langit kedua panjaga pintu berkata : “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharap keduniaan.Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit lain.’

“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah.Penjaga langit berkata :Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”

Rasullulah s.a.w meneruskan sabdanya,: Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,:“Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya.Dia seorang yang ujub (bangga dengan diri sendiri ). Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad,haji,umrah dan lain lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata: “Ini adalah amalan tukang hasad.Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya.Dia tidak redha dengan kehendak allah. Sebab itu Allah Perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya.Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”

Di langit keenam,penjaga pintu akan berkata, “saya penjaga rahmat.Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya” Kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain.Kalau orang dapat musibah (mala petaka ) dia merasa senang.Sebab itu amalan ini jgn melintasi langit.

Malaikat hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas ke langit ke tujuh.Rupanya bercahaya bagaikan kilat,suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang,puasa,sedekah,jihad,warak dan lain lain.Tetapi penjaga pintu langit berkata,”Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur ).Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan2 dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan2 yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku.Tiap tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah Riyak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang orang yg riyak

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang,puasa,zakat,haji,umrah,akhlak yang baik dan pendiam,zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ke tujuh hingga sampai melintasi hijab hijab dan sampailah ke hadrat Allah S.W.T. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul2 ikhlas untuk Allah.Tetapi firman Tuhan, “Hafazah sekelian,pencatat amal hamba-Ku,Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya,Dia tidak ikhlas kepada-Ku dgn amalannya,Dia menipu org lain,menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu aku,Aku adalah Maha Mengetahui,”

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa sahaja yang terlindung,Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.” “Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang orang yang datang kemudian.Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini Menipu Aku dengan amalnya ini?”

“Laknat-Ku tetap padanya.”Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata,”Ya Tuhan,dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekelian bagi mereka.”

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini ) kemudian menangis teresak-esak dan berkata,”Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah s.a.w,”Hai Muaz,ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali,”Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini Muaz bin Jabal,bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Bersabda Rasulullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain.Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka jangan mengangkat diri dan menekan orang lain.”

“ Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang.Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat.kamu jangan berbisik

Berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik.Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar

Dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu.jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan,jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.”

“Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia.”

Muaz berkata,”Ya Rasulullah siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah s.a.w “ Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah S.W.T.Cukuplah untuk menghindar semua itu,

Kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa apa yang dibenci sendiri.Kalau begitu

Kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”

Kerana inilah orang soleh dahulu menjadikan “menyapu muka” selepas sembahyang itu satu kebiasaan kerana sebenarnya mereka bimbang yang sembahyang yang baharu mereka dirikan itu dilempar balik ke muka mereka kerana tidak diterima Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~