tapi sekarang, menonton drama sedemikian daripada kaca mata yang berbeza. dah lama tak tonton hong kong atau taiwan dramas. tapi korean dramas versi sejarah juga takde beza sangat dengan drama hong kong mahupun taiwan. malah kostum lebih menarik dan jalan cerita serta aksi pula lebih logik berbanding drama hong kong dan taiwan yang pernah saya tonton sebelum ni.
berbalik kepada apa yang sedang saya fikirkan bila menonton drama tersebut. jika kita tak kenal asal usul, maka kita akan mudah diperkotak-katikkan dan dijadikan kuda-kuda tunggangan musuh. ibarat seorang anak kecil yang kematian ibubapanya. kemudian hilang ingatan. lalu diambil oleh seorang pembunuh. bekerja untuk pembunuh itu pula bersama misi untuk menghancurkan ahli keluarganya sendiri yang tidak dikenalinya. dek kerana jahil dan tidak tahu asal usul, keluarganya sendiri hancur di tangan sendiri. alangkah malang dan bodoh sekali.
deception. being deceived by the enemy, dont you think it is stupid enough?
pause. reflect. think.
where are we now?
where were we?
who are we?
why we are here?
who brought us here?
who we are serving?
what is the purpose we are being brought here?
keindahan dan keaasyikan dunia mungkin telah menjadikan kita hilang ingatan. ayuh kita cari balik memori kita yang telah hilang itu. memori yang hanya boleh didapati di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~