Tuesday, May 29, 2012

riang ria persiapan majelis

ini adalah entry kenangan. saya seriously takde idea nak letak tajuk apa.

my cousin alin twit pasal kejelesannya terhadap gambar2 persiapan kahwin kak nuha yang sedang dijalankan di rumah che di KB.

okayh...i cannot access fb from here so i cannot look at the pictures. walaupun tidak melihat gambar, saya dapat merasa kejelesan di kejauhan. untuk menambahkan rasa jeles itu saya telah suruh alin share semua gambar2 di twitter. bukanlah nak tambahkan rasa jeles. cuma mahu berasa berada bersama yang tersayang di hari bahagia. ceh apakah. hari bahagia engkaukah, dhuha?

zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan perkahwinan-perkahwinan. rasanya macam setiap tahun sibuk buat persiapan kahwin. adik beradik mak ada 10 orang. adik beradik abah ada 6 orang. semasa saya kanak-kanak saya telah melihat dan terlibat dalam persiapan 11 perkahwinan adik beradik mak abah.

terlibat? haha peranan kecil jela sebab masa tu kan kanak-kanak. seperti tukang angkat hadiah-hadiah, tukang menyibuk, menyembit dan tukang buat bising. tukang bungkus bunga telur dan gula-gula.

disebabkan geng sepupus adalah daripada sebelah mak maka setting yang bakal saya ceritakan juga berada di kota bharu kelantan.

kami sangat suka wedding. bukan setakat kami para sepupu je malah aunties juga suka. bila ada majlis macam inilah seluruh keluarga berkumpul. tidur berlambakan, dan kami selaku anak-anak muda yang hyper memilih untuk tidak tidur. sebaliknya kami menumbuk inai, pakai inai, sembang-sembang sampai inai kering. kalau inai masih tak merah dijari, kami tumbuk dan topup lagi. punyalah gigih.

SEBELUM MAJLIS

selalunya majlis nikah di buat pada waktu malam. maka sehari sebelum tu akan sibuk pasang cadar pengantin, hias bilik pengantin. bilik pengantin adalah segalanya. tempat bersolek, berinai, bergambar, tempat bersanding, tempat upacara menyarung cincin. itulah main focus. kami tak ada pelamin. cuma majlis kahwin suli (2004) je yang ada pelamin. yang tu lebih jakun lah buat kami yang tak pernah tengok orang pasang pelamin ni. sehari sebelum majlis semua orang dah bergaya, bergusti, berguling sakan atas pelamin itu. maklumlah kanak-kanak ramai.

selain itu bergotong royong siapkan hantaran. saya suka part itu. suka tengok hiasan-hiasan yang bergemerlapan. hanya tangan yang gentle dan berseni je yang dibenarkan tolong. disebabkan masa tu kanak-kanak lagi, terpaksala tengok je sambil mulut ternganga. kami hanya isikan gula-gula dalam kotaknya, balut telur dalam bunga telur, ikat riben, gam kan riben, pintal-pintal dawai. sementara itu di dapur juga sibuk buat juadah untuk tetamu yang datang masa nikah. dan masa bersanding tu tak ingat pulak. biasanya untuk bersanding panggil katerer tapi itu yang latestla. zaman dulu tak pakai katerer kot. gotong royong kot. huhu nampak sangat tak masuk dapur ni.

pastu waktu malam biasanya berinai beramai-ramai sambil bersembang. selalunya kami suka bercerita tentang kisah-kisah seram. kami juga cerita pasal sekolah masing-masing. dulu kami tak ada komputer apatah lagi laptop so kami tak main games. tapi kami rekod-rekod suara ataupun video recording sesama sendiri.

SEMASA MAJELIS
di pagi hari perkahwinan ibarat pagi raya buat kami. pagi-pagi lagi dah mandi dan pakai baju lawa-lawa. sangat suka bau makanan-makanan dan lauk-pauk pengantin yang mula semerbak menjelang tengahari. suka juga menyempit di bilik pengantin, tengok pengantin bersolek. saya suka bau alat solek. juga saya sangat suka bidang persolekan ni dulu. saya akan observe kemudian bila ada peluang dan kelengkapan, saya tirulah. hoho. sebab itu semasa di zaman jahiliyyah, saya banyak kumpul alat solek. tak pernah pakai sampai habis pun, membazir saja. sekarang semua dah expired kot. apa khabar entah. bertahun dah tak melawat kotak alat solek.

bersama sepupus kami akan jadi flower girls. tapi bukan flower girls yang disolek lawa-lawa buat hiasan tu. lebih kepada flower girls yang dikerah untuk bekerja. haha.. kami kena bagi bunga telur dan kotak gula-gula kepada tetamu. but we enjoyed it. rasa macam orang pentinglah. pastu kami juga mengawal stok doorgifts untuk tetamu. pernah ada beberapa kanak-kanak naik ke tingkat atas, masuk ke kubu doorgift kami. habis dicurinya beberapa kotak. bengang habislah. masa tu era kalau-orang-buat-kita-marah-kita-bagi-jelingan-paling-tajam-kat-dia. memang rasa macam nak juling mata bagi jelingan tajam kat budak-budak yang over the limit itu. kami pun terpaksa kunci bilik kubu kitorang. dan kena ada orang guard tangga. betapa orang pentingnya kami ini. kalau takde kami, habislah tetamu balik tangan kosong. kanak-kanak, biasalah. seronok dapat menjadi orang penting ini.

SELEPAS MAJELIS

  • inilah part yang paling best. lauk pengantin seakan seperti tidak pernah disentuh. apa lagi, masuk perut kamilah. meratah-ratah bagai orang yang dah tak makan selama setahun. sedap sangat *entering cephalic phase*
  • khemah kenduri kosong, takde tetamu. inilah masanya kami menyusun-nyusun kerusi, main bas-baslah, keretapi-keretapilah, musical chairlah..macam-macam games..
  • bergambar atas pelamin yang dah 100% siap. pasangan-pasangan pengantin lama (yang semuanya tak sempat merasa nak bersanding) pun turut bersanding.
  • upacara membuka hadiah oleh pasangan pengantin. memang semua orang setia menonton sampai semua hadiah habis dibuka. ibu-ibu yang beranak kecil pun sanggup menyusukan dan mendodoikan anak-anak di tempat kejadian sampai tertidur-tidur semua anak-anak kecil. seronok tengok hadiah yang bertimbun-timbun, macam-macam gaya balutan hadiah dan paling best ialah teruja nak tengok apa isi hadiah. biasanya kami akan teka-teka isi hadiah dan sangat seronok apabila tekaan tersebut tepat. well semangat2 teka dengan tepat pun, still no present for us. hahaha tapi itulah keriuh-rendahan yang menggembirakan dalam keluarga. teringat kami kenakan suli (one of mak sedara) masa upacara buka hadiah. kami letak semua bunga telur yang extra yang dah takde telur tu dalam sebuah kotak. kami balut kotak tu lawa-lawa lepas tu letak dalam timbunan hadiah. haha waktu suli bukak hadiah tu kami menjeling sesama sendiri. what to do kami budak sekolah lagi, xde duit nak beli hadiah kahwin.
  • upacara potong kek oleh pasangan pengantin baru. acara ini among family je jadi sangat seronoklah sebab dapat merasa kek.

sekian sahaja kenangan. rinduuuuu zaman itu! teringin mengulang kenangan itu. sedih sangat masa suli kahwin sebab lepas tu dah tak ada wedding di rumah che lagi sebab suli anak bongsu. namun sangat seronok bila dapat tahu kak nuha nak buat majelis kat rumah che. masa itu saya sudah berkira-kira nak pulang ke malaysia untuk majelis kahwin kak nuha. namun terpaksa menghadiri program IPE ini. pastu dapat tahu pula most of geng sepupus yang lain pun tak dapat pegi sebab tak dapat cuti. maka tak rasa terkilan sangatla. but still...missing those days. saya juga dulu bercita-cita untuk buat majlis kat rumah che. tapi we'll see..




1 comment:

komenla ape sahaja~♥~