Wednesday, May 30, 2012

sex education: perlu ke?

hari ni saya telah menghadiri sebuah program yang dipanggil kamatua. saya tak pasti apa maksudnya tapi program ni dihadiri oleh warga emas Gisborne. majoriti warga emas ini maori dan sgt sedikit je pakeha/kiwi/mat saleh.

sebelum saya melompat kepada tajuk, saya nak cerita sikit. tadi masa kamatua tu, kami kena perkenalkan diri kepada 120 orang tetamu yang hadir. saya jadi cam 'star' la pulak sebab saya seperti alien di situ. makhluk asing berpakaian seperti khemah saiz single/kanak-kanak (atau khemah tak siap pasang kot). kemudian ada seorang pakcik yang begitu teruja melihat saya dari jauh. pakcik kiwi la. bila saya mendekatinya, dia tahan saya dengan mata yang bersina-sinar.

"you are from malaya?" tanya pakcik itu. kat sini semua orang yang kelihatan berumur panggil malaya. saya pun menjawabnya dengan bangga. saya anak malaysia! hoho padahal kau anak texas la dhuha.

"i used to stay in malaya."
"ohh whereabout?"
"malacca"
"oh that's not far from where i am."
"yeah. i used to be in the NZ Army n stayed there from 1961-1963"
"i see..nice meeting you." dalam hati..huuu antara askar yang merosakkan khilafah islamku. btw past is past. kebanyakan tentera hanyalah diperkudakan.

tiba-tiba ada seorang pakcik menyampuk "i have a son now working in indonesia! you from indonesia?" bersinar-sinar mata pakcik tu, begitu juga gigi emasnya yang bling-bling.

"ohh no. i'm from malaysia." haha lawaklah pakcik tu...nak jugak cari geng kan.
"ohh indonesia is dangerous overthere." haha mesti pakcik tu refer bali lah kot kan.


ok marilah ke tajuk hangat lagi kontroversi. sex education. tadi saya yang berasa malu sebab educatornya perempuan. bagi ceramah kat pakcik makcik ni semua. oh kenapa bagi ceramah kat pakcik makcik? sebab dengan harapannya pakcik dan makcik ni akan bagitahu kat cucu-cucu mereka. sebab tradisi remaja kat sini mereka tak baik dengan parents tapi biasanya menganggap atuk nenek mereka sangat cool. maka atuk dan nenek inilah generasi yang diharapkan akan mendekati cucu-cucu serta mengajar mereka perihal safe sex ini.

Gisborne mempunyai kadar yang paling tinggi di NZ untuk Sexually Transmitted Infection. Gisborne juga menduduki tempat kedua untuk teen pregnancy. And both conditions are prevalent in  maori.

maka puan educator kerap mengulang-ulang 'condom is the only way' 'condom is the safest way'..jauh dalam hati saya rasa kesian untuk mereka sebab tak tahu apakah punca sebenar masalah ini.

mereka bukannya tak tahu yang setiap penyakit kena rawat puncanya. tapi mereka cuma tak tahu punca sebenarnya sebab itulah mereka hanya merawat symptom.

surah an-nur ayat 30-31 dengan jelas memberikan solusi terbaik untuk masalah ini.

"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat."

"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Allah turunkan kedua-dua ayat ini untuk kedua-dua jantina yang beriman. Dan Allah dahulukan perintah ini kepada kaum lelaki kerana kaum lelaki lebih mudah dijentik nafsu syahwatnya. Allah juga menekankan dalam ayat 30 unsur ihsan dalam melakukan perintah ini, yakni Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Maka untuk betul-betul langkah pencegahan ini berjaya, para pelakunya kena ada iman dan ihsan. yang mana sudah tentulah belum ada dalam masyarakat maori di sini.

walaubagaimanapun sebenarnya kembali kepada ajaran agamalah yang boleh membendung kita daripada terlibat dengan gejala tidak bermoral ini. merasa ada Tuhan dan merasa diperhatikan sentiasa serta tahu apa yang halal dan haram akan menjadikan kita berhati-hati dalam setiap perbuatan.

Allah memerintahkan kita agar tundukkan pandangan. Kerana Allah tahu bahawa dari mata turun ke hati. kalau silap signal yang dihantar ke mata, yakni signal panahan nafsu, ia turun kepada kemaluan. nauzubillah. maka sebab itulah islam adalah agama yang sangat menekankan prevention dan merawat setiap permasalahan daripada akar umbinya, iaitu hati itu sendiri.

Allah juga berfirman "wa la taqrabu zina" - dan janganlah kamu dekati zina. see how consistent the Quran is. sangat-sangat menekankan pencegahan. Allah PERINTAHKAN jauhi zina. Allah juga bagitahu BAGAIMANA untuk jauhi zina. subhanallah, tidak ragu-ragu lagi.

maka the only solution is not the condom. the safest way is not the condom. BUT ONLY AND ONLY ISLAM. kembali kepada ajaran islam ie kembali kepada fitrah itulah satu-satunya penyelesaian.

kita faham bila masyarakat barat susah nak faham tentang ini sebab clearly mereka jahil. tapi sangat kesian bila orang muslim sendiri lebih-lebih lagi kat malaysia ini sangat mengagung-agungkan sex education ini dan mempromosi kondom di sana sini. sesopan macam mana pun sex education ini di'deliver', it wont solve the problem because you still not treating the root of the problem.

dan saya sendiri rasa tak perlu educate budak2 bawah umur ni pasal sex pun kerana dengan didikan agama yang mantap pun sudah cukup. bukankah bila kita cerita akan menaikkan curiosity mereka lagi? "oh boleh selamat eh kalau pakai kondom? kalau macam tu xpela. bolehlah zina sebenarnya cuma kena pakai kondom." adakah itu yang kita mahu tanamkan dalam pemikiran mereka?

dan saya sebagai seorang perempuan yang masih punya rasa malu, memang malu lah nak cerita kat anak-anak atau budak-budak tentang hal ini. lainlah kalau anak tu nak kahwin, time tula baru nak ajar apa yang boleh dan patut dilakukan. barulah praktikal ilmu tu. bagitahu awal-awal pun nak buat apa?


pokok itu ada akarnya. kenapa diletak baja di atas ranting? salah rantingkah buahnya rosak?

ok tu je. selamat malam.


No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~