obviously saya telah mengalami proses kiwinisasi yang semakin meruncing di sini. dah berapa hari tak cakap melayu, saya rasa macam nak gila dah. maka maafkan saya kalau BM skema. saya cuma rindukan bahasa melayu sungguh-sungguh ni. lidah dah makin senget-senget ikut slang kiwi ni.
saya juga telah mengalami proses maorinisasi. saya belajar perkataan baru hari ni. 'KA PAI' maksudnya 'bagus'!
baiklah buletin hari ini:
tajuk: dhuha melawat ke unit pergigian bergerak (mobile dental unit) yang sedang bersidai di makarika school.
banyak confusion pagi tadi. sepatutnya pergi roaturia lagi hari ni. pastu tunggu punya tunggu kat Te Puia Hospital, tak ada pun nurse yang pick up saya. saya dah lah kesejukan ni. pastu saya text Pera. Pera ialah sort of pengarah program kat Te Puia. Pera tak reply mesej saya. pastu saya baliklah nursing home semula. baru ingat nak baring-baring tiba-tiba Pera call saya. katanya saya tak jadi pergi roaturia hari ni. tapi saya akan ke Tokomaru Bay. Oh itu ka pai! kalau tak sayalah orang paling boring kat sini sebab hari-hari pergi roaturia sedangkan orang lain pergi jugak tempat-tempat lain (sebab dental clinin hanya wujud kat roaturia je. sebab tu la). Pera suruh saya head back to hospital reception untuk tunggu nurse pick up saya. saya pun say gudbye to the katil yang tak sempat pun saya melabuhkan punggung terhadapnya.
tunggu punya tunggu, ada sorang makcik nurse ni datang kat saya. dia kata "maaflah. tadi mereka call. mereka kata akan sampai lagi setengah jam"
ok maka saya pun patah balik kat nursing homes. kali ni tak nak baring kat katil. nak baring kat sofa sambil buka tv. sempat tengok rancangan mendekorasi kek. lepas tu balik ke hospital. Kura, nurse yg pick up saya suruh saya tunggu dia sementara dia nk fotokopi kertas dia. kemudian Kura bagitau saya yang kami tak jadi pegi Tokomaru Bay. sebaliknya kami akan pergi ke mobile dental unit yang sedang parking di makarika primary school. oh itu kedengaran lebih ka pai! Kura bukan nurse rupanya tapi mcm pekerja sosial yg jadi org tengah antara doktor dan nurse. dia juga kerja untuk konsultasi orang nak berhenti merokok. kami sesat dua kali sebab Kura pun tak pernah sampai ke makarika school. oh ceruk benar ya sekolah tu. akhirnya alhamdulillah sampai juga setelah Kura bertanya orang setempat.
cool sungguh mobile unit ni. masuk-masuk je, rahang saya terjatuh. oops kutip balik rahang yang terjatuh. inilah pertama kali saya masuk ke dalam mobile dental unit. cool. sangat cool. disebabkan internet slow, iA akan upload gambar later.
mula-mula teruja lepas tu bosan dah sebab treatment sama je semua orang. sebab treatment mereka ni under dental therapist so skop kerja dental therapist limited maka tak dapat la nak tengok benda yang exciting sangat. so saya keluar jalan-jalan sambil ambil gambar dan menikmati suasan best kat sini. rasa nak kembali ke alam kanak-kanak. apa yang saya perhatikan kanak-kanak maori ni lawa jugak dan lebih putih daripada ibubapa mereka. mungkin ada mix di sana sini. dan fasiliti sekolah ni not badlah. berkapasiti 34 pelajar dan 2 orang guru serta seorang guru besar yang masyaAllah besarnya dan juga suami guru besar. apa yang saya perhatikan, banyak sesi luar bilik darjah. iaitu mereka banyak main kat luarla. bukan duduk dalam bilik darjah memanjang. mereka banyak belajar di rumah sementara sekolah adalah termpat bermain dan bergembira. balik rumah, buat homework. budak-budak ni juga sungguh bagus. semuanya teruja nak jumpa dentist. memang xde yang dental phobia pun. menurut glenys, country kids are better than city kids. kanak-kanak pre-school lebih teruja nk jumpa dentist sebab dapat free stickers and free stamp. ka pai! dulu masa kecik2 dentist bagi gula2 -,-"
pukul 2.30 budak-budak tu dah balik. maka saya pun ikut glenys balik naik mobile unit tu. cool! terasa berat je naik benda tu walaupun saya hanya penumpang. on the way balik tu, ada kereta kat jalan bertentangan yang bawak sign besar "HOUSE COMING"..rupanya ada lori bawak rumah yang besar kat belakang. baguslah letak sign awal2 supaya kami boleh ke tepi jalan untuk bagi laluan kat rumah yang besar tu. kat NZ biasalah nampak rumah berjalan-jalan di atas jalan raya. haha sounds creepy pulak kan. tapi memang kat sini selalu je orang beli rumah yang dah siap pasang.
sesampainya kat rumah, destinasi pertama ialah tandas. tiba2 fire alarm bunyi. oh saya memang bencilah fire alarm. mana-mana saya pergi pun mesti fire alarm nak bunyi. padahal takde apa yang terbakar pun. tapi bila saya betul-betul sedang membakar rumah, takde alarm bunyi pun (masa kat rumah Janis during my orchard stay, saya terbakarkan dapur Janis. waktu tu malam, Janis sedang tidur. saya sedang masak. somehow terbiarkan minyak panas lama sangat atas kuali. sedar-sedar kuali dah berasap. saya cuba nak alih tapi saya gelabah lalu minyak dalam kuali tertumpah lalu lantai dapur bedah terbakar. api di sana sini. saya dan zati berjaya memadamkan kebakaran dan menghilangkan kesan-kesan kebakaran. tingkap dibuka besar supaya asap keluar dan saya berdoa Janis/Bedah tak bau asap. so sampai sekarang pun Janis tak tahu saya pernah bakar rumah dia. haha rasa bersalah siap kali dia panggil "oh my favourite little girl dhuha"..aigooo)
ok fire alarm bunyi so saya keluarlah rumah. ada sorang lagi nurse yang bersama saya kat luar. sebaik sahaja alarm berhenri bunyi, saya nak masuk rumah balik. tapi nurse tu tak bagi sebab dia kata mengikut protokol, kena tunggu org fire department keluar bangunan dan bagitahu semuanya ok. masalahnya saya tak nampak pun orang fire dept. tunggu 15 minit kat luar. kesejukan. tiba-tiba ada pakcik jerit "Oy! You there! I'm stuck in the toilet! help me open the door!" oooh patutla kami dengar bunyi orang 'bam bam' the door. di seberang jalan sana ada pakcik stuck dalam public toilet rupanya. "Please don't tell anybody i'm stuck here!!" pekiknya lagi. takut benar saham jatuh. haha haruslah. memalukan kot.
"we're heroes!" kata nurse itu kepada saya setelah berjaya keluarkan pakcik tu.
ok dah jadi hero. saya nak masuk toilet jugak ni. saya ajak nurse tu check bangunan kediaman kami sama-sama. nampak selamat je semuanya. mungkin ada fire drill tadi. so saya pun cakap kat nurse tu, saya konfiden nak stay dalam bangunan. ok tandas here i come. solat pun tak lagi masa tu.
lepas solat terus tidur. hari yang pendek hari ini. lepas dinner, kami buat kerja kami. berjaya siapkan. esok boleh present. oh ini status fb saya hari ni:
malam ini sekali lagi diajak ke pub. previously diajak ke pub, saya berdoa supaya Allah tidurkan saya sepertimana Allah tidurkan Rasulullah untuk menghindarkannya drpd ke tempat hiburan. saya betul-betul tertidur, alhamdulillah.
kali ini, takkan nak tidur lagi. mereka sungguh2 mengajak kali ini. "jgn risau, kita tak akan minum alkohol. kita sembang-sembang sambil minum air lain"..susah untuk bagi alasan dari hati maka saya hanya bagitau "saya tak suka pergi tempat macam tu." mereka faham dan hormati keputusan saya dan tak akan ajak lagi :)
mereka ke pub dan fortunately pub tutup. mereka balik rumah dan kami dapat siapkan assignment awal kemudian saya buat kelas memberus gigi dan oral health education untuk mereka dalam bilik air. oh itu comel. tak perlu pergi pub untuk bersosial pun ^__^
itu sahaja hari ini. saya teringin nak buat satu entry khas untuk refleksi sepanjang minggu ini. yelah dah bercerita sekian panjang, mesti kita kena extract values juga kan. insyaAllah ada masa terluang, saya akan buat satu post khas untuk refleksi.
assalamualaikum. till the next post!
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~