itulah mukjizat teragung tinggalan Rasulullah SAW. ayat-ayatnya sentiasa dihafal dan disemat serta dipraktikkan oleh segolongan manusia terpilih. tiada penyelewengan boleh dilakukan terhadap al-quran kerana wujudnya generasi mulia ini.
Allah memilih hati-hati yang benar-benar suci dan bersih sahaja untuk 'menyimpan' ayat-ayatNya. let me tell you a story.
saya didedahkan dengan al-quran sejak saya masih kecil lagi. mak dan abah ambil giliran untuk ajar saya mengaji. kemudian saya dimasukkan ke tadika abim yang merupakan sebuah tadika islam. saya menjadi antara pelajar yang paling cepat membaca dan menghafal muqaddam (surah-surah lazim)
semasa darjah satu, saya dimasukkan pula ke sekolah kebangsaan. berlakulah pemberontakan dalam hati saya di waktu itu sebab sayalah satu-satunya kanak-kanak yang bertudung di sekolah. tertekan. kakak darjah 6 pun tak pakai tudung. saya teringin nak pakai skirt pendek pegi sekolah. rebel itu berterusan bila saya masuk darjah 4 dan kawan-kawan saya semua masuk tunas puteri, pakai skirt pendek dan tak pakai tudung. mereka hafal lagu-lagu artis barat dan melayu. kenal pelakon2 hollywood. jadi saya rasa semua itu adalah cool dan saya mesti buat semua tu untuk jadi cool.
masuk form 1, saya bertambah hedonis. dah tak dengar lagu melayu, dah tak baca novel melayu. semakin kebaratan dan semakin memuja gaya hidup barat. setelah tamat spm, kebaratan itu bertambah runcing bila saya membeli majalah cleo dan seventeen dan menjadikan apa yang terkandung dalam majalah-majalah itu sebagai panduan hidup atau dalam bahasa ekstrimnya, 'kiblat'..apabila masuk IMU, saya terima banyak kesedaran dan akhirnya saya ditolak ke depan untuk menjadi imam solat jemaah. omo..masa itu saya rasa masa yang saya rasa paling insaf sekali. saya hanya tahu baca 3 qul, al-kauthar dan ad-dhuha! mana tah ayat-ayat al-quran yang saya hafal masa PAFA. entah ke mana surah-surah lazim yang saya hafal masa tadika. dalam solat, sentiasa ulang-ulang surah yang sama. waktu itulah timbul azam untuk menghafal semula surah-surah dalam al-quran.
saya berjaya menghafal sehingga ad-dhuha. saya juga menghafal 2/3 yasin. ingat lagi masa tok meninggal, saya menghadiahkan atok dengan yasin yang dihafal saya. saya juga hafal ayat-ayat al-baqarah yang dibaca semasa ma'thurat. as time goes by, saya akhirnya tiba ke new zealand. saya dah tak ingat yasin saya dan saya dah tak ingat beberapa surah yang saya dah hafal. kecewa. ya, kerana saya tak amalkan apa yang saya baca. sebab itulah. saya pun ambil pengajaran "lain kali amalkan apa yang dibaca"
awal tahun ini saya berjaya habiskan hafalan juz amma kecuali al-fajr. saya juga berjaya hafal balik 1/3 yasin. saya juga hafal beberapa ayat yang boleh saya jadikan dalil dalam beramal dan dalam berdakwah (ikut nasihat wardina). contohnya ayat perintah solat, perintah tutup aurat etc. itu awal tahun yang sukses buat saya. namun saya telah lalai dalam cuti yang panjang ketika jari saya dibedah. i watched too many korean dramas. sampaikan saya boleh cakap dalam bahasa korea, makan makanan korea, beli barangan korea. memang sesungguhnya saya balik kepada diri saya yang dulunya gilakan drama korea. not good. sebab bila saya nak baca balik surah-surah hafalan, beberapa surah dah hilang daripada memori saya! sedih T___T
pelajaran kedua saya belajar "jangan berhibur berlebihan dan jaga pandangan kerana ia akan jadi maksiat dalam hati."
lagi satu pengajaran, sebab al-quran belum terukir dan tertanam dalam hatilah memudahkan penjajahan maksiat berlaku. jika hati betul-betul sudah dipenuhi dengan al-quran yang mengakar dalam hati, pasti susah unsur-unsur maksiat nak masuk. something to reflect upon.
benarlah, al-quran itu mukjizat yang suci. ia tak akan boleh bersama dengan maksiat. ia tak boleh nak duduk dalam hati bersama maksiat-maksiat yang lain. hati itu adalah satu rongga yang perlu diisi ibarat gelas yang kosong. sama ada gelas itu diisi dengan air atau diisi dengan udara. ia tetap akan terisi tetapi apakah yang mengisinya?
alhamdulillah masih ada lagi ayat-ayat al-quran yang tersisa dalam hati dan alhamdulillah tersedar cepat. kena go through proses menghafal semula tapi biasanya tak susah nak hafal macam mula-mula dulu sebab ayat-ayatnya dah tinggalkan kesan-kesannya dalam memori (itupun kalau cepat tersedar).
inilah dugaannya dalam menghafal. in the middle, kita akan buat silap, kita kehilangannya kemudian kita kena catch-up semula. tapi satu je, jangan putus asa. sebab hakikatnya kita manusia. pasti buat silap dan hanya dengan buat silap, kita akan belajar daripada kesilapan itu. al-quran tak boleh dihafal in one go. ia kena diamalkan. dan ia tak boleh bercampur dengan maksiat. ie, penghafalnya kena punya hati yang besih dan suci juga.
sentiasa berdoa agar Allah akan segera mengingatkan kita bila kita lupa. Doa selalu agar Allah tak pernah melupakan kita.
semoga al-quran sentiasa jadi teman karib kita. dan kelak akan jadi peneman di barzakh dan asbab masuk ke syurga. ameen~
Salam aidiladha..
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi kisah anda. Saya merasakan kisah anda ini bagaikan cerminan diri saya juga. Benar..bila maksiat itu dekat dengan kita..ayat-ayat Allah tidak lekat di kalbu. Apabila hiburan itu berlebihan, sinar hidayah itu semakin berkurangan...sesungguhnya..kita makhluk yang lemah dan tidak lari daripada kesilapan. Semoga kita semua..ummah islam mampu menangkis maksiat daripada beraja di hati sehingga akhir nafas. Amin.