Saturday, May 26, 2012

bagai air yang mengalir


jadilah seperti air yang mengalir. sentiasa berbakti kepada tanah sekelilingnya. membersihkan segala kotoran yang menghalang laluannya. menghadiahkan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya dan mendengar deruan alirannya. sentiasa suci dan bersih untuk manfaat seluruh kehidupan. air yang mengalir juga sentiasa merendah. walau setinggi mana pun air itu berada, ia tetap mahu terjun, merendah ke bumi.

i put this caption on this photo simply because, air yang mengalir itu punya kekuatan merubah sesuatu dalam kadar perlahan dan istiqamah. perhatikan dedaun yang berkumpul di atas laluan air itu. jika air itu terus mengalir, ia bisa mengalihkan dedaunan itu. hidupan yang berada di bawahnya menjadi bebas daripada sebarang unsur yang melemaskan kehidupan mereka. maka air itu telah menyelamatkan ekosistemnya. usaha yang kecil tapi berterusan akan menghasilkan impak yang besar. sama juga halnya air yang bisa memecahkan batuan, membentuk lekuk-lekuk pada bebatuan.

maha suci Allah yang menciptakan sesuatu tanpa sia-sia. pada setiap ciptaanNya, terkandung pelbagai hikmah yang agung. ayuh tadabbur alam dan ambillah ibrah daripadanya!

p/s: inilah gambar sy yg menang 3rd place in Islamic Photography Contest Dunedin 2012 sempena autumn break :)

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~