tidur lena di Te Puia, esoknya kena pergi ke klinik komuniti yang terletak di Ruatoria (asyik tersilap sebut je. malu)
I went there with a nurse, Te Miringa nama dia. Dia ni nurse berpangkat tinggilah. Respected even by the doctors. sangat comel makcik ini. Naik kereta dengan dia pergi Ruatoria. Sambil tu dia bawa saya sight-seeing kat area situ. kami bersembang panjang mostly tentang local maori culture. dia tanya saya agama apa. bila saya jawab muslim, dia tanya saya pergi church tak? huhu nampak sangatlah agama islam belum popular di sini. dia ingat saya semayang kat church, so bolehlah dia nak bawak saya pegi tengok church paling cantik kat situ.
Pesakit pertama kami adalah pesakit diabetes. saya tidak akan membuat kerja-kerja dental pada hari tersebut tetapi hanya observe medical cases. Sementara menunggu pesakit Te Miringa, dia bawak saya jalan2 dalam klinik tersebut. Dia juga bawak saya tengok dental klinik. Habislah. Saya melekat kat klinik tu belek-belek barang sambil sembang-sembang dengan dental staff. Te Miringa pun tinggalkan saya. Setelah beberapa ketika baru saya tersedar tugas utama saya datang situ pada hari tersebut. untuk follow Te Miringa! Huhu saya pun merayau dalam klinik cari Te Miringa. Lalu terjumpa beliau tengah set-up barang2nya. saya terlepas pesakit pertama namun she's fine with it. Saya tolong dia setup barang-barang. katanya pesakit kedua juga menghidap diabetes. memang diabetes sangat common kat situ.
Tunggu punya tunggu pesakitnya tak datang lagi. masa tu dah pukul 10.00 dan menurut Te Miringa, sepatutnya pesakit datang pukul 9.30..lalu Te Miringa ajak saya shopping. ada satu kedai je pun. kat sebelah klinik je. kedai supermarket Four Square. kebetulan saya kan takde groceries lagi. malam sebelumnya memang berdoa banyak-banyak semoga Allah mudahkan urusan makan saya yang kelihatan sulit itu. Alhamdulillah diberi peluang beli groceries dekat Ruatoria.
Rupanya pesakit Te Miringa dijadualkan pukul 10.30 huhu..Pesakit itu tiba tepat pada masanya. Dia ada masalah kuku cekam. so Te Miringa hanya potong kuku dia je. nampak macam dah sangat teruk dah dan pesakit itu pun dalam kesakitan yang amat. Itu je kes kami pada hari itu. And then we headed back to Te Puia. Disebabkan masih banyak masa yang tinggal, Te Miringa bawa saya dan Larissa jalan-jalan tengok Tikitiki Community Clinic pulak. klinik itu tutup that day. Cuma ada nurse sorang je buat kerja2 ofis. Dalam 5 minit camtu kami pun pulang. Agenda seterusnya ialah kerja berkumpulan. Phoebe lost in action. saya dan Larissa pula dah bengong2 nak rehat je. kami diskaslah sikit2 apa yang patut. pastu Larissa masuk tido dan saya pulak MASAK! yay akhirnya dapat makan proper meal. alhamdulillah. masak ikan hoki grill. rebus brokoli, jagung dan carrot. goreng telur. there u go my kiwi meal. at least cukup nutrisi :)
petang tu dah janji dengan larissa untuk pergi hot spring. hot spring u terletak dalam kawasan hospital. time kami nak bersiap nak pegi pool barulah phoebe pulang. phoebe must be too tired to join us so kami proceed jela berdua. i have never been to a hot spring before. sampai-sampai je kat that little pool saya macam membebel kat larissa "what is this weird smell? is it ok for us to like swim here?" larissa gelakkan saya. katanya saya mesti risau dia bawak saya mandi pool toxoc ke pebenda nih. hakikatnya memang hot spring bau camtu. bau cam petrol pun ada. telur busuk pun ada. bau toxic la pendek kata. macam tak sihat langsung untuk mandi. and of course you cannot swim inside the pool because its too hot and too smelly. haha dan pool tu kecik sangat untuk berenang-renang di dalamnya. saya bukanlah peminat air panas. bab air panas, serahkan kat yani. kalau masuk shower lepas yani, mesti kulit saya menderita nak terbakar sebab seriously panas gila air mandi yani! yeah this hot spring memang her thing la.
mula-mula saya celup kaki je sebab gerun tengok temperature air 43 deg. larissa dah masuk sampai paras pinggang dah (pinggang dia la, kalau pinggang saya kira cetek lagi). saya pula keluar masuk kaki je. last2 kena convince dengan larissa barulah saya bertahan dengan kepanasan tersebut sampai kulit saya dah adapted to it. saya hanya duduk atas tangga dalam pool tu, which air sampai pinggang saya je. ni baru betul panas punggung! panas dan berasap-asap sampai rasa nak sesak nafas. we chatted quite a lot kat pool tu so sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak fokuskan perhatian terhadap kepanasan air. setelah kami sudah mula berpeluh-peluh dan saya pun dah rasa lemas dengan asap-asap dan bau2 busuk maka kami pun beredar.
that night buat discussion dengan teammates lepas tu distracted tengok masterchef. then dorang masuk tidur dan saya buat blog entry. haha sesungguhnya awal sungguh mereka tidur. pukul 9.00 mlm dah nak tidur. hari ni pukul 7 lebih dah kepenatan, tak larat nak buat discussion dan masuk tidur. saya juga tertinggal sorang-sorang kat common room sambil buat blog entry. hari ni memang penat. saya buat dental work sampai tengahari. semua patient adolesnce kecuali sorang pakcik ni, dia suami dental therapist (Mary) kat situ. saya sangat suka kerja kat situ. Mary ckp pesakit mesti suka saya sebab budaya kami tak jauh beza. Ada seorang pesakit perempuan ni nama dia Kimiora, sangat lovely sebab lepas saya treat dia, dia peluk saya. terharu, pertama kali dipeluk pesakit T___T
Mary dan Fuschia (dental nurse) sangat friendly, helpful n cool! sedih x semoat nak say proper goodbye to them sebab lepas tu larissa dan phoebe culik saya in the middle of work, pergi jalan2 area roturia (dah tak pasti betul x ejaan ni. sila check perenggan atas2)...Makcik Gina yang bawa kami jalan2. sungguh best.
Makcik Gina seorang nurse yang hebat juga. dia sedang buat master yg insyaAllah habis bulan 6 ni. Makcik Gina juga pernah keluar tv untuk program dokumentari. ok2 enough about makcik Gina. makcik Gina bawa kami naik 4WD sebab katanya nak bawa kami jalan-jalan yang adventurous. hoho..kami merentas sungai-sungai kecil, bebatuan, pepantai..memang adventurous. nak muntah pun ada sebab jalan guduk-guduk. kami singgah rumah pesakit makcik Gina, petik buah feijoa my feveret! eating too much feijoa today betul2 buat saya sakit perut malam ni. sambil bercerita macam-macam pasal kawasan setempat, kami ambil gambar. makcik Gina kenal semua penduduk kat kampuang rutoria tu (err saya dh xtau eja dah ni seriously. malas nak reverse tengok perenggan sebelumnya)...pastu dia berenti rumah sape tah, ke rumah dia? tak pasti. banyak sangat pokok buah kat situ. saya jadi teruja. ada pokok lemon, orange, apple, persimmon dan feijoa. kami petik-petik buah lepas tu menyambung perjalanan.
buah feijoa feveret
kat pantai kami jumpa seal terdampar. seal tu nangis. sian dia. makcik Gina cakap2 dengan seal tu dalam bahasa maori. seal tu pandang je dia. pastu nangis. kesian..makcik Gina terus call jabatan haiwan berdekatan. sambil berdoa semoga tuhan protect seal itu. kami pun tinggalkan seal itu. harap2 bantuan akan tiba dengan segera. seal tu macam tak boleh gerak je. pastu makcik Gina bawak kami ke gunung paling tinggi kat situ. Mt Hikurangi. gunung tu adalah gunung yang pertama mendapat cahaya matahari di dunia. cool fact! memang sejak hari pertama saya sampai Te Puia, i was hoping to go there. Alhamdulillah wish comes true. Lepas tengok gunung, makcik Gina berenti depan kandang bebiri. sedara dia kerja kat situ so kami dapatla masuk tengok kerja-kerja sheep shearing dijalankan. oh comelnya bulu-bulu mereka yang gebu itu. menurut pakcik tuan bebiri, semua bebiri yang digondolkan adalah bebiri yang mengandung. bila mereka tidak berbulu mereka akan kesejukan. bila kesejukan, mereka akan makan banyak-banyak. bila mereka makan banyak-banyak, itu adalah bagus untuk tumbesaran fetus bebiri. mereka akan beranak anak yang gemuk-gemuk dan sihat. another fact: bulu bebiri akan tumbuh semula ke tahap optimum setelah 6 bulan. cool aye?
bebiri yang telah digondolkan
ok kami dah penat, makcik Gina dah penat. maka kami pulang. sebab badan dah bau bebiri, maka balik-balik je terus mandi. masak dinner, komen2 gambar yang kami tangkap pastu semua masuk tidur kecuali saya yang sedang berblogging ini. till the next post! assalamualaikum!
the four of us. from left: Larissa (physio), me, Gina (the great nurse) and Phoebe (medic)
makin jeles membaca haha, sedang saya bergelumang dengan buku di meja, anda ber-adventerous yg sgt best di sana! takpela, jom sama2 mujahadah :)
ReplyDeletemacam mana akak boleh terpilih utk join program ni?
ReplyDeleteini namanya just my luck. hehe.. Allah mengizinkannya maka here i am. asalnya takde ourplacement untuk student dental msia. tp tbe2 muncul program ni. so diserap masuk camtu je.
ReplyDelete