semalam dalam usrah kami belajar bab 'Iffah. 'Iffah bermakna memelihara maruah diri. sangat besar rupanya skop memelihara maruah diri. sampaikan nak makan pun ada maruah diri yang kena di jaga.
'Iffah juga secara istilahnya bermaksud menahan diri daripada perkara-perkara yang haram dan tidak elok, mengawal dan berdisiplin dalam menjauhi perkara haram dan yang tidak soleh.
berdasarkan silibus buku modul, jenis-jenis 'Iffah terbahagi kepada 3 bahagian.
- menjauhi perkara haram
- bangga dengan kemuliaan diri dan tidak meminta-minta
- menjaga diri daripada perkara syubhah
sebagai orang islam kita kena pelihara maruah diri dengan menjauhi makanan haram, maksiat yang jelas keharamannya, tundukkan pandangan, menjaga kemaluan, dan termasuk juga menjaga urusan kewangan agar tidak bercampur dengan perkara yang haram contohnya riba' (bank new zealand best ok. orang muslim boleh opt for interest free)..
sebagai orang islam juga kita kena bangga dengan kemuliaan diri kita. kita ini hanyalah bertuhankan Allah yang satu sahaja. tiada yang lain. maka kita hanya meminta-minta kepada Allah sahaja. bila kita meminta-minta kepada selain daripada Allah, maka telah jatuhlah maruah diri kita. Kalau kita tak ada duit, minta dengan Allah dengan cara berusaha dan berdoa. Rasulullah SAW pernah bersabda "bukanlah orang miskin itu yang makan sesuap atau dua suap. tapi orang miskin itu adalah yang meminta-minta"..maka selagi ada tulang 4 kerat, selagi ada upaya, kita kenalah berusaha sendiri. Dalam part ni juga ditekankan tentang pentingnya membayar hutang dan sangat penting untuk membayar hutang tepat pada waktunya dan juga mesti berterima kasih kepada pemiutang.
last part, sebagai orang islam kita kena menjaga diri daripada perkara yang syubhah. apakah perkara syubhah itu? perkara syubhah ialah perkara yang terletak antara halal dan haram, yang statusnya samar-samar. macam mana nak kenalpasti perkara syubhah? saat hati anda rasa ragu-ragu "eh boleh ke tak ni?", maka tinggalkanlah. itulah dia syubhah. perkara syubhah jika dilakukan lebih menghampirkan kita kepada api neraka. dan perkara syubhah ini juga hanya boleh dikenalpasti oleh hati yang masih hidup. mana mungkin hati yang telah mati boleh merasa ragu-ragu terhadap perkara syubhah. hati yang mati ibarat tumit kaki yang dah keras. pijak duri pun tak terasa dah. hati yang mati sudah gelap dan tidak bercahaya lagi maka tidak dapat dibezakan lagi haram dan halal. maka sangatlah pentingnya kita sentiasa menghidupkan hati kita agar kita mudah kenal apakah yang syubhah.
contoh perkara syubhah ialah pergi konsert. pada zahirnya kita rasa tak salah pergi konsert. hanya nak dengar lagu dan melihat artis kesayangan beraksi 'live' di pentas. kita tak pergi dengan boyfriend pun. kita tak bergaul bebas. pendek kata kita tak rasa kita buat maksiat pun. namun dalam konsert itu juga terlalu banyak yang syubhah. waktunya yang mengganggu waktu solat, penonton lelaki dan perempuan yang bercampur gaul secara bebas, lagu-lagu yang melalaikan yang langsung tak membawa kita mengingati Allah, unsur hiburan yang melalaikan dan mengasyikkan etc. kita rasa kita tak lalai pun, kita still solat dan kita tak terkinja-kinja pun. ibaratnya seperti nasi bubur yang tercampur dengan seketul najis cicak. kita tak terasa pun busuk dan kotornya najis itu sebab kita tak nampak dan kita tak tahu. namun lama-lama kita akan rasa macam kalau letak banyak2 najis cicak pun, apakah bezanya? sebab kita dah terbiasa dengan rasanya. dah tak geli lagi. begitu juga perihalnya dengan konsert tadi. asalnya ada rasa bersalah sikit. lama-lama dah tak rasa salah langsung. hati macam tu la, bila dah biasa dengan maksiat, tak akan rasa bersalah lagi.
ketahuilah syaitan telah berputus asa dalam menyesatkan manusia dalam perkara yang besar maka berhati-hatilah dengan dosa-dosa yang kecil (khutbah terakhir Rasulullah SAW)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~