Saturday, July 2, 2011

off tempoyak and budu

alhamdulillah telah selamat kembali ke rumah saya setelah 5 hari menghabiskan sisa-sisa cuti di perak dan kelantan.

hari isnin lalu balik kampung kat perak. balik hari je, ikut abah dan adik-beradiknya serta opah ke mahkamah hartanah, menguruskan harta pusaka arwah atok. saya hanya bidan terjun yang mengambil kesempatan ikut abah balik kampung sebab opah tak jadi datang rumah kami. tak pasal-pasal ikut jadi saksi kat mahkamah. haha. pengalaman yang best tuh. sebagai anak sulung, mereka cakap saya bolehla belajar pembahagian harta ni kan. haha tapi saya ke yang kena bahagi harta? ingatkan anak lelaki je yang kena. apa-apa pun, satu peluang yang tak harus dilepaskan, menuntut ilmu baru. kan?

p/s: opah masak semua favorite food saya. yang wajib ada, tempoyak ikan keli lah kan?kiki

and then selasa tu bertolak ke kelantan pulak pada jam 9.30 malam. tasneem dan hannan ikut sama. kami naik bas kat hentian kajang. ini kali ketiga saya naik bas ekspress. disebabkan saya ni belajar dekat-dekat rumah je, jarang sangatlah naik bas. so i spent 3 days 3 night kat kelantan. disebabkan spent banyak hari di KB so ceritanya panjang sikitlah. tapi saya pendekkan je.

di sana, di samping mengeratkan silaturrahim dengan sepupus, dapat juga merapatkan hubungan dengan che dan ayah. tolong che di dapur, makan bersama-sama sambil bersosial, main cluedo sama2, tonton tv sama2, macam2 lagilah. che ayoh bawa kami jalan2 PCB sambil makan colek. teringat kenangan di KT, makan semua yang bertelup cepung. eh hihi silap..bercelup tepung. pastu pergi pasar siti khadijah jugak. saya tak ketinggalan memborong keropok, serunding daging dan budu untuk dibawa balik ke NZ. dan juga sehelai kain batik lepas yang cun betul la (ngeh3 mentang2 dah pandai berkain batik di rumah. dulu ejek orang lain yg berkain batik tu perempuan melayu terakhir).

semasa di sana juga, anniversary ke-53 che dan ayoh kebetulan jatuh pada hari sebelum kami pulang. apa lagi, terima kasih mama sebab inform, kami sepupu semua berpakat pinjam kereta ayoh dan cari kedai kek dekat area2 wakaf che yeh je sebab tak familiar dengan tempat lain. mujur jumpa satu kedai kek. seronok buat kejutan untuk che ayoh dan seronok melihat mereka seronok juga serta tumpang bahagia melihat mahligai mereka masih bertahan selama 53 tahun. kami cucu2 doakan che ayoh sentiasa diberkati Allah dan dapat bersama-sama di syurga nanti, ameen~ tiket pulang kami dibelanja ayoh. hari jumaat jam hampir 10 malam, kami pun bertolak pulang. sedihnya~ saya memang sentimental sikit setiap kali tinggalkan atok nenek di kampung. dan sekarang dah pandai sentimental setiap kali tinggalkan mak abah demi meneruskan pengajian.

p/s: che pun masak semua yang fevret2 lah. dpt makan nasi berlauk juga. semua makanan pun fevret saya. kan dah kata, bab makan je saya memang easy lah!

p/s: sepanjang kat rumah che kami jadi penonton setia tv1 sebab channel lain sume gambar buruk. haha..ayoh asyik nak tengok bola je kat astro. saya pulak dah lama giler tak tengok bola. tengok sekejap je hari tu, msia lawan taipei. tapi saya lagi suka tengok drama dan rancangan bual bicara. kwis3...naik menyampah tengok tv1, kempen2nya buat saya nak muntah kuning. lepas tu tak habis2 ulang iklan perhimpunan haram. sudah2la. perhimpunan yang beberapa jam je tu pun nak exaggerate impaknya. orang kalau dah nekad nak pegi tu, tak termakan dengan segala ugutan pujuk rayu. biarlah orang nak berhimpun secara aman tu. kata negara demokrasi. setiap orang ada cara masing2 nak luahkan perasaan. sebagai pihak yang berkuasa, janganlah keruhkan keadaan dengan mem'provoke' rakyat yang tahu apa yang nak diperjuangkan tu. dengar2lah sikit. saya pun dah penat sign petisyen utk kerajaan supaya kononnya nak suara didengari, tak ada tindakan apa2 jugak. so lantaklah orang nak bersuara cara macam mana pun biar sampai kerajaan dengar dan ambil tindakan. saya neutral dalam hal ni. read both views, respek both views. tapi saya benci dengan provokasi kerajaan dan iklan-iklan merepek anti-perhimpunan haram itu. buat iklan yang ade kelas sikit lain kali. dan saya benci jugak kalau orang amik kesempatan politik, timbulkan huru-hara/keganasan etc. dlm perhimpunan tu nanti. semoga semuanya selamat, takde nyawa terkorban, takde harta benda rosak, etc etc.

2 comments:

  1. hehe takde botol2 pun. beli yang dalam paket plastik kecik2 tu, senang nak bawak naik flight

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~