Wednesday, July 20, 2011

selebriti syurga



di tengah-tengah keghairahan manusia nak menjadi selebriti tv yang fofuler ni, siapa nak ikut saya jadi selebriti syurga??

wahhhh seronokkan bunyinya? hehe di saat saya tengah menaip ni pun, tersenyum-senyum sendiri sebab rasa syiok lah :D

siapakah selebriti? selebriti ialah orang yang terkenal dan dikenali ramai. yang selalu disebut-sebut oleh kebanyakan orang. yang selalu dipanggil-panggil dan dipuja-puja jugak. kalau kat dunia, selebriti ni mestilah keluar tv, jadi VVIP kat majlis sana sini, penyanyi, pemberita, pelakon, pengacara, mahupun tokoh2 perniagaan ataupun pendakwah bebas atau juga penulis buku etc. etc. etc.

maka siapa pula selebriti syurga ni? haaaa (tersenyum-senyum sekali lagi)

oh excitednya nak bagitahu!

selebriti syurga ni ialah pemilik namanya yang sering disebut-sebut oleh penghuni langit, yakni malaikat. Allah juga sering menyebut-nyebut nama kita dan menyebar-nyebarkannya kepada seluruh penghuni langit. kita terkenal nun di langit sana, masyaAllah! superstar pun belum tentu terkenal dalam kalangan bintang-bintang di angkasaraya tau! penghuni-penghuni langit semua berebut-rebut nak jumpa kita, nak tengok kita, nak tahu siapa kita, kat mana kita tinggal dan macam-macam lagi pasal kita yang mereka excited. kalau boleh minta autograph kita, mungkin mereka dah buat lama dah :D

heeee :D (masih dalam mood teruja)

so mana lagi best, jadi selebriti syurga atau dunia? dua-dua pun best kan tapi sudah tentu yang paaaaling best ialah... jadi selebriti syurga!

sekarang saya nak bagi korang homework. sila buat research siapakah Uwais al-Qarni? rugi kalau tak baca kisah beliau! Kata nak jadi selebriti syurga kan? so kena baca!!

sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang dan dinanti-nantikan dengan penuh keterujaan ini, marilah kita mempersiapkan diri untuk sesi ujibakat/temuduga bagi menjadi seorang selebriti syurga. manfaatkan syaaban sepenuhnya dengan amalan-amalan yang menyediakan kita untuk menjadi hebat di bulan ramadhan nanti. ramadhan datang hanya setahun sekali, alangkah rugi kalau kita tak bersedia mengahdapinya. lebih rugi bila baru nak kalut-kalut menyiapkan diri pada bulan ramadhan.

mari jadi sang pemilik himmah 'aliyah sempena kedatangan ramadhan ini! (err apa itu himmah 'aliyah? nama orang ke? nama selebriti syurga ke?...nantikan entry yang akan datang, hehe..)

:: tips meraih gelaran selebriti syurga menjelang ramadhan::

penuhi bulan syaaban anda dengan:
  1. puasa sunat
  2. tilawah al-quran/tadarrus
  3. hafazan
  4. menyusun masa dengan lebih efisien
  5. banyakkan infaq/sedekah
  6. renew niat sentiasa
  7. bangun qiyam
  8. menyediakan target/resolusi ramadhan
  9. banyakkan meminta maaf dan memaafkan
  10. menjalin ukhwah fillah
  11. kurangkan berkata-kata, banyakkan berfikir dan berzikir
  12. sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan gelaran selebriti syurga :)
  13. ZERO dosa! maka banyakkanlah istighfar dan taubat :)
  14. mendidik hati untuk bertaqwa kepada Allah dan mencintai Allah serta berlumba untuk meraih cintaNya.

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (hai Jibril) si Fulan itu. Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (hai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah penerimaan baginya (yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya) di kalangan penghuni bumi.” (Muttafaq ‘alaih)



“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman – dalam Hadis Qudsi: “Barangsiapa yang memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahukan padanya bahawa ia akan Kuperangi – Kumusuhi. Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan melakukan hal-hal yang sunnah, sehingga akhirnya Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Akulah telinganya yang ia pakai untuk mendengarkan, Akulah matanya yang ia pakai untuk melihat, Akulah tangannya yang ia pakai untuk mengambil dan Aku pulalah kakinya yang ia pakai untuk berjalan. Jikalau ia meminta sesuatu padaKu, pasti Kuberi dan jikalau ia mohon perlindungan padaKu, pasti Kulindungi.” (Riwayat Imam Bukhari)


“Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman – dalam Hadis Qudsi: “Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku, duduk-duduk bersama kerana Aku, saling ziarah-menziarahi kerana Aku dan saling hadiah-menghadiahi kerana Aku.”


oh seronoknya! teruja dan bertambah teruja! alangkah indahnya bila ajal kita tiba, roh kita disambut dengan meriah dan gembira oleh para penghuni langit~oh~~!! ameen, ameen ya rabbal 'alameen~

--petikan tazkirah from yani during our first iftar perdana syaaban--

p/s: jangan hanya mengejar status selebriti syurga pada bulan ramadhan je ok! >_~ V

1 comment:

  1. jejom =D
    nk baca ahh pasal Uwais al-Qarni, doo truja sgt nih mst best nye =)

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~