saya tak suka politik dunia hari ni. setiap kali baca rasa nak muntah macam-macam warna. tapi saya bukan kanak-kanak yang hari-hari main teng-teng atau main masak-masak je. saya dah dewasa. the painful part of being an adult is that i have to read and to know about politics. sakit jiwa. berharap akan tiba satu hari nanti politik islam amalan Rasulullah akan mendominasi dunia.
kerja saya sejak cuti asyik baca dan tonton berita pasal BERSIH je. kalau tengok kat TV, mesti hati rasa panas, rasa di provoke-provoke. rasa jengkel. berat sebelah. maka saya lebih suka baca daripada sumber alternatif macam DrMAZA, malaysiakini etc. etc. tonton video para ilmuwan yang bincang pro n kontra, ada banyak pendapat, ada yang sokong ada yang tak sokong, tapi saya sukalah sebab boleh buat saya berfikir jugak. oh tapi saya paling suka statement DrMAZA dan artikel yang saya share di atas. tidak emosi, neutral, bijak, well-balanced. suka juga dengan statement YDP Agong yang cukup profesional dan bijaklah. kata-kata macam ni la yang sedap didengar dan dapat meredakan ketegangan suasana. mungkin pedih untuk pihak BERSIH terima titah baginda tapi saya rasa itu yang terbaik buat masa ni memandangkan provokasi pihak kerajaan tidak membantu pihak BERSIH untuk bergerak secara aman. kalaupun BERSIH bergerak secara aman, saya rasa akhirnya mereka juga yang akan dipersalahkan atas segala kekeruhan dan keganasan yang bakal terjadi. (yelah, pasukan silat, polis, FRU sume dah standby kan..dan perkasa.. dan patriot..urghh ibarat kera-kera yang takde kawan)
akhir kata, ye perdana menteri dan pihak kerajaan perlu lebih bijak, amanah, adil dan ikhlas. tolonglah. ketepikan emosi dan ketengahkan rasional. dan jauhi fitnah.
p/s: tidaklah cuti saya diisi dengan isu BERSIH je. saya juga beli banyak novel/buku baru dan setakat ni berjaya habiskan sebuah novel (syabab musafir kasih) dan sebuah buku (begini, sayang!). hampir nak habiskan novel 'demi duha' (haha true, beli semata-mata sebab ada nama sendiri. tapi kisahnya tentang solat dhuha ok). started to read 'bumi cinta' tapi tebal gila novel, saya tak rasa berjaya habiskan sebelum balik NZ. malaysia pulak sedang musim kahwin kot, bukak tv je ada pasal kahwin. bukak radio pun ceramah pasal nikah. baguslah, dapat gantikan kursus kahwin yang tak jadi pegi tu. next baca jugak raheeq makhtum, dan siapkan assignment! paling penting, tingkatkan amalan dan kualiti diri sempena kedatangan bulan mulia syaaban dan insyaAllah akan bertemu ramadhan beberapa minggu je lagi :D
p/s lagi: kenapa takut sangat dengan ambiga tu ye? kalau pun takut islam dihancurkan orang lain, sila takut dengan diri sendiri dulu. ancaman sebenar adalah dari dalam diri sendiri. ulama' telah berpesan tegakkan Islam dalam dirimu nescaya akan tertegaklah Islam di dunia ini. bila islam dah tertegak dalam diri, insyaAllah ia akan jadi benteng dari serangan luar. dan isu dia murtadkan orang tu, siapa juga yang meluluskan tuntutan tu?
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~