bangun pagi tadi, kepala macam ade batu sambil batu itu pusing2 dalam kepala. saya amik sick leave dan sambung tidur. bila bangun tidur, saya berfikir "ok semalam dah puas nangis. pagi tadi dah puas rest. sekarang sila bangkit dan bekerja dan beramal!"
and off i went to the clinic malangnya patient failed to attend. so i went to the library buat assignment baru pulak-child study.
ok ok nak cerita jugak sepanjang jalan nak pegi klinik sampaila saat saya tgah buat assignment, ade airmata rasa nak tumpah-tumpah, tak tahulah apa yang sedih sangat. masa kat klinik, saya mcm nak pergi toilet gak mensetelkan tugas airmata ni tapi tak jadilah sebab banyak kerja nak book patient-patient lain. then masa buat assignment saya rasa macam nak nangis lah depan komputer tu jap tp kiri kanan ada orang. bila dah siap assignment saya pun tak tahu kenapa, rasa nak pegi masjid. lagipun malam tadi auntie mai semangat ajak pegi potluck dinner kat masjid. macam tak sampai hati nak tolak jemputan. tapi saya memang pegi masjid awal. pukul 4 petang. potluck dinnernya pukul 5.30, after maghrib.
setibanya saya kat masjid, saya sorang je. gelap. saya tak on lampu. saya rasa, ini Allah tengah jemput saya, tengah panggil saya, "period ke tak period ke, kau sebagai hamba kena sujud sekarang" and off i bent my knee down and put my forehead on the floor. segala bendalah terhambur. itulah ketenangan sebenar yang akhirnya saya dapat untuk hari ini. jemaah lain datang tepat pada masanya (masa ni saya teringat waktu saya breakup mula-mula dulu. kaki memang terus melangkah pergi masjid, sujud dan mengadu puas2). takde malaysian pun yang datang masjid time tu kecuali saya dan kak syahira tp kak syahira jenis yang memang kamceng dengan budak2 arab. maka saya no choice, meluaskan ukhwah dengan international muslims. dan saya fikir Allah tengah nak tarbiyyah saya melalui mereka-mereka ni. saya kena luaskan pergaulan, jangan nak melekat dengan malaysians je.
lepas tu ada workshop pasal 'achieving success' by sheikh rafat. saya seriously no intention untuk pergi. bila dorang siap2 untuk pergi workshop tu, saya pun sebenarnya tengah siap2 nak balik rumah lah. tiba2 saya ditanya 'are you going?'...dan saya jawab 'ya, i'm going'..saya macam, apekah.....laju je mulut cakap nak pergi. maka kak irin pun tumpangkan saya ke lecture hall utk workshop tu. macam...er....dipermudahkan sangatlah perjalanan saya nak ke workshop tuh.
and you know what, isi-isi dalam workshop tu adalah ayat-ayat Allah yang nak kembalikan semangat saya, nak suburkan iman saya yang makin layu tu. subhanallah, Allah sayangkan kita. tak mungkin dia nak bagi kita lama-lama dalam futur dan kekeringan iman. alhamdulillah. saya dapat perspektif baru hari ini. nanti lah saya cerita apa yang saya dapat daripada workshop 'achieving success' tu...dah ngantuk. assalamualaikum
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~