Friday, July 8, 2011

malaysiaku~


agak-agak ade polis tangkap saya tak bila kat blog ni ade gambar kaler tempoyak ni?

jap lagi akan berangkat ke NZ, esok skuad warna tempoyak nak berhimpun. saya sokong penuh segala tuntutan skuad tersebut. sekian terima kasih. saya harap semuanya akan berjalan secara aman dan tiada provokasi daripada mana-mana pihak pun. harap semuanya dapat berfikir secara matang dan rasional. (duh.. cakap macamla ada orang nak dengar cakap kamu. kamu PM ke?)

Malaysia tanah airku,
betapa besar harapanku,
agar tanahmu subur dengan basahnya keimanan penghuninya

Malaysia tanah airku,
bersabarlah atas kezaliman yang terjadi
kebenaran dan keadilan pasti tertegak

Malaysia tanah airku
aku bukanlah siapa-siapa
tidak berjasa langsung
namun berat rasanya untuk melangkah pergi meninggalkanmu
dengan izin Allah
akanku pulang lagi ke tanah air
demi merawat segala luka-lukamu

p/s: marilah bersikap aman dalam apa jua hal. dalam apa pilihan pun, Allah jualah yang tahu apa yang terbaik, apa yang benar. sentiasa berdoa supaya dipandu ke arah kebenaran setiap masa hingga akhir nafas. supaya kelak tak menzalimi diri sendiri.

p/s lagi sekali: doakan kejayaan dan keselamatan misi flotilla II!! paling penting, tetap berdoa untuk rakyat palestin tanpa henti, hingga akhir nyawa. (dan ye dhuha, anda tinggal sebulan lebih je nak siapkan 'nama saya mujahid')

Ya Allah pandulah hati-hati kami menuju kebenaran yang sebenar-benarnya. Janganlah Kau pesongkan hati-hati kami. Ya Allah bantulah kami memilih pilihan yang benar. Ya Allah jauhi kami dari kesesatan. Ya Allah sesungguhnya kami tidak tahu apa-apa. MilikMu lah segala pengetahuan.Janganlah kau hukum kami atas sesuatu yang kami tidak tahu baik buruknya, halal haramnya, hak atau batilnya. Ya Allah berikanlah kami hati-hati yang terang yang dapat membezakan baik dan buruk. Ameen ameen ya rabb~

bintul shahrain
Nilai, 3.37 am.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~