benarlah kata imam Hasan al-Banna, "sesungguhnya tanggungjawab kita melebihi masa yang ada"
saya dah janji nak tulis tentang himmah 'aliyah kan? marilah saya share sedikit yang saya tahu ini.
apa itu himmah? himmah ialah keinginan atau cita-cita.
apa pula 'aliyah itu? 'aliyah bermaksud yang tinggi.
so...hehe rasanya korang pun dah tahu maksudnya by this time.
keinginan atau cita-cita yang tinggi! yes!
previously, we talked about being a 'selebriti syurga' kan. tak akan kita berjaya menjadi selebriti syurga kalau kita tak punya keinginan atau cita-cita yang paling tinggi ini, iaitu untuk masuk ke syurga.
orang yang betul-betul nak masuk syurga sudah tentu akan memandu hidupnya terus menuju syurga, mengagungkan Allah dan RasulNya. menapak mengikut tapak-tapak Rasulullah SAW, melangkah mengikut langkah-langkah Rasulullah, menjejak jalan ke syurga mengikut jejak-jejak Rasulullah. itu sahaja jalannya. apa guna diturunkan Rasul kalau bukan untuk dijadikan ikutan, betul tak? Hanya Rasul Allah yang dijanjikan syurga maka untuk ke syurga, setiap sunnah Rasulullah perlu diamalkan :)
baiklah sambung himmah 'aliyah balik. sepertimana kita pada suatu hari ternampak satu MacBook yang cantik, kita memuji-muji dalam hati pastu menyimpan keinginan untuk memilikinya suatu hari nanti. keinginan itu menjadi sungguh tinggi sehingga termimpi-mimpi lalu azam yang kuat mendorong kita mengikat perut, bekerja kuat untuk kumpul duit demi memiliki sebuah MacBook. itulah himmah. satu keinginan yang membara-bara yang sentiasa mengekori hidup kita. terbayang-bayang, tercipta angan-angan, terbawa-bawa dalam apa saja urusan hidup kita.
namun himmah itu bukanlah himmah 'aliyah. menginginkan harta duniawi tak menjamin langsung kedudukan kita di akhirat kelak. maka perlunya kita menyimpan, menanam, memupuk dan menyuburkan himmah yang tinggi. himmah untuk ke syurga, untuk melihat wajah Allah dan RasulNya. Himmah yang sebegini tingginya akan mendorong kita menurut sahaja perintah Allah dan sunnah RasulNya, serta mencegah kita daripada laranganNya. himmah sebegini juga akan memadamkan segala duka dan kesusahan kita di dunia kerana kita punya agenda yang lebih tinggi, tujuan dan matlamat yang besar, destinasi yang lebih indah daripada dunia dan seisinya :)
himmah 'aliyah tersebut akan sentiasa bermain-main dalam fikiran dan terbawa-bawa dalam segenap kehidupan kita, sehingga apa yang kita buat benar-benar menepati prinsip islam yang sejati, demi meraih sebuah mahligai indah, bersua dengan para nabi, berjiran dengan hamba-hamba Allah yang hebat, dan sudah tentu untuk menatap wajah Allah, Sang Khaliq yang dicintai.
wallahualam. marilah sama-sama kita menanam himmah 'aliyah ini dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~