mungkin diri telah jauh dari Allah.
kenapa semangat tiba-tiba jatuh?
entah. saya tengah buat assignment. tiba-tiba saya rasa lemah. dan kemudian tiba-tiba saya nak give up pastu saya rasa susah nak teruskan hidup. bukan sebab assignment pun. syaitan la kot sedang merasuk.
2 minggu ni saya selalu fikir masalah-masalah negara, masalah umat, masalah dunia (huu lagak seorang perdana menteri.)..saya berfikir setiap hari sampai hari ni. akhirnya hari ni saya menangis. seolah-olah segala beban yang dunia ini sedang rasakan turut jatuh ke bahu saya.
berat. berat. sebab saya telah sangat-sangat sedar beratnya tanggungjawab saya. patutlah gunung pun hancur saat diberitahu tugas khalifah ini.
saya rasa lemah. saya rasa saya useless. saya rasa tak layak, sampai fikir baik aku jadi kucing. tapi kemana saya nak lari? segala beban yang berat ni memang saya dah janji dengan Allah sejak di alam roh untuk memikulnya. nak lari ke mana lagi.
menangislah dhuha. menangis sepuas-puasnya malam ni. semoga esok bangkit dengan lebih semangat.
p/s: esok birthday mak. saya harap mak tak duduk sorang-sorang kat rumah. huuu lemah betul bila setiap kali fikirkan mak, mesti nak nanges. rasa macam nak stop belajar dan teman mak kat rumah.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~