Sunday, July 17, 2011

achieving success

saya sambung daripada post sebelumnya.

saya telah menghadiri workshop kendalian sheikh rafat, pendakwah mahsyur kat NZ ni, from egypt. tajuknya ialah 'achieving success' yang mana saya terjoin secara eksiden.

alhamdulillah i learnt a lot. semoga terbekas dalam hati selama-lamanya. dan paling penting, semoga terzahir melalui amal.

disebabkan hanya saya malaysian yang tersesat (kak syahirah tak tersesat sebab dia mmg kamceng dengan the arabs)..maka saya rasa agak kekok jugaklah berada kat situ but i keep telling myself, this might be the only chance for me improve myself social/communication wise. sebelum ni saya dah terbiasa menjadi lone ranger dengan mengikuti program2 tanpa kehadiran teman disisi. maka saya randomly je kawan dengan sesapa. tapi itu kat malaysia. bukan susah sangat nak menjalin ukhwah baru dengan orang sebangsa. tapi kali ini, dengan orang arab kebanyakannya. biasanya bulan puasa je baru menjalin ukhwah dengan international muslims. tapi saya baik dengan a few je especially kalau yg study dalam bidang health/dental ni.

salah satu sebab kenapa saya tak nak join workshop pada asalnya ialah sebab saya takde kawan. takde geng. saya pernah attend workshop sheikh rafat sebelum ni dan saya tahu wasilah beliau macam mana. saya tahu bila dia sebut 'workshop' bermakna kami akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan kena kerja dalam kumpulan. saya memang malasnya rasa nak bekerja dalam kumpulan orang yang saya tak kenal.

namun accidentally saya dah terberada kat sana. i sat beside a girl yang quite familiar to me, pernah jumpa kat dental school. pastu sheikh rafat pun memulakan ayat keramatnya "get into groups, get to know each other and you can start working in your group regarding these questions"..oh saya mengeluh dalam hati.huhu...disebabkan sheikh rafat suruh duduk dalam group yang masing2 tak kenal masing2, maka gadis2 arab tersebut semua approach saya sebab obviously saya muka baru kat situ bagi diorang dan diorang pun muka baru untuk saya. hoho maka ramailah jugak dalam group saya sebab ramai yang tak kenal saya while most of them knew each other. tapi akhirnya sheikh rafat tak nak ramai2 sangat so ade 5 je dalam group saya.

sajida from afghan. alya form gaza, palestin. ibtisam from oman dan riham from egypt. semua lain2 negara. interesting kan? hehe..disitulah keseronokan bermula.

sheikh rafat minta kami define success. everyone of us kena bagi jawapan. and there were like 60 of us. macam2 definition tapi banyak persamaan yang kami share dari segi how we defined success. tertarik dengan jawapan2 yg unik seperti berikut:
  • able to concentrate in solat
  • feels the rush of iman
  • to overcome shaytan/evil in ourselves
  • comes with hardship and during those hardships, you can feel the wisdom of God- ini jawapan drpd seorang auntie yang sangat saya respek, from afghan.
kebanyakan jawapan di atas adalah daripada golongan brothers. dan saya merasa kagum dengan jawapan2 ni yang saya rasa jarang nak dengar daripada golongan lelaki. ke sebab saya pun kurang komunikasi dengan laki? hoheh bias lah kamu dhuha. dan saya mula ada perspektif baru-lelaki yang kacak ialah lelaki yang punya pemikiran yang kacak juga. hohoho..saya tak kata diorang ni kacak2 pun tapi bila keluar dengan jawapan-jawapan dan hujah-hujah yang sungguh tajam ni, terus nampak kacak (bukan rupa ok! bukan2!)..maka saya fahamlah kata-kata orang bijak pandai bahawa pilihlah lelaki yang matang, suci, bersih, murni dan seimbang pemikirannya. rupanya hanya dengan pemikiran boleh merubah pandangan seseorang terhadapnya kan? kalau suami tak kacak rupa paras pun tak apa, asalkan kacak hati dan fikiran, mesti terus nampak kacaklah, nak cari suami nanti, nak bagi soalan esei la untuk judge pemikiran mereka :p---ok out of topic.

sambung cerita.

ada juga yang bercanggah sampai ada seorang pakcik tu bagi ceramah panjang tentang success. sheikh rafat suruh pakcik tu berhenti sebab kami mengejar masa, sorang boleh cakap dalam 2-3 minutes je. tambahan pula, ini ialah workshop bukan talk. tapi pakcik tu beriya-iya nak cakap banyak jugak. sampai ameer (ketua) program kena stopkan pakcik tu untuk menghormati masa yang telah diperuntukan. dalam hati saya risau adakah pakcik itu akan berkecil hati dengan tindakan penganjur?

workshop terus berjalan. kali ni sheikh tanya kami what obstacles will come in between. dan kagumnya banyak jawapan sama yang keluar iaitu : facebook..hahahah..tu jawapan spesifiklah. jawapan umum yang paling banyak disebut ramai ialah: DIRI SENDIRI, syaitan dan PERSEKITARAN/ENVIRONMENT (bad influence)

kumpulan saya juga mengeluarkan jawapan yang serupa. kami berbincang sesama sendiri dan berkongsi pengalaman sesama sendiri how these two factors (kecuali faktor 'syaitan') menghalang kami mencapai kejayaan. memang, bukan salah syaitan kalau kita tak berjaya. bukan salah syaitan kalau kita jadi jahat. bukan salah persekitaran juga sebenarnya walaupun itu faktor besar juga. tapi yang sebenarnya DIRI KITA punya kuasa yang penting untuk menentukan arah tuju hidup kita sendiri.

dalam diri kita memang terdapat satu sisi jahat. kita ada nafsu baik dan nafsu jahat. nafsu jahat nilah yang kena kita tewaskan. tengok jela bulan puasa, walaupun syaitan diikat, masih ada manusia bermaksiat kepada Allah. salah syaitan ke? tidak tidak tidak. salah kita sendiri. syaitan tu memang dah kerja dia nak goda kita, yang kita nak salahkan dia buat apa kan? kita boleh pilih nak ikut ke tak.even syaitan pun siapa juga yang menjadikan nasibnya sebegitu malang, daripada penghuni syurga akhirnya jadi penghuni neraka? Dirinya jugak kan? setiap dari kita memang diberi jalan kebaikan dan jalan keburukan. dan pilihan terletak di tangan kita. jangan salahkan hidup miskin untuk kita jahil dalam agama dan miskin ilmu serta budi bahasa. jangan salahkan masalah rumahtangga untuk kita bertidak di luar batas syariat. kita punya pilihan dan kita berhak memilih.

ibtisam berkongsi kisah bagaiman dia berlawan dengan nafsu sendiri dalam hal bersolek. betapa dia tahu bersolek berlebihan/tabarruj itu haram bagi wanita islam tapi dirinya sangat suka alat2 solek dan bersolek. tapi hari-hari berperang dengan diri. walaupun kadang2 kalah dengan peperangan nafsu, tapi dia pernah menang juga dan akan terus berperang. alya berkonsi kisahnya yang berperang dengan kehendaknya yang sukakan muzik dan alhamdulillah sekarang sudah dapat menjauhkan diri daripada muzik dan lebih suka mendengar al-Quran melalui mp3/ ipod. saya pula suka ponteng kelas dan setiap hari juga berperang dengan nafsu. walaupun adakalanya gagal tapi saya dapat tengok peningkatan dalam diri sendiri. kalau dulu ponteng tak rasa apa2 pun. tapi sekarang akan rasa bersalah sangat2 dan rasa rugi sangat2 dan menyesal sangat2 sampai solat taubat. tapi esok lusa atau minggu depan ulang lagi. huhu..tapi saya tak akan putus asa, akan saya peranginya sampai mati! bukan senang nak mengubah habit tapi kalau mahu, kita boleh lakukan! (ye ponteng kelas telah menjadi habit saya sejak 1st year. dah 4 tahun saya berperang dengannya. kalah orang nak berhenti merokok. saya tak suka pegi kelas sebab saya selalu tak boleh fokus dan akhirnya tertidur. tapi saya suka study sendiri. tapi alhamdulillah sejak yani slow talk dengan saya sebelum cuti semester ritu, saya berjaya melajukan progress saya sebab saya tahu saya sudah ada sistem sokongan :P)

moving on to the 2nd factor, bad influence from the environment. kawan2, keluarga, spouse, neighbourhood, media, ekonomi semua itu boleh bagi kesan dalam kehidupan kita. sebab itu islam suruh kita berkawan dengan orang yang soleh2. persekitaran yang soleh akan mendorong kita jadi soleh. sebab itu islam suruh kita selalu ke masjid, duduk dengan ahli2 masjid. supaya kita terasa lebih semangat dan teruja untuk berbuat amal kebaikan. tak bermakna kita tinggalkan kawan2 lama yang tak soleh. kita boleh tarik mereka bersama. biar mereka rasa suasana yang soleh itu. islam juga suruh kita memilih dalam soal jodoh, bukannya suruh kita jatuh cinta secara membuta je (ini propaganda barat untuk buat kita rasa jatuh cinta dengan berlainan cinta dan berkorban dan memperjuangkan cinta yang 'suci' itu adalah sesuatu yang terpuji dan sungguh mengharukan). pilih yang soleh, baik keturunannya, sekufu dan sedap mata memandang tapi paling best ialah pilih yang beragama. barulah nanti kita pun seronok nak beramal bersama-sama. seronok nak libatkan anak-anak sekali. pastu lahirlah masyarakat yang soleh2. seronok tak? seronok kan? hee~

ok tu je. terkejut tak cara saya menghentikan tulisan? tengah seronok2 pastu berhenti. haha



ok sambung balik.

ingat tak pakcik yang bagi ceramah panjang2 tadi sebab tak puas hati dengan definition of success by orang muda? haa...saya perhatikan je pakcik tu sebab saya kan risau dia kecik hati. tapi dia nampak lepak je. gelak-gelak bersama bila ada perkara lucu terjadi. dia masih berkongsi pendapatnya dan meraikan pendapat orang lain. di sinilah saya nampak cantiknya bila orang-orang beriman duduk berbincang dan berkonsi pendapat. teguran diambil positif. tidak bertekak. menghormati majlis. masih bersama majlis. masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa. masih menghormati pandangan orang lain. tiada kata2 nista yang dikeluarkan.

ini yang susah saya nak jumpa di malaysia. kalau duduk dalam majlis ilmu pun akan ada sejenis dua ustaz yang suka merendah-rendahkan orang lain dan pihak lain. perli-memerli. kutuk-mengutuk. kata-mengata. ejek-mengejek. kalau tengok discussion orang kat FB atau kat media internet atau di blog para ilmuan, pasti tampil komen2 orang lain yang saling salah menyalahkan, tuduh menuduh, kutuk-mengutuk dan seumpamanya. saya pun pernah je nak tergelincir dalam hal macam ni tapi segera ingatkan diri sendiri 'dhuha, sila berhenti. hormat pandangan orang lain. jangan panjang2kan isu. alih topik segera. jaga bahasa. jangan emosi. sabar dan bertenang serta fikir dalam-dalam lagi. kau tak tahu apa2 dhuha, kau tak tahu apa2. jangan sombong dengan sedikit ilmu yang Allah bagi." and so i stopped.

kemudian satu lagi hal yang cantik yang nak saya kongsikan, di workshop yang sangat islamik ini, muslimah2 yang freehair tak segan untuk join sama. kalau di malaysia, bayangkan dalam ceramah agama tiba2 ada minah freehair join sama. mesti ada seribu satu jelingan tajam. pasti ada hati yang mengata. paling malang kalau ada ustaz/ustazah tak nak mengajar bila murid tak tutup aurat. fine, kita kata at least dia patut hormati majlis. tapi kita sebagai ahli majlis bukankah kena menghormati tetamu. kalau kita nak ubah orang lain, kita dulu kena ubah pemikiran sendiri bahawa bukan semua orang ada ilmu yang kita ada, bukan semua orang tahu etika majlis, bukan semua orang yang kita nak approach tu orang yang tinggi ilmu agama. dan berasa hinalah di hadapan Allah, sedangkan seorang pelacur pun Allah izinkan kakinya melangkah ke syurga. maka apa hak kita menafikan haknya untuk menuntut ilmu? itukan tugas kita? bukannya terus menghukum.

cantik, cantik. komuniti islam NZ memang cantik :)

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~