Wednesday, July 13, 2011

maaf cintamu kutolak

maafkan aku jika cinta itu terpaksa kutolak
kerana ruang hatiku hanya buat Kekasihku yang hak
izinkan aku penuhi hatiku dengan rasa cinta padaNya

maafkan aku jika cinta itu terpaksa kutolak
diri ini belum bersedia
lantaran tidak yakin dapat menyintai makhluk lain
selagi Allah belum kucinta sepenuh hati

maafkan aku jika cinta itu terpaksa kutolak
telah kuberjanji kepada diri sendiri
luka lama tidak akan berulang akibat kebodohan sendiri
ingin aku berdua denganNya
selama mana yang diizinkanNya

maafkan aku jika cinta itu terpaksa ditolak
aku rela hidup sendiri asal sahaja cintaku padaNya tidak tercemar

maafkan aku jika cinta itu terpaksa kutolak
mungkin belum tiba masanya
tidak aku rela berlama-lama dalam urusan cinta sesama makhluk
kerana aku tahu aku pasti mengundang murkaNya


2 comments:

  1. salam ukhti,

    did enti carve these block of words? wow.. suka.. =)

    ReplyDelete
  2. wsalam ukhti liana

    alhamdulillah. ilham dari Dia, ana cuma tulis:)

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~