i was once a teenager (ehem, sekarang pun. tapi remaja senja. HOHO)..saya pernah melalui macam-macam jenis cinta kot. cinta monyet, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta metropolitan, cinta sakti dan cinta buta.
cinta metropolitan saya ialah cinta kepada urban lifestyle.
cinta sakti pula ialah cinta yang sungguh berkuasa sakti, fairytale, unexpected, datang tanpa diundang. selalunya hanya dalam angan2, tak jadi kenyataan pun. definisi budak sekolah je tu, abaikan. pengaruh cerita korea.
dan cinta buta?? cinta tanpa mata. cinta yang tak mampu melihat selain kekasih di hadapannya (err definisi sendiri). unconditional love. cinta yang selalu diceritakan dalam drama-drama atau filem-filem, penuh dengan pengorbanan, penuh dengan kesengsaraan, halangan dan dugaan, penuh airmata, cinta yang lahir tulus dari hati tanpa memandang apa2 yang lain dalam pasangan, cinta yang suci lagi sejati bertambah murni.
kenapa saya nak cerita pasal cinta buta ni?
sebab saya dah muak, dah fed-up, dah tak kuasa dan dah tak tahan lagi melihat kaum-kaum sejantina saya asyik mengalirkan airmata, ditinggalkan suami, ditinggalkan boyfriend, ditipu dan paling menyedihkan sekali ialah bunuh diri kerana dikecewakan. aduh...saya kasihan dengan mereka tapi saya geram jugak.
betulkah kata-kata yang pernah saya dengar tak ingat daripada siapa tah "women love being in pain. pain is pleasure for women."
sebab tu perempuan asyik terjatuh dalam luka yang sama berkali-kali. can we be this pathetic? saya tak nak jadi pathetic macam ni. nauzubillah.
sekali lagi saya ingin tegaskan, bukankah kuasa memilih terletak di tangan kita? kenapa biarkan rasa cinta membutakan mata, membutakan hati lalu membuatkan kita seolah berada di jalan buntu, no choice, apa yang tinggal ialah hanya to live with the pain?
jangan tertipu dengan propaganda barat yang semakin membarah di tanah air kita. propaganda barat yang disampaikan melalui media. drama-drama dan filem-filem yang begitu ghairah mengangkat tema cinta sesama manusia ini.
sejak kecil kita telah dibiasakan dengan kisah-kisah cinta. bermula dengan disney's fairytales kemudian kepada sembilu, kemudian winter sonata dan yang terbaru nora elena (heheh saya tak tahu sangat cerita ni tapi orang kata memang hangatlah kat malaysia).. sebenarnya bila kita menonton kisah2 cinta macam tu, kita akan jadi taksub dengan cinta antara hero dan heroin lepas tu sedar tak, yang kita akan jadi emosi bila ada halangan-halangan dalam cinta mereka. sampaikan secara tidak kita sedari kita menyokong perjuangan cinta 'suci' mereka yang terpaksa tinggalkan ibubapa, tinggalkan kerjaya, tinggalkan tanah air, bunuh diri, dan paling sedih sekali tinggalkan agama. paling memuakkan, hero dan heroin macam dah takde perjuangan lain dalam hidup selain berjuang untuk cinta. loya lagi memualkan.
mesej-mesej sebegini mendidik masyarakat untuk berfikir bahawa cinta antara dua insan yang saling menyintai itu adalah sebuah rasa suci yang patut diperjuangkan. tak apalah dibenci keluarga asalkan pasangan yang bercinta dapat terus bercinta. tak apalah hilang wang ringgit asalkan dapat terus bercinta. tak apalah tukarkan harga keimanan dengan cinta untuk si dia demi untuk kelangsungan rasa cinta.
miskin cinta sangatkah kita ini, wahai an-nisaa'??
soalnya berbaloi tak semua pengorbanan ini?
tak berbaloi sangat-sangat. cinta itu merupakan sejenis perasaan dan perasaan tak akan kekal lama. satu hari rasa cinta akan hilang. lepas tu, apa lagi yang tinggal? kenangan dan kelukaan? blame yourself for that.
saya sendiri melihat orang-orang yang terdekat dengan saya beberapa kali melalui jatuh bangun dalam bercinta. malah ada yang beberapa kali bercerai. membuat saya berfikir, kenapa? bukankah rasa cinta telah sungguh-sungguh diperjuangkan, namun akhirnya kenapa berakhir begitu tragis? saya menemui beberapa jawapan untuk persoalan ini.
- tidak mendapat redha ibubapa
- tidak menjaga batas agama
- tidak berhati-hati memilih pasangan
- tidak belajar daripada kesilapan lalu
- cinta buta
ingin saya ingatkan, saya bukanlah sape2 pun untuk membuat konklusi ini tapi ini hanya satu pandangan untuk dikongsikan. tak semua yang saya sampaikan itu mesti betul 100%.
saya rasa faktor utama ialah cinta buta. rasa cinta mengatasi segalanya. memang, kalau mengikut kajian psikologi, rasa cinta yang menebal mampu menjadi satu driving force dalam hidup kita. namun, alangkah indah jika cinta yang memacu hidup kita itu ialah cinta kepada Yang Maha Mencinta, cinta yang berpegang kepada tali cinta Ilahi.
tapi yang banyak terjadi hari ini ialah jiwa kita diisi dengan cinta kepada manusia, lalu kita hidup untuk mengejar cinta tersebut. namun bila cinta itu akhirnya gagal dikejar, kita hidup seolah layang-layang yang terputus tali. melayang-layang tanpa arah tuju lalu akhirnya rebah ke bumi atau tersangkut dan remuk terlanggar pokok.
wahai an-nisa' sekalian, berpijaklah di bumi yang nyata, hentikan segala angan-angan kisah cinta ala fairytale, Allah memelihara kita dengan Islam maka peluklah Islam sepenuhnya. Allah tahu kita memerlukan pelindung daripada kaum adam. Allah tahu kita memerlukan cinta seorang suami maka Allah telah menyediakan pasangan untuk kita. Usahlah kita tercari-cari dengan cara yang jahil.
Wahai an-nisa' sekalian, kita punya hak untuk hidup bahagia, kita punya pilihan untuk hidup bahagia maka kenapa jalan penuh luka yang kau pilih? Allah memelihara maruah kita dengan syariatnya. Sekiranya perkahwinan pun tidak lagi membahagiakan kita, kita punya hak untuk menuntut fasakh dan menemukan hidup yang lebih bahagia di masa depan, maka kenapa kau sia-siakan dirimu dalam hubungan yang langsung tidak dipelihara syariat Allah? Kenapa kau akur pada cinta lelaki yang belum lagi bergelar suamimu?
Wahai an-nisa' sekalian, kita berhak memilih dengan siapa bakal kita habiskan seluruh hidup kita bersamanya. Rasulullah telah bersabda pilihlah yang beragama, itulah yang terbaik. Namun kenapa kau biarkan dirimu menjadi buta dek rasa cinta yang memenuh di dadamu. Bukankah sepatutnya kau memilih calon suami barulah kau merasa cinta. Namun kini, banyak sekali yang jatuh cinta dahulu sebelum memilih calon. Kenapa kau biarkan cintamu mudah sekali berlabuh kepada lelaki yang bukan suamimu? Kemudian kau jadikan ini alasan untuk menolak pilihan yang lebih baik? Paling malang bila ini dijadikan sebagai alasan untuk menolak pinangan lelaki yang lebih baik agamanya.
cinta buta tak seharusnya wujud antara sesama manusia. jangan biarkan diri kita diperbodohkan dengan istilah ini. sebolehnya bila kita memilih seseorang sebagai suami, tolong jangan bagi alasan "sebab aku cinta kat dia." arghh nak muntah boleh tak. "sebab dia kata dia akan sayang dan jaga aku forever." erk..hampir cyanosis dibuatnya. lelaki bermulut manis, berjanji macam-macam sebelum kahwin adalah lelaki yang pengecut, pada saya. kerana dia takut kehilangan orang yang tersayang, maka dia berjanji macam-macam sehingga melampaui kemampuannya. mana boleh orang berjanji untuk menjaga dan sayang selama-lamannya. tak logik. hanya kasih sayang Allah dan penjagaan Allah yang kekal.
hanya rasa cinta sebagai dalil untuk kalian berkahwin, bukanlah dalil yang kukuh. jangan hanya melihat kepada rasa cinta, tapi tengoklah agamanya, hubungannya dengan keluarga, kata-katanya, akhlaknya, wawasannya, kewangannya (tak semestinya kaya), kesihatannya, potensinya untuk menjadi imam dalam rumahtangga, direstui keluarga etc. etc. (boleh rujuk buku2 pasal nikah ye)
ketepikan rasa cinta saat anda berfikir tentang masa depan. saat kuasa memilih kebahagiaan berada sepenuhnya di tangan anda, kenapa biarkan rasa cinta menghalangnya?
cinta yang sebenarnya tak pernah melukakan, tak pernah sengsara, tak pernah memusnahkan. tahukah anda hakikat itu?
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~