Tuesday, June 28, 2011

kenapa mak dan ayah kena kerja?

hmm..sejak kebelakangan ini ilmu keibubapaan banyak mendatangi saya. heh bukanlah. part of them, saya yang mendatanginya pun..

melalui pembacaan dan forum, antara perkara yang sering berlegar-legar dalam fikiran saya ialah tentang isu ibubapa yang bekerja yang harus berdepan dengan kerenah anak-anak yang tidak faham kenapa ibubapa jarang ada di rumah.

menarik lalu tertarik!

sejak dari kecil diri ini (dan saya percaya kebanyakan orang juga) sering diberitahu oleh ibu atau bapa bahawa mereka bekerja untuk mencari rezeki dan rezeki yang kita faham pada waktu itu ialah dalam bentuk wang ringgit. kebiasaannya ibu atau bapa akan menjawab "ayah kerja supaya ayah dapat duit, boleh hantar adik pergi sekolah, beli baju baru untuk adik, bagi adik makan.." dan seumpamanya. alasan yang sebenarnya berbunyi materialistik. dan mengehadkan fikiran kita untuk berfikir bahawasanya bekerja hanyalah untuk duit dan segala-galanya yang boleh dibeli dengan duit.

lalu wujudlah kisah yang saya kira masih femes hingga ke saat ini. kisah seorang anak yang sanggup memberi ayahnya sejumlah wang supaya ayahnya sudi meluangkan masa bersamanya. sedih. serius sedih. di waktu saya membaca kisah itu, memang tangkap leleh habis-habisan. masa tu pengajaran yang saya dapat hanyalah "ibubapa sepatutnya meluangkan lebih masa dengan anak."

di waktu itu saya terlepas pandang satu isu penting, iaitu seorang anak telah mematerialkan masa dan kasih sayang! kerana dia berfikir ayahnya menggunakan masa untuk mendapatkan material, lalu anaknya pula berfikir why not aku bagi duit kat ayah supaya ayah boleh luangkan sedikit masa dan berikan sedikit kasih sayang? anak tersebut sudah pandai membeli masa dan membeli kasih sayang kerana ayahnya merupakan seorang penjual masa dan kasih sayang demi sebuah material! alangkah sedihnya!

sejak pulangnya saya ke malaysia, isu ini telah banyak kali datang dan pergi dalam minda saya samada separa sedar atau sepenuhnya sedar. benda yang sama berputar-putar berkali-kali. awalnya saya membaca sebuah artikel keibubapaan daripada ustaz hasrizal. kemudiannya saya membaca novel "syabab musafir kasih" karya fatimah syarha. and then saya membaca buku "begini, sayang!"..akhir sekali saya mendengarnya daripada forum "baitud dakwah". Saya fikir, Allah memang nak ingatkan saya sungguh-sungguh supaya in the future saya lebih aware dengan panahan, silauan, kilauan materialism ini.

daripada segala sumber-sumber yang saya dapati di atas, dapat saya menyimpulkan bahawa cara yang terbaik (setakat ini yang saya tahu) ialah dengan memberitahu anak-anak:

"ayah tu bekerja sebab nak kuatkan umat Islam. Biar umat Islam dipandang mulia. kalau umat Islam malas kerja, nanti orang lain benci orang Islam. Allah pun benci nanti."

"Ayah berjihad tu, adik. bukan setakat mencari rezeki halal, tapi ayah sedang membuat pekerjaan yang murni yang akan buat Allah saaaayang dekat ayah. Adik mesti nak Allah sayang dekat ayah kan? bila Allah sayang dekat ayah, Allah bagi baaaanyak kasih sayang dekat kita semua sebab kita semua izinkan ayah buat kerja yang mulia, kerja yang datangkan pahala."

tapi kita tak bolehlah setakat cakap saja. kita dulu yang kena mulakan usaha mencari rezeki yang halal dan mulia, berniat untuk berjihad dan tingkatkan kegemilangan ummah, bantu orang Islam dan segala alasan yang mulialah. luruskan niat, bersihkan niat. barulah nanti kita boleh jawab secara konfiden giler dengan anak kita di samping takdelah kita berbohong pulak kan, ayah tu memang mata duitan tapi bagitau anak yang dia kerja sebab Allah. tak selari jugak tu. back to basic, nak mengajar orang, ajarlah diri sendiri dulu. nak nasihat orang, nasihatlah diri sendiri dlu. nak tegakkan islam di dunia, tegakkan islam dalam diri sendiri dulu. segalanya bermula dari dalam diri kita sendiri.

ayuh!jadi ibu bapa yang lebih bagus! (huhu walaupun saya belum jadi ibu bapa. oi oi! buat apa nak jadi ibubapa? jadi ibu sudeyhh..btw ini perkongsian yang humble daripada saya :D)

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~