Tuesday, July 5, 2011

kerana mulut badan binasa

selaku seorang bakal dentist, memang saya sukalah bercakap tentang mulut ini hehe :D

dah lama sebenarnya nak cerita pasal mulut tapi asyik tangguh-tangguh kemudian lupa-lupa pulak kan, alhamdulillah hari ni baru teringat nak cakap.

suka saya nak ingatkan diri sendiri juga sebagai sasaran utama untuk setiap topik/tazkirah yang ingin diberi.

(kahkahkah kenapakah dhuha begitu bersopan malam ini? kerana sopan itu akhlak islam kan. bagilah saya menuju ke arah itu juga :D)

pepatah melayu ada mengatakan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."

err sebenarnya saya pun tak faham kenapa pulut boleh sebabkan santan binasa. tapi saya fahamlah kenapa mulut buat badan binasa.

ada dua definisi yang saya dapat daripada pepatah ini. pertama, apa je yang disuapkan ikut mulut secara berlebih-lebihan dan tanpa mengira halal haram akan mengakibatkan sakit perut lalu tumbuh pelbagai penyakit yang akhirnya menjurus ke arah kebinasaan tubuh badan itu sendiri. kalau tak jaga kebersihan mulut pun, maka nanti gigi berlubang, gusi berdarah, pastu demam, mulut berbau, hilang keyakinan diri, hilang selera makan pastu mulalah datang penyakit lain pula dalam badan.

kedua, akibat tidak menjaga mulut daripada perkara-perkara yang mungkar, akhirnya menyebabkan jasad diseksa di alam barzakh dan di akhirat.

saya selalu berasa tidak selesa/geram/sakit jiwa bila buka FB dan lepas tu terdapat rakan-rakan FB yang suka mengeluarkan kata-kata kesat, kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat, perli-memerli. walaupun tak dituju ke atas saya, saya geram jugak sebab saya sakit mata membacanya. sakit hati jugak. huhu. ia sangat tidak proper dan sangat tidak bertamadun dan sangat berkelas bawahan dan SANGAT TIDAK ISLAM! atas sebab ketidak selesaan itulah juga buat saya berhati-hati supaya saya pun jaga kata-kata saya. entah-entah dulu saya pun buat orang tak selesa dengan kata-kata saya sebab tula saya pun rasa camtu jugak sekarang.

kenapa manusia begitu senang mengeluarkan kata-kata kesat? bila ada masalah dalam hidup je, begitu senang mencarut-carut berbanding beristighfar dan bermuhasabah. bukan kalau ada masalah je, kalau bergurau dengan kawan-kawan pun nak guna kata-kata kesat, macam dah jadi kemestian untuk letak perkataan tu di setiap ayat.

kata-kata melambangkan apa yang terkandung dalam jiwa seseorang. jika bersih jiwanya, mustahil akan keluar dari mulutnya sebarang kata-kata kesat. maka penting jugak bagi saya bila memilih pasangan hidup, pilih orang yang cantik kata-katanya (bukan sweet talker ok!), yang setiap kata-katanya bagai air yang mengalir yang sangat menyejukkan hati, penuh dengan kalimat-kalimat yang mengingatkan secara langsung atau tidak langsung kepada Allah, langsung tiada kata-kata kesat dikeluarkan, langsung tiada kutuk-mengutuk atau umpat-mengumpat. sebab apa yang keluar dari mulut merupakan salah satu indikasi keadaan hatinya.

menjaga lidah bagi saya adalah perkara paling susah lagi-lagi di zaman sekarang ni. bukan takat kata-kata kesat, malah kata-kata fitnah dan nista sangat berleluasa dalam masyarakat. dunia media massa contohnya masing-masing berlumba nak bagi cerita sensasi yang kemudian ditokok tambah kemudian menjadi wacana fitnah yang sangat membimbangkan. penyakit ini telah lama menular dalam masyarakat sampaikan susah untuk membendungnya lagi lantaran telah menjadi seakan 'norm' dalam masyarakat. wujud pulak tu rancangan-rancangan gosip, para pemimpin pun saling fitnah-memfitnah, memang sakit jiwalah duduk dalam masyarakat macam ni. dari golongan bawahan sampai golongan atasan, tak dapat lari daripada kemungkaran lidah tak bertulang ni.

sangat-sangat nak ingatkan diri sendiri dan para pembaca sekalian, berhati-hatilah menjaga lidah. dunia sekarang menyaksikan manusia boleh berkata apa saja. mulutlah yang mengeluarkan jenaka-jenaka yang melalaikan manusia lain, menghiris kalbu sesetengah orang malah mengajar bahasa-bahasa murahan (saya suka panggil bahasa carutan/lucah ni sebagai bahasa murahan sebab orang yang civilised, berilmu lebih2 lagi beragama tak akan guna bahasa2 murahan/jalanan ni). mulut juga yang menyebarkan berita-berita yang tak diketahui kesahihannya (kalaupun pun bukan mulut, penulisan kita pula yang menyebarkan fitnah). baru dengar ceramah ustaz kazim tadi, dikatakan orang yang menyebarkan berita yang tak diketahui hujung pangkalnya dan tak disaksikan dengan mata kepala sendiri juga kelak akan diseksa di neraka selama 70 hari (hari kat akhirat tak sama dengan hari kat dunia). astaghfirullah terasa jugaklah. semoga dipelihara dari azab. maka berhati-hatilah bila menyebarkan suatu khabar angin. kalau tak tahu apa2, diam ajelah. ini tidak, berita tu pun dia tak pasti betul ke tak, tapi nak sebarkan jugak. tak perlu. sangat tak perlu. apa yang diperlukan? diam. yes, diam.

Luqman Hakim berpesan "Wahai anakku, usahakanlah agar mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor, kesat dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau pun berbicara janganlah berkata yang bukan-bukan, melainkan yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Allah pula berfirman “Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah menyatakan keaiban sesetengah yang lain dengan gelaran buruk. (Larangan itu menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah)! Sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim. ” (Surah al-Hujurat, ayat 11)


p/s: saya selalu fikir kalau mulut tumbuh ulcer atau sakit apa2 jelah dalam mulut, mesti mulut saya dah buat dosa. maka kalau mulut rasa sakit tu, bersyukurlah. Allah sedang menegur kita di dunia, maka kita masih ada masa untuk beristighfar dan membetulkan kesilapan kita. itu juga merupakan lambang kasih sayang Allah yang ingin menghapuskan dosa kita. ini nasihat yang saya nak bagi kat setiap patient yang datang dengan sakit mulut :D

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~