Thursday, July 7, 2011

bila ideologi berbeza

setiap orang dibesarkan dengan cara yang berbeza, hidup dalam environment yang berbeza, mendapat pendidikan yang berbeza dan begitu juga cara berfikir yang berbeza. banyak faktor yang mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita memahami sesuatu, cara kita memproses maklumat juga berbeza dan banyaklah yang berbezanya.

atas sebab ini, manusia saling nak bertikam lidah nak menegakkan hujah masing-masing, setiap orang merasa pendapatnya saja yang betul lalu menjadikan manusia terpecah-pecah. oh yang ini jugak menjadi persoalan saya sejak dulu lagi: kenapa jemaah islam ada banyak? adakah kerana ideology yang berbeza? atau wasilah sahaja yang berbeza? bukankah Allah melarang umat Islam terpecah-pecah kepada beberapa golongan? kenapa jemaah-jemaah islam ini tidak bersatu atas satu titik persamaan, iaitu mempejuangkan Islam itu sendiri? bila akan bersatu? huhu..saya memang banyak persoalan dalam hal ini walaupun dah baca macam2 artikel dan dah dengar penerangan macam2 pihak, tidak ada satu jawapan pun yang berjaya tenteramkan jiwa saya. kalau ada pun hanya sekejap. esok lusa persoalan tu timbul lagi. kenapa, bagaimana, bila dan siapa. sampai hari ni macam jadi teka-teki dalam kepala. kalau soalan "kenapa ada parti politik banyak-banyak kat malaysia?", saya fahamlah sebab pemikiran,perjuangan dan dasar yang yang dibawa jelas berbeza. tapi kalau dalam jemaah islam itu sendiri, saya macam..''bukankah islam itu agama penyatuan, sumbernya juga sama tak berubah-ubah, perjuangannya pun hanya satu. tapi...''

amat malang dan sayang sekali bila masing-masing menjadi taksub kepada jemaah masing-masing. samalah macam taksub kepada parti politik masing-masing. teringat kata-kata ustaz Dahlan dalam 'Sang Pencerah.' kata beliau "mempunyai prinsip itu tidak salah. tapi kalau taksub/fanatik kepadanya, itu adalah ciri orang bodoh." (bunyi lebih kurang, tak berapa ingat the exact saying)

sampaikan kalau nak berkahwin pun kalau boleh nak cari yang dalam jemaah yang sama (ya ini membantu dalam perjalanan rumahtangga itu sebenarnya atas hujah sekufu)..

dan tertarik saya dengan isu wardina yang dikecam seorang blogger atas sebab beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang mana kawasan yang beliau pergi tu dah memang kawasan pembangkang pun. tak wajar langsung dipolitikkan. kawasan siapa pun, pembangkang ke kerajaan ke, itu tetap tanah mutlak Allah. tanggungjawab pula tetap tanggungjawab walau dengan siapa kita berdepan. dan kalau ye pun seseorang itu menyokong pembangkang, so what? itu kan hak masing-masing. tak patut bergaduh, kutuk-mengutuk hanya disebabkan itu. hormatilah pendirian masing-masing. setiap dari kita ada dalil masing-masing untuk berpegang kepada sesuatu prinsip. kita mungkin tahu apa yang dia tak tahu dan dia mungkin tahu apa yang kita tak tahu. itu antara sebab kita berlainan pendapat.

sudah-sudahla ye rakyat malaysia dengan ketaksuban kamu kepada sesuatu parti/pertubuhan/gerakan. taksub dalam apa saja pun tetap tak betul. bersederhanalah termasuk dalam pemikiran.

raikan perbezaan, utamakan persamaan. sekian, terima kasih kerana sudi baca. assalamualaikum. selamat tinggal malaysia, daku punya perjuangan yang belum selesai di bumi kutub selatan NZ itu. sedih sedih sedih. rasa nak book tiket balik akhir tahun ni jugakkkk!! muraaahh!! geraaaammm! tapi sepupuku nawal suruh simpan duit nak ke europe. hajar dan mak sedara mak sedara pun nak join.

2 comments:

  1. comment ni xde kaitan ngn main topic..hu..cume nk tnye ble plan korg gi europe..?

    ReplyDelete
  2. insyaAllah akhir januari tahun depan

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~