Friday, October 22, 2010

Nama saya Mujahid part 2


Nama saya Mujahid. Umur saya 6 tahun. Hari ni hari yang gembira buat saya. Ayah belikan saya pistol mainan. Besttt! Saya dah janji dengan Nu'man dan Ikram nak main sama-sama 10 minit lagi. Mesti Nu'man dan Ikram jealous tengok pistol baru saya yang lebih besar dan canggih ni.

Sebagai persediaan, saya masukkan peluru dalam pistol. Masuk air sirap pekat je sebab ayah dan ibu tak nak saya cedera. Hish, apelah..saya kan lelaki. Cedera tu perkara biasa. Saya kan kuat. Takpe, bila besar, saya nak beli yang canggih gila. Tak mainla pakai peluru air sirap ni.

"Hoi Mujahid! Cepatla! Kitorang dah ready dah ni! Tengok Ikram. Dia baru beli baju askar baru. Smart weh!" Pekik Nu'man dari luar rumah saya. Saya memandang sekilas kepada Ikram.

"Eleh! Baju lawa tapi pistol cikai-cikai je buat ape. Yang penting power! Bukan gaya!" Saya cabar Ikram dari dalam rumah.

"Bawak datangla pistol baru kau!" Ikram pula memekik. Saya terus keluar rumah. Ternganga diorang tengok pistol baru saya. Kan dah kata..memang power pistol baru ni. Tak sia-sia meraung dekat ayah mintak pistol ni.

"Fulamaaakk...Dahsyatnya...waaaaahh.." Nu'man masih belum tutup mulut. Kami terus berlari ke padang. Kami ambil port masing-masing dan memulakan peperangan tiga penjuru. Riuh-rendah padang tu dengan bunyi pistol yang bermacam-macam gaya. Mulut kami pun turut berbunyi sama.

Air sirap pekat Nu'man terkena baju Batman saya yang berwarna hitam itu. Aduh! Saya berlakon cedera. Saya menggulingkan diri bersembunyi di sebalik papan gelongsor batu lalu menembak tepat ke arah Nu'man. Baju putih Nu'man dikotori air sirap pekat dari pistol saya pula. Dari satu sudut, kelihatan Ikram juga menembak Nu'man di sebalik pokok. Peperangan terus berlangsung dan bertambah sengit.

"Nu'maaan! Baliiik! Dah maghrib ni!" Maisarah, kakak si Nu'man memekik dari rumahnya. Kami tersedar daripada peperangan sengit itu.

"Weh dah maghrib la. Kakak aku dah panggil. Balik dulu aa..esok sambung lagi." Kami pun bersurai. Balik lambat nanti, kena dengar mak kakak berleter pulak.

Saya melangkah masuk ke dalam rumah. Nasib baik lah pakai baju hitam. Tak nampak sangat kotornya. Kalau tak, mampuslah kena marah dengan ibu. Hari tu kena marah habis-habisan dengan ibu. Demi nak pujuk ibu, saya belilah sabun Fab Total dekat ibu. Sabun buku tu cuma seringgit je.

"Bu, Mujahid janji tak buat ibu marah lagi. Ni hadiah untuk ibu. Ibu tak payahla susah hati nak basuh baju kotor lagi ye. Fab kan ade. Mujahid tengok tv, putih betul baju budak yang guna Fab tu." Ibu tersenyum.

"Mujahid, kenapa tak belikan clorox je. Clorox lagi berkesan untuk baju putih." Ibu menyambut Fab Total daripada tangan saya dan dibawanya ke bilik laundry.

"Yeke Bu? Manalah Mujahid tau. Mujahid rasa bersalah dekat ibu. Cikgu kata jangan buat ibu marah nanti masuk neraka."

"Mujahid, Mujahid..lurus bendulnya anak ibu..dah pegi makan. Ibu masak sotong goreng celup tepung."

(ok dah habis flash back)

Saya tengok dekat ruang TV, ibu, ayah, kakak dan abang sedang asyik tengok TV. Tengok cerita apa tah. Langsung tak peduli saya dah balik. Saya terus ke dapur buka peti sejuk. Dahagalah. Nak minum. Saya capai gelas, tuang air sejuk dan GULP..minum...ahhh sedapnyaaaaaa air kosong....


"Ana Mujahid!"

Uhuk3..tersedak saya! Siapa pulak yang sebut-sebut nama saya tu???

"Ana Mujahid!" Pekik orang tu lagi. Saya berlari menghadap tv. Nampak ada muka budak lelaki Arab kat tv. Ustazah kata 'ana' maksudnya 'saya' dalam bahasa Arab. Maknanya budak ni nama Mujahid? Waaah..seronok pulak ade nama sama macam saya.

"Ibu! Ayah! Abang! Kakak! Tengok tu! Mujahid masuk tv la!" Cubaan untuk melawak gagal. Diorang semua sedang gigih menonton tv dengan dahi berkerut. Saya tengok ibu dan kakak dah menangis. Eh cerita apa ni? Saya tak faham sebab budak tu cakap arab. Lepas tu saya nampak senikata kat bawah.

"Nama saya Mujahid! Semalam semua ahli keluarga saya berkumpul! Emak, ayah, abang-abang, kakak-kakak, semuanya sedang memasak masakan istimewa untuk saya dan abang saya yang baru pulang daripada latihan peperangan. Mereka memasak makanan yang tak pernah saya makan seumur hidup! Ayah kata 'ini rezeki kita hari ini.' Kami semua bersyukur, ya Allah..bersyukur! Tapi belum sempat pun menjamah makanan, kampung kami diserang zionis jahanam! Semua orang bertempiaran lari! Ayah suruh saya bawa emak saya sembunyi. Saya dan kakak-kakak bawa emak yang sarat mengandung sembunyi belakang bangunan kelabu sana tu. Abang-abang saya keluar bertempur selamatkan orang kampung. Kakak-kakak saya terbunuh! Emak saya terbunuh! Ayah saya terbunuh! Abang-abang saya ditahan! Kini saya tinggal bersama adik saya yang baru dilahirkan! Allahu Allah! Saya akan jaga adik saya. Saya akan carikan makanan untuk adik saya. Tapi saya tak akan bagi dia makan manaeesh dan mahshi lagi! Sebab itu bukan makanan kami! itu bukan rezeki kami!" Mujahid yang dalam tv tu menyeka airmatanya. Saya terpaku. Terasa satu perasaan yang luar biasa.

"Laaa!(tidak). Saya tak akan menangis lagi! Anda tahu siapa saya? Saya Mujahid! Anda tahu apa maksud Mujahid? Seorang pejuang! seorang pejuang takkan berhenti berjuang! Tak akan menangis! Allah akan bersama saya!" Sekali lagi saya rasa perasaan yang aneh.

"Wahai zionis jahanam! Saya akan pastikan bumi ini bebas kembali! saya akan pastikan tiada airmata wanita dan kanak-kanak yang mengalir lagi! Allah telah memberkati bumi ini dengan para nabi dan para pejuang agama suci ini! Sesungguhnya darah umat Islam yang tumpah di bumi ini bukanlah darah yang sia-sia! Wahai umat Islam seluruh dunia! Anda tidur! Anda tak akan pernah faham apa yang kami lalui! Abangku pernah berkata tiada kanak-kanak yang sematang diriku di dunia ini. Saya tak memahami kata-katanya. Bagaimanakah menjadi kanak-kanak yang sebenarnya? Tiada masa untuk saya berlaku tidak matang kerana sesungguhnya usiaku ini berharga untuk agamaku, untuk ummah Rasulullah SAW." Saya terasa mendengar kata-kata Mujahid dalam tv walaupun saya tak berapa faham. tetapi saya terasa seperti termasuk dalam golongan yang dimarah oleh Mujahid itu.

Kamera tv membawa kami melihat suasana rumah Mujahid yang sudah hancur. Mujahid menunjukkan sisa-sisa makanan istimewa yang belum sempat dijamahnya. Wartawan bertanya tentang adiknya yang baru lahir itu. Sambil mendukung adiknya itu, Mujahid menjawab,

" Saya bersyukur telah menjadi abang. Saya bersyukur memegang tanggungjawab yang besar ini. Adik ini saya bagi nama Syahid, sempena memperingati seluruh ahli keluarganya yang mati syahid sewaktu kelahirannya. Saya juga berharap dia dikurniakan mati syahid suatu hari nanti. Saya Mujahid. Adik saya Syahid. Kami akan menang sebagai Mujahid atau kalah sebagai Syahid!"

Saya tak sedar saya telah menitikkan airmata.

"Rasululllah SAW bersabda bahawa umat Islam itu bersaudara sehinggakan apabila saudaranya sakit, dia akan jatuh sakit juga. Tapi hari ini, umat Islam sikit sekali yang bersaudara dengan kami! Ketika kami lapar, kalian makan setiap jam! Ketika kami sedang bergelap di waktu malam, kalian disimbah cahaya lampu di merata-rata! Ketika kami dikejutkan dengan bunyi bom-bom, kalian seronok dikejutkan dengan persembahan bunga api yang bermacam warna! Ketika kami melihat ahli keluarga kami diseksa, dirogol dan dibunuh, kalian duduk dalam pawagam menyaksikan filem2 yang menghiburkan! Harta-harta, tanah-tanah kami dirampas tapi kalian berbelanja sesuka hati sehingga akhirnya wang-wang kalian sampai menembus anggota tubuh kami hingga terbunuh. Kami di sini tertanya-tanya, di manakah saudara kami?? di mana?? ya Allah, di mana??? Bukankah umat Islam itu ramai tapi di mana mereka??"

Saya sudah berada dalam pelukan ibu. Kami sama-sama menangis.

"Ibu, Mujahid nak ikut dia.." janji saya pada ibu dan pada diri sendiri. pada Allah, saya berdoa janji ni berjaya dikotakan. Ameen...

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~