Friday, October 22, 2010

Nama saya Mujahid part 3


Nama aku Mujahid. Umur aku 19 tahun. Aku anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Hari ini hari yang sangat gembira buat girlfriend aku, Mawaddah sebab dia dapat tawaran belajar di University of Queensland, Australia dalam bidang Biotechnology. Jadi hari ni, aku akan belanja dia.

"Thanks, sayang sebab belanja I..hehehehe.." Mawaddah tersengih gembira. Alahai sweetnyaaaa..

"Hep takmo tenkiu2..I gembira untuk you sebab tu I belanja you. You deserved this, hun..hehe.." Giliran aku pula tersengih. Girlfriend aku memang pandai gila. Top student kot dekat sekolah dulu. Walaupun aku tak seterer dia tapi aku takdela merasa diri aku tak layak. Kalau aku rasa tak layak, awal-awal dulu aku tak approach dia. Disebabkan aku memang nak sangat kat dia maka aku cuba melayakkan diri dengan belajar segigih mungkin. Tapi rezeki aku hanya di Malaysia, dalam bidang perubatan. Amacam? Takdelah inferior sangat daripada GF aku kan....tapi belum masuk lagipun first year. Baru preparation kat KTT. Tapi aku akan make sure aku akan capai matlamat aku untuk jadi seorang doktor!

"You, makanlaa..ape menung-menung tuuuu.." Mawaddah mengerutkan dahinya sambil bermuncung-muncung.

"Iye, I makanla..I nak tengok sayang I makan dengan gembira dulu..Heh.." Pandaila aku bermanis mulut kan..Padahal tengah fikir masa depan ni. Hai..apalah nasib aku bila ditinggalkan kat tanah air ni. Beralih arah tak hati dia nanti? Hati aku pulak macam mana? Boleh kekal ke hubungan jarak jauh ni? Haish musykil la pulak aku ni..hmmm.. Perlu tak aku pegi meminang dulu dia ni sebelum ada yang gatal nak kacau? Ke nak kahwin terus? Setuju tak orang depan aku ni? Hish...risau..panas punggung rasanya membiarkan GF yang hot lagi brilliant ni merantau di negara orang. Silap-silap bawak balik Mat Salleh. Berhingus darah la akuuuu..Hmm..Camne nak cakap ek..cakap kang, dia ingat aku tak konfiden dengan dia..

Diluah mati mak ditelan mati bapak..betul ke penggunaan peribahasa aku ni?

"You, sedapla mihun tomyam ni..hehehe..tenkiuuu lagi!!" Itula dia GF aku, hantu mihun tomyam. senang kerja aku tak payah belanja benda lain. tomyam tomyam tomyam. walaupun makan tempat lain-lain, tomyam tetap di hati. Macam-macam resepi kami try lepas tu compare mane yang lagi sedap. Mihum tomyam kat gerai ni katanya yang the best. Tapi mahal sikit. Tu yang belanja tu.

"Sedap sangat sampai senget kan tudung you tu. Haha.." Tersipu-sipu malu dibuatnya Mawaddah yang sweet itu. Sambil mengelap mulut yang dah kemerahan kepedasan, dia membetulkan tudungnya.

"Harap-harap kat queensland nanti ade gerai tomyam camni kan sayang.Ngeh ngeh ngeh.." Melawak ke ape GF aku ni..Agak-agakla Queensland nak ade gerai macam ni. Eh tapi tak mustahil la kan. Aku menyuap nasi goreng USA ke mulut sambil otak ligat fikir camne nak cakap soal masa depan ni.

"Palestin diserang lagi." Tiga patah perkataan daripada pembaca berita yang membuat kami terhenti makan.

"Ish tak habis-habisla isu ni. Apakata Fatah dan Hamas tu berdamai je. Bising je. Daripada makin ramai yang mati, berdamai jela. Tanah tu kongsi la sama-sama. Apela yang susah sangat." Terdengar suara cik abang di belakang aku. Mawaddah dan aku saling berpandangan.

"Apa pendapat you?" Soal Mawaddah. Wow, soalan cepucemas ni. Macam diwawancara pulak.

"You tanya pendapat I ke? Haha I ni bakal student medic. Malaslah nak ambik tau. Buku-buku A-level tu pun tak khatam lagi."

"Hmm..kalau you malas I pun malaslah. I tak faham pun ape isunya. Cuma itulah, kat Intec dulu selalu buat kempen palestin-palestin ni. Macam something yang big je." Mawaddah memandang aku. Aku diam.

"I tunggu exam habis dulula baru baca pasal diorang ni. Eh, makanla..pandang I pulak." Mawaddah tersenyum dan menyambung makan. Kuat makan.

Berita terus berkumandang sementara aku dan Mawaddah sedang enak dilamun cinta sambil makan.

"Rasululllah SAW bersabda bahawa umat Islam itu bersaudara sehinggakan apabila saudaranya sakit, dia akan jatuh sakit juga. Tapi hari ini, umat Islam sikit sekali yang bersaudara dengan kami! Ketika kami lapar, kalian makan setiap jam! Ketika kami sedang bergelap di waktu malam, kalian disimbah cahaya lampu di merata-rata! Ketika kami dikejutkan dengan bunyi bom-bom, kalian seronok dikejutkan dengan persembahan bunga api yang bermacam warna! Ketika kami melihat ahli keluarga kami diseksa, dirogol dan dibunuh, kalian duduk dalam pawagam menyaksikan filem2 yang menghiburkan! Harta-harta, tanah-tanah kami dirampas tapi kalian berbelanja sesuka hati sehingga akhirnya wang-wang kalian sampai menembus anggota tubuh kami hingga terbunuh. Kami di sini tertanya-tanya, di manakah saudara kami?? di mana?? ya Allah, di mana??? Bukankah umat Islam itu ramai tapi di mana mereka??"

Kenyataan daripada kanak-kanak Palestin berbaju hijau itu menghentikan aktiviti makan dan bersembang aku. Kata-kata itu seolah meresap terus dalam urat nadi.

"You!! Hello! Mujahid!!" Terdengar suara Mawaddah memanggil sambil melambai-lambai. namun aku tak mampu menjawab. Kata-kata budak kecik itu terus terngiang-ngiang.

"di manakah umat Islam??"

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~