gambar makanan yang pertama diambil menggunakan lumix tz10! yayy! (ade mode 'food' ok)
maka resepi pertama juga yang nak dikongsi.
dalam bahasa melayu, nama resepi ni kek batik. rupa memang samala. tapi x tahu pulak kalau cara pembuatannya sama. sebab saya tak pernah buat kek batik :P
ok2 kita mulakan. bismillahirrahmanirrahim..
bahan2 yang diperlukan:
- 175g butter (disebabkan saya sudah mula gila baking, saya beli scaler ok untuk timbang2 bahan2 secara jitu :P)
- 2/3 cups caster sugar (again, disebabkan saya dah gila baking, saya beli measuring cups ok supaya ukuran menjadi jitu :P)
- 4 tbsp chocolate powder (gunalah coklat apa saja. disebabkan saya sudah gila baking, saya beli ok measuring spoon, supaya mendapat kejituan kuantiti :P)
- 1 lightly beaten egg
- kekacang secukupnya. saya guna walnut dan pistachio.
- 2 tbsp dessicated coconut
baiklah, cara2nya:
- campurkan bahan 1-3 dalam periuk, masakkan ia sampai simmering dan sebati mesra tanpa lumps.
- setelah itu biar sejuk sekejap. sekejap je ok. jangan lama-lama, nanti dirampas orang. eh apakah..
- sambil tu crush kan biskut2 tu. gaul dengan kekacang dan dessicated coconut. campak telur. pastu tuang adunan coklat yang telah dimasak. gaulkan dengan gembira sambil berselawat.
- ambil bekas. pastu masukkan campuran sume tu dalam bekas dan press2 mereka sampai ketat.(still cant find word to replace this)..oh ok! tekan sampai padat.
- pastu sejukkan mereka selama sejam yayyy! dekat malaysia, pastikan letak dalam peti sejuk. dekat sini takpe sebab senang sejuk.
baiklah kini masanya untuk buat toping. apa?? ada topping?? mestilah. senang je.
bahan2nya:
- 250g chocolate bar
- 50g butter
cara2nya:
- campakkan mereka ke dalam periuk dan masakkan dengan teknik double-boil. apakah itu? mcm kukus la tapi bukan kukus. saya buat macam ni, ambil periuk besar, letak air dan panaskan. masukkan bahan2 dalam periuk kecil dan sumbat dalam periuk besar yang berisi air. pastu tunggulah sampai bahan2 tersebut cair. kemudian boleh gaul dengan gembira sambil berselawat.
ok! sekarang tuangkan topping atas campuran bahan2 yang telah ditekan dan disejukkan tadi. kemudian biarkan sejuk sekali lagi. lepas tu boleh dipotong-potong dan dimakan dengan dimulakan dengan bismillah.
easy. selamat mencuba :)
p/s: ada banyak giler resepi dah buat sepanjang takde kamera ni. tapi sebab takde kamera maka tak mahu share resepi. haha...nanti akan buat lagi dan share ok ;)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~